CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117533|Reply: 1104

[MAB] Aku, Dia & Cari

  [Copy link]
Post time 18-5-2010 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by naen at 14-6-2011 13:27


HADIAH SAGUHATI








Aku, Dia & CARI  (Poisonrose912)



4 Hadiah Saguhati
Thread Terbaik Board BORAK 2009





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2010 12:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by poisonrose912 at 18-5-2010 22:21












AKU,
DIA
&
CARI..............





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 12:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by poisonrose912 at 20-5-2010 22:15




Setelah puas kufikir...:re:
Kutenung...Kutelek...
Kurenung...
Akhirnya Tajuk ini menjadi pilihan hati....
Entah mengapa...
Perkataan ini sering berlegar-legar difikiran
Sejak aku mengambil keputusan
untuk menyertai pertandingan ini....

AKU, DIA & CARI.....
apa yang harus aku ceritakan??
apa yang harus aku coretkan??
siapakah gerangan yang berminat membacanya??
atau aku akan syok sendiri??
walau se'negatif' mana jawapannya...
aku pasrah....
perjuangan harus diteruskan...

MALAYSIA BOLEH!!



siapa AKU??
siapa DIA??
siapakah yang diCARI??
akan cuba kuhuraikan....
melalui karya ringkas ini....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 12:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by poisonrose912 at 21-5-2010 00:03






AKU dikenali dengan nama ROSE

Tak wajib dikenali tapi harus

Suka bersahabat terus menerus

Walau rintangan datang bagaikan arus


Gemar berjenaka dan juga bergurau

Maaflah kiranya ada yang melampau

Janganlah sampai ada rasa nak menghalau

Tak boleh gurau duduklah surau...


AKU bukan forummer TEGAR

datang sekali sekala berlegar-legar

masuk ke BORAK mataku segar

lebih-lebih lagi kalau ada gosip-gosip liar


keluarga dan rakan penting bagiku

hendak menjalani hidup yang penuh liku

tanpa mereka siapalah AKU

hanya bisa berdiri kaku


inilah serba sedikit tentang diriku

tak payah citer panjang ramai yang dah tahu

kalau nak berkenalan jangan malu-malu;)

just PM me...I'll get back to you...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 12:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by poisonrose912 at 22-5-2010 00:08



  



DIA....MASARJU....
memang layakku panggil guru atau sifu
hatinya mulia suka membantu
pekertinya lembut menyentuh kalbu

Perkenalan bermula di CAFE itu
tempat kami selalu bertemu
meskipun diriku forummer baru
semua post ku DIA ambil tahu

makin hari kami semakin rapat
hubungan terjalin semakin erat
walau dugaan tiba amatlah hebat
namun kami kuatkan tekad

hatinya lembut umpama tisu
kalau tersentuh DIA membisu
bila letih kulihat DIA lesu
agaknya sebab kurang minum susu;)

kuharap persahabatan akan berkekalan
hingga jasad meninggalkan badan
pelbagai kisah jadikan kenangan
mana yang buruk jadikan sempadan

itulah DIA pada pandangan mataku
mungkin ada lain lagi yang ku tak tahu
namun itu pandangan individu
seikhlas pendapat dari hatiku








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 12:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by poisonrose912 at 5-7-2010 09:49














DIA......ayushuhada
AKU masuk BORAK, DIA dah ada...
mesra dengan yang tua dan yang muda
sungguh sporting, boleh diajak bergurau senda


DIA otai didalam BORAK
tengok pangkat semua orang dah boleh agak
very caring, sebab tu semua panggil akak
cuma belum ada yang nak panggil dia emak...

setiap hari setia disini
tak pernah miss walau sehari
melainkan dia tersangatlah bizi..
tak sempat pagi, petang mesti dia mari...

avvy pilihannya...lisa surihani
dulu-dulu penah jugak pakai rita rudaini
mengikut permintaan di masa kini
tengok siapa pulak pilihan DIA lepas ni??:re:









Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-5-2010 12:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by poisonrose912 at 5-7-2010 10:01













DIA kupanggil MOD SP....


sungguh peramah tak meninggi diri

boleh tergoda tengok dia punya avvy....

tersenyum memanjang...sepanjang hari


DIA kukenali baru-baru ini

ingatkan sombong, rupanya baik hati

suka membantu kami disini

tanpa ada rasa jemu dihati....


walau baru kenal...kami dah mesra

macam orang kenal dah dua tiga tahun lamanya

kalau ada problem, padanya AKU bertanya

takut tersalah...DIA potong kredit kita....


inilah serba sikit cerita DIA

pada diriku yang baru kenal dengannya

harap takde yang rasa tak selesa

inikan masing-masing punya idea...;)





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 12:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by poisonrose912 at 2-7-2010 20:55







DIA kupu2siang.....
sentiasa gembira dan riang
sentiasa diCARI malam dan siang
banyak betul masa lapang

kalau DIA tak masuk satu hari
pasti semua orang terCARI-CARI
bukan sebab rindu dihati
tapi takde mangsa nak dibuli

DIA kukenali dirumah DANGAU
tukang buat onar dan kacau bilau
DANGAU tak sempurna kitorang tak risau
dirumah lain kami melilau...

DIA antara warga yang kukenal lama
sungguh peramah dan mudah mesra
namun hatinya mudah tersentuh juga
kalau ada yang tak berkenan rasa...;)





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2010 12:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by poisonrose912 at 3-7-2010 20:01




  




DIA xstudentgurl yang kukenali...

kehadirannya diBORAK sentiasa dinanti

selalu guna avvy yang panas & seksi{:1_126:}

siapa lagi kalau bukan angelina jolie...


gayanya kasar dan bersahaja

tak payah nak kecik hati...buang masa saja

namun mudah mesra dengan sesiapa sahaja

tapi kena tahan hati dan juga mata...


dengan dak ijam tak boleh jumpa

kalau tak bertekak, diorang bergurau senda

macam orang dah kenal 10 tahun lamanya

silap2, selisih bahu pun tak kenal agaknya...


kenal dengan DIA kurasa gembira

kawan yang baik dan juga ceria

rasa dihati ingin bersua

agar bertambah rasa mesra...





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 12:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by poisonrose912 at 3-7-2010 20:45








siapa DIA airolnizam...
atau lebih mesra dipanggil dak ijam
punya pelbagai gaya dan ragam
kadang2 sampai ada yang rasa geram

gemar bergurau dan menyakat orang
kalau tidak hati tak senang
namun itu yang buat orang terkenang-kenang
pasti tertanya-tanya kalau DIA tak datang

dulu di DANGAU, jadi menantu tak jadi KU...
orang hias DANGAU, DIA dok merapu
sebab tu tak dapat nombor satu...
namun itu kenangan buat diriKU...

tak banyak kutahu tentang DIA....
bertemu cuma di alam maya saja...
kalau nak tahu apa-apa....
tanyalah kakak kesayangan DIA....;)







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 12:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by poisonrose912 at 4-7-2010 00:46







EMMO....siapa DIA??
mungkin ramai yang kenal DIA...
walaupun hadirnya sekejap-sekejap saja
almaklumlah....selalu berlegar-legar di udara....

bila DIA ada...semua rumah DIA terjah
sebab orangnya memang sangat peramah
tapi kadang-kadang cepat sangat nak marah
mungkin ada perkara yang dia tak betah....

di CAFE sana kami berkenalan
nampak macam sombong, susah nak buat kawan
bila dah kenal, cerita sampai tak cukup ruangan
baru kutahu EMMO punya penangan...{:1_126:}

walau hadir tak sentiasa...
kami disini jangan dilupa..
kalau ada masa dan ketika....
jenguk-jenguklah kami tanya-tanya berita..












Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 12:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by poisonrose912 at 4-7-2010 01:09








adabintang....siapa DIA ni??
tentulah forummer tegar disini
kalau tak, takkan AKU nak cerita kat sini
sure semua orang komplen plak nanti

kulihat kucing teringat DIA...
avvy tu yang paling kerap DIA guna
kucing gemuk, kurus, tua, muda, semua DIA pernah guna
tapi sekarang dah ikut tema le kita...

suka membantu semua warga
tak kira orang baru atau orang lama
semua dia layan sama sahaja
confirm lepas ni jadi MOD pula...;)

segala pertandingan...DIA le peserta
tak pernah ketinggalan nama DIA mesti ada...
kami di BORAK sentiasa mengundi untuk DIA
menang ke kalah....itu belakang cerita...








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 12:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by poisonrose912 at 4-7-2010 01:35







siapa DIA hanima??
majistret atau lawyer??
penyanyi atau pelakon drama??
atau sekadar artis jalanan saja??

AKU suka berborak dengannya....
sambil-sambil bergurau senda...
rotan AKU yang paling DIA suka....
jangan ingat diriku ROSE tak pandai murka....:@

bila AKU berborak dengannya...
rotanku seperti tak sabar-sabar nak tunjuk muka
maaf ye hani....AKU gurau-gurau saja...
kalau tak boleh....SURAU ada di depan sana....

kepala AKU dah jammed sekarang ni....
tak tahu apa lagi nak cerita pasal hanima ni....
cerita tak senonoh tak boleh masuk sini
takut kena potong kedit dengan MOD SP....








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 12:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by poisonrose912 at 4-7-2010 01:47


take a break....










Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 12:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by poisonrose912 at 4-7-2010 23:34

some quotes for all my dear friends
















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 12:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by poisonrose912 at 4-7-2010 23:47





AKU mula berjinak dengan internet, masa kecik-kecik dulu
masa tu dialing....dah paling canggih le tu...
mula-mula belajar ber e-mel dahulu....
dah pandai sikit....mula berchatting le AKU....

masa belajar, boleh le AKU layan...
bila dah kerja, hati dah mula nak rasa bosan...
takkan nak baca e-mel sepanjang zaman
mulalah mencari lain-lain pilihan...

AKU diperkenalkan kepada CARI...
melalui rakan sekerja di sini...
mulanya cuma nak baca gosip artis terkini
nak tambah rencah borak-borak sambil minum kopi





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2010 12:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by poisonrose912 at 4-7-2010 23:59






AKU masuk rumah gosip setiap hari...
takut ketinggalan gosip terkini...
mula-mula cuma jadi pembaca sepi...
penghabisnya daftar kat CARI, sebab nak join komen sekaki..

disana AKU berkenalan dengan ramai kawan
ada lelaki ada perempuan
ada jugak yang jantinanya kuragukan
malas nak masuk campur, AKU layankan.....

semakin lama, hati dah tak tahan...
rasa boring dan jugak bosan...
baca cerita artis tempatan...
kahwin cerai dah macam mainan...

tangan dah mula nak click tempat lain...
rumah gosip, AKU dah taknak join...
nak melilau carik board lain....
rumah sini AKU nak resign....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 12:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by poisonrose912 at 5-7-2010 00:10





AKU berpindah ke board baru....
board yang ada cerita mistik dan hantu...
sambil-sambil baca cerita kat situ...
AKU pun post gak pengalaman-pengalaman KU...:cf:

lama jugak AKU bertahan kat board tu....
ada beberapa cerita yang ku ikuti di situ..
menambah pengalaman dan jugak ilmu...
berdasarkan kisah benar yang diorang lalu...

sudah tiba satu tahap....
rumah MPS dah mula senyap...
dah takde cerita-cerita menarik dan mantap...
AKU pun mula le nak beralih tingkap....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 12:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by poisonrose912 at 5-7-2010 00:28








seterusnya AKU ke BOARD DATUK SITI NURHALIZA pula
konon-konon nak beralih angin le kita...
sebab AKU pun minat kat dia....
tak salah le kalau AKU ke sana....

AKU suka kat board ini...
sebab banyak info dan berita terkini...
tentang penyanyi yang AKU minati...
jadi, tahulah apa aktiviti dia yang terkini...

rakan-rakan disini peramah sekali...
tak pernah sombong walau AKU orang baru disini...
itu yang buat AKU rasa berbesar hati...
masuk ke board tu tumpang sekaki....

waktu bekerja board ni sunyi...
nak jumpa sorang pun susah sekali...
semuanya bekerja seikhlas hati....
takde monteng atau curik tulang le ni....







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 12:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by poisonrose912 at 5-7-2010 00:39








puas sudah AKU menjelajah...
bergosip sudah.....cerita hantu pun sudah....
kemana lagi AKU nak pegi ntah...
CARI ni masih banyak lagi rumah....

bila dah tak tahu mana nak pegi....
AKU decide balik negeri sendiri...
balik ke JOHOR le..mana lagi...
tempat kelahiran diriku ini...

Board ni pun agak sunyi...
topik yang sama diulang beberapa kali...
cuma tajuk diterbalikkan kekanan kekiri
tapi isi dalam, sama lagi....

kepala pulak dah rasa buntu...
dah tak tahu mana arah nak tuju...
lalu kulawat satu persatu...
board yang menarik pada diriku....{:1_126:}





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.928359 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list