CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14862|Reply: 33

Pengait (pemburu kepala)

[Copy link]
Post time 18-2-2010 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by AsSaMbOi at 18-2-2010 12:59

Pada zaman dahulu tengkorak manusia juga dikaitkan dengan cerita " pengait "atau dalam bahasa Inggerisnya sebagai " head hunter" satu panggilan kepada pemburu kepala manusia untuk dijadikan berian kahwin ataupun sebagai tanda kepahlawanan.Kesahihan cerita pengait ini sukar dipastikan kerana tidak ada bukti kukuh tentangnya,mungkinkah itu hanya sebagai lagenda ataupun cuma sebagai cerita di antara cerita-cerita penglipurlara semata-mata???
     Ceritayang agak menyeramkan serta menaikkan bulu roma itu kini kian tenggelam ditelan zaman,cerita "pengait " al kisah-kisah pemburu kepala jarangkedengaran lagi di mana-mana di negeri ini.
    Cerita " Pengait " pada zaman dahulu telah diakui sebagai budaya kuno yang pernah diamalkan oleh suku kaum Rungus walaupun tidak sehebat cerita kaum Murut di Sabah pada abad ke-16 hingga ke-17.Ramai yang percaya dengan sumber-sumber daripada cerita lisan itu yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi,malah pada zaman moden ini pun adayang masih percaya dengan cerita pengambilan kepala manusia konon untuktujuan membayar tebusan kepada penunggu di tempat diadakan pembangunan,terutama sekali jambatan.
    Kononnya pada zaman dahulu kegiatan memburu kepala dilakukan untuk dijadikan bukti kegagahan seseorang lelaki ataupun dijadiakan berian kahwin.Kononnya seorang lelaki tidak akan dapat memiliki isteri sekiranya iagagal menyumbangkan sekurang-kurangnya satu kepala manusia yang diapenggal sendiri.
    namunpada hakikatnya fakta kajian telah menyatakan,perolehan tengkorak manusia sebenarnya dikatakan hasil dari usaha mempertahankan diri,si gagah menang dalam pertempuran setelah berjaya mempertahankan diri ataupun berjaya membalas dendam.Kegiatan ini kononnya pernah berlaku di kalangan suku kaum Murut dan ia dipercayai pernah menular kepada masyarakat Momogun Rungus .

  
koleksi tengkorak manusia     pedang2 para pahlawan yang dikatakan telah memenggal kepala manusia


    Pada kira-kira abad ke-17 hingga abad ke-18 masyarakat Momogun dan Murutmasih lagi mempunyai kepercayaan bahawa tengkorak manusia boleh membawa kebaikan kepada mereka lalu menggantung beberapa tengkorak manusia diatas Tangkob.Tangkob ialah peti berbentuk silinder dan mempunyai ketinggian kira-kira 3 hingga 4 kaki. kepercayaan ini telah menyerap sebagai salah satu budaya dan kepercayaan yang abadi di kalangan sukukaum tersebut.
    Tangkobdiperbuat daripada kulit kayu digunakan sebagai tempat menyimpan padi.ianya terdapat dalam berbagai-bagai ukuran bergantung kepada tempat ianya disimpan.Tangkob biasanya ditempatkan di sulap Bangkawan,sulap yang mempunyai atap tetapi tidak berdinding.
    Bagi mengelakkan semangat padi diganggu dan rezeki pemilik padi akan bertambah maka tengkorak manusia digantung di sebelah atas tangkob bersama-sama beberapa buah kerang gergasi, daun silad kering dan tulang binatang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2010 01:00 PM | Show all posts
kat hulu "Mandau" tu biasenye ade rambut.. satu kepale sehelai rambut dorang ambik letak kat situ.. so.. bile dorang jalan.. mandau yang paling banyak rambut laa yg paling timer..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 01:19 PM | Show all posts
apa jadi dgn tradisi ni? kenapa tak dipertahankan amalan nenek moyang?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 01:56 PM | Show all posts
tajuk pon dah seremsssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 01:57 PM | Show all posts
apa jadi dgn tradisi ni? kenapa tak dipertahankan amalan nenek moyang?
JodoKast Post at 18-2-2010 01:19 PM


ada ke yg nak teruskan tradisi ni???
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 01:59 PM | Show all posts
perghhhhh....
aku rasa filem predator....
tiru kaum nih kut............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2010 02:00 PM | Show all posts
3# JodoKast

aku lah antare org2 yg akan tentang klu tradisi ni masih lg dipertahankan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 02:03 PM | Show all posts
apa jadi dgn tradisi ni? kenapa tak dipertahankan amalan nenek moyang?
JodoKast Post at 18-2-2010 01:19 PM


mau ramai pulak yang mati kat sabah serawak tuu nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2010 02:04 PM | Show all posts
cte ni memg seram. tp tak faham cam ne sanggup penggal kepala org semata2 nak tunjuk kegagahan? tapi iye lah kan orang zaman dulu2.
kalau org zaman skrg buat cam ni, tak ke haru??
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 02:16 PM | Show all posts
Teringat dulu masa kecik-kecik, ramai dok cerita pasal penyabit kepala budak-budak atau dipanggil gencheh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 02:18 PM | Show all posts
ms aku blaja kat sabah dulu kecoh jugak cite ni esp kat area menumbok n kuala penyu.konon2 pengait ni dtg dr brunei n memburu kepala. mangsa biasenye org gile n yg xde umah (merempat). pengait ni nak amik kepala org tu sbg penyembahan utk penunggu yg jaga stok minyak kat brunei. dgr citer minyak kat brunei nak abis. tu yg tepakse jamu penunggu untuk membanyakkan minyak blk kat brunei.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 02:18 PM | Show all posts
apa jadi dgn tradisi ni? kenapa tak dipertahankan amalan nenek moyang?
JodoKast Post at 18-2-2010 13:19

Sebab banyak pengait dah kena tangkap polis dan digantung sampai mati.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 02:20 PM | Show all posts
mula2 tecik xperasan title pangait 'kepala'..
ingtkan pengait 'kelapa'..
tu yg xbca thread ni..
bila tgk 2 3 kli,bru tperasan..
heheheh..
mmpoih jgk aku ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2010 02:30 PM | Show all posts
kalau tradisi ni dteruskn...
dh tentu pelancong omputih n kitew sendiri takot nk g melancong kt sabah...
klo nk tgk citew pengait ney....
korang leh dptkn DVD ney kt pasaran....
tajuknye "kisah dari borneo"
dlm DVD ney ade 2 cerite pengait dan pontianak...
sume kisah dari sabah la katekan,pelakon2nye sume budak2 program realiti idola sabah...
ataupun korang leh search kt youtube...adew kowt.....hu3
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 02:43 PM | Show all posts
kalau tradisi ni dteruskn...
dh tentu pelancong omputih n kitew sendiri takot nk g melancong kt sabah...
klo nk tgk citew pengait ney....
korang leh dptkn DVD ney kt pasaran....
tajuknye "kisah da ...
AsSaMbOi Post at 18-2-2010 14:30


uiceh.. ke dgn assamboi skalik duk blakon dalam tu??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2010 02:55 PM | Show all posts
assamboi xreti berlakon....
pemalu orangye.......
terune idaman la ktekan...hehhehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2010 02:57 PM | Show all posts
ish ish ish... sayang sekali tradisi yg mnjadi lambang kebudayaan dan kemegahan suku diharamkan...

sekiranya dipulihara dan diwartakan sebagai warisan negara, nescaya negara takkan menang tangan dengan lambakan pelancong2 arab poket tebal hasil duit jual minyak, juga pelancong2 dari eropah dan america yg menggemari kepelbagaian aneka ragam budaya manusia...

tak perlu gusar dengan pengaitan kepala pelancong sekiranya para pengait propesional diberi lesen untuk mengait hanya kepala pnduduk setempat yg berpopulasi tinggi. dengan ini para pelancong akan rasa selamat dan akan mempromosikan negara di mata duniawi.

tidakkah ini menguntungkan semua pihak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 06:00 PM | Show all posts
kat sarawak pun ada...atok aku citer tmpat2 kat sarawak semuanya ada 'semah'
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 08:04 PM | Show all posts
tok mudim pun suka potong kepala!
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 09:05 PM | Show all posts
tok mudim pun suka potong kepala!
shazuyi Post at 18-2-2010 20:04


wakakakkaka...yg tu kepala apa
tapi pemburu kepala jugak kan..hahaha
boleh laaa....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.065554 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list