View: 5946|Reply: 25
|
Makhluk asing wujud – Hawking
[Copy link]
|
|
LONDON 26 April – Makhluk asing mungkin wujud tetapi manusia perlumenjauhi mereka kerana sebarang perhubungan boleh membawa akibat yangsangat buruk, menurut saintis terkemuka Britain, Stephen Hawking.
“Jika makhluk asing mengunjungi kita, kesudahannya sama sepertiketibaan Columbus di benua Amerika yang banyak membawa mudarat kepadapenduduk asli Amerika,” kata pakar astrofizik itu dalam satu siri barutelevisyen, semalam.
Rancangan televisyen itu menggambarkan alam semesta khayalan yangdihuni oleh makhluk asing menaiki kapal angkasa besar dalam misi untukmencari sumber kehidupan baru selepas sumber di planet mereka sendirihabis digunakan.
“Makhluk asing yang lebih maju itu akan menjadi nomad yangmengembara untuk menawan dan menjajah apa jua planet yang berada dalamjangkauan mereka,” kata Hawking.
Senario malapetaka besar itu digambarkan dalam siri Into theUniverse with Stephen Hawking di saluran Discovery Channel yang muladisiarkan di Amerika Syarikat (AS), semalam.
“Pada fikiran saya sebagai ahli matematik, pengiraannya sahajamenjadikan sangat rasional untuk berfikir mengenai kewujudan makhlukasing.
“Cabaran sebenar ialah memikirkan bagaimana rupa sebenar makhlukasing,” kata beliau apabila ditanya mengenai kemungkinan makhluk asingwujud.
Makhluk bercahaya menyerupai sotong, kawanan herbivor yang bolehberpaut pada lereng cenuram dan pemangsa kuning yang boleh membunuhmangsa dengan melibas ekor adalah antara makhluk yang bermain dalamalam fantasi saintis.
Manusia sudah pun melakukan beberapa percubaan untuk menghubungi makhluk asing.
Agensi angkasa lepas AS, NASA pada 2008 memancarkan lagu kumpulanBeatles, Across the Universe jauh ke angkasa lepas untuk mengirim mesejkeamanan kepada mana-mana makhluk asing yang mungkin berada di kawasanPolaris, juga dikenali sebagai Bintang Utara, pada tahun 2439. – AFP
SIGNATURE ......................................................................................
Aku Mod yang gila makan kredit |
|
|
|
|
|
|
|
Stephen Hawking
SIGNATURE ......................................................................................
Aku Mod yang gila makan kredit |
|
|
|
|
|
|
|
tah tah si Stephen Hawking ni yg alien? hmmm.... |
|
|
|
|
|
|
|
mane ade makhluk asing.. berani ke makhluk asing nak datang kat bumi? aku suh pasukan bomoh bomoh dan pawang santau ngan jin jin yang berlambak yang bersiar siar sebab tak diterima langit mahupun bumi ni... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke mahkluk2 asing yg depa kata tu sebenarnya merupakan jin2 di bumi ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Stephen Hawking
SIGNATURE ................................................................ ...
pist0l Post at 27-4-2010 16:51
Suruhlah stephen hawking ni pakai braces...... |
|
|
|
|
|
|
|
terlalu banyak tgk tv gamaknyer nie....... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Eokboy at 28-4-2010 14:05
Lol mana ada makhluk asing! Bumi je planet yang ada makhluk. Beratus billion galaksi, setiap satu mempunyai bertrillion bintang dan sistem suria lain semuanya kosong barai. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi jika wujud makhluk asing yang mampu menjelajah angkasa lepas, mereka akan memperhambakan manusia yang kuno dengan senjata hebat dan melombong sumber semulajadi bumi. Macam British datang Tanah Melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan buat main2.....stephen hawking ni genius sains laa.....mesti ada sebab dia ckp camtu.....kot2 alien ada jumpa dia kottt........... |
|
|
|
|
|
|
|
jangan buat main2.....stephen hawking ni genius sains laa.....mesti ada sebab dia ckp camtu.....kot2 ...
melia_star Post at 28-4-2010 16:07
mat saleh ni bende pelik die kate alien.. ntah ntah yang die jumpe tu toyol.. haha.. |
|
|
|
|
|
|
|
hangpa ingat makhluk asing mesti macam manusia ka... di bumi pun ada jin yang manusia tak boleh nampak, inikan pulak di planet lain, tuhan boleh mencipta makhluknya berbagai jenis yang tak terfikir oleh manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
mane ade makhluk asing.. berani ke makhluk asing nak datang kat bumi? aku suh pasukan bomoh bomoh dan pawang santau ngan jin jin yang berlambak yang bersiar siar sebab tak diterima langit mahupun bumi ni...<----loh...dok caya kat pawang + bomoh lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
allah saja maha mengetahui |
|
|
|
|
|
|
|
mane ade makhluk asing.. berani ke makhluk asing nak datang kat bumi? aku suh pasukan bomoh bomoh dan pawang santau ngan jin jin yang berlambak yang bersiar siar sebab tak diterima langit mahupun bumi ni...
hang kata diorang (mat saleh) pelik bila diorang pakai term2 alien ni.. yang hang tu, guna term bomoh2 dan pawang2 segala, mesti diorang pulak pikir hang pelik. Hang pun 2 X 5 gak.... |
|
|
|
|
|
|
|
hang kata diorang (mat saleh) pelik bila diorang pakai term2 alien ni.. yang hang tu, guna term ...
edee_91 Post at 29-4-2010 00:21 haahaha
nak belawak sket pun tak leh.. ahaha.. nanti r aku citer.. lewat sangat dah.. adious.. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke isu makhluk asing dah pernah dibincangkan secara ilmiah sejak dulu kala oleh para cendekiawan Islam.
Tiada dalil wujud makhluk berakal lain di dunia selain malaikat, jin dan manusia. Lain2 hanya lah makluk yg 'melata'. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# pist0l
ini rupa sainstis ka ? |
|
|
|
|
|
|
|
malam tadi tengok History Channel..tentang ancient aliens in ancient civilizations
Byklah teori yg keluar dari pakar2 (pastinya semua tak berlandaskan AlQuran)....sesetengah school of thought cakap Alien yg terlibat dalam pembinaan/ kebangkitan tamadun2 awal dunia..mcm China, India, Mesir, Babylon, Greek
Yang menarik, ada school of thought yg cakap alien2 yg menolong tu sebenarnya time travelers...manusia yg dtg dari masa depan (yg lebih maju teknologinya), tidak mustahil manusia boleh mencipta time machine pada masa tu
Bercakap tentang time travelers, teringat Ilah dan seorg forumer yang pernah bercakap pasal kita boleh melakukan time traveling (bagaimana caranya, saya tak ingat pulak..kena korek dari forum2 belakang) |
|
|
|
|
|
|
| |
|