CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 19243|Reply: 29

Misteri lori merah-kuning di Lebuhraya Timur Barat

[Copy link]
Post time 24-6-2010 01:19 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by ArMantoya at 26-6-2010 12:46

Lebih kurang 8 tahun lalu buat kali pertamanya den memandu di Lebuhraya Timur Barat bersama dengan seorang kawan. Selepas maghrib,lebih kurang jam 8.00 malam den mulakan perjalanan bermula dari kawasan rehat sebelah Grik menuju ke Jeli. Sebelum den jalan ada sebuah lori saiz 3 tan, bawa buah tembikai jalan dulu. Mula jer dari kawasan rehat jalan dah mula mendaki, den bawa relak jer maklum ini kali pertama den gunakan jalan tu. Hari makin gelap keadaan gelap gelita maklum kiri kanan hutan tebal.
Bila naik kawasan lebih tinggi pemandangan jadi unik dengan cahaya bulan yang samar-samar hanya nampak gemerlapan dan sedikit kilauan yang den tak tahu apa bendanya.

Hampir sejam perjalanan baru den teringat yang lori bawa tembikau tak jumpa-jumpa mungkin pemandu dia bawa macam pelesit kot. Tapi hairan gak satu lori penuh dengan buah tembikai boleh memecut memanjat gunung lagi. Tiba di jalan yang agak lurus den nampak ada cahaya lampu merah, ada kenderaan di depan. Masih lagi dalam keadaan mendaki, bila dah dekat rupanya lori tembikai tadi, lori warna merah kepala kuning (tak silap) den pun potonglah. Bermulalah episod suspen den. Dalam 10 minit kemudian den nampak lagi cahaya di depan, tak lama den dapat pintas dan memotong kenderaan tersebut juga lori bawa tembikai, siap lagi menoleh tengok lori tersebut warna sama macam lori yang den potong tadi. Jalan punya jalan den dapat pintas lagi kenderaan kat depan, aik lori bawa tembikai lagi sama macam lori tadi, hati dah mula berkata-kata dan sebelum memotong den suruh kawan baca no plet lori tersebut, kali ni dah 3 kali den potong lori. Sedangkan kat kawasan rehat tadi den nampak sebuah jer lori yang jalan.

Jalan yang berliku-liku dan menempuh jurang dikiri kanan menjadi pemanduan lebih tercabar dan bagi yang kali pertama amat menyeramkan dan mengerunkan. Bila sampai jalan yang agak lurus den nampak lampu di depan dan semakin menghampiri untuk memotong, ah...lori lagi dan tiba-tiba kawan terpekik...alamak...lori ni..lori ni..nombor plet dia sama dengan lori yang kita potong tadi dengan terketar-ketar dia berkata. Mula tu den tak percaya maklum hari malam mungkin dia mengantok dia salah pandang dan salah baca ke. Tapi hati dah berdebar-debar gak, maklum je tak de kenderaan lain. Den bawa laju lagi agar cepat sampai ke kawasan perkampungan yang den tak tahu kat mana. Ops lega ada kenderaan di depan dari arah bertentangan trak askar rupanya. Itulah saja kenderaan yang den jumpa dan sekitar 5 minit lepas tu nampak kenderaan kat depan, den semakin hampir dan, aduh mak...lori tembikai tadi, sah nombor pletnya sama. Den pun memecut selaju yang boleh, mintak-mintak sampailah kawasan yang ada orang. Sakit perut, nak buang air semua hilang yang pasti nak sampai cepat kekawasan kampung. Nak berhenti cuak tak tahu dimana, pandu je selaju yang boleh. Seram sejuk satu badan dibuatnya, tak silap den 8 kali den memotong lori ni. Masa tu den lansung tak perasan apa-apa, bila diingatkan semula setiap kali lepas memotong lori tersebut, lori tersebut terus hilang dari pandangan ( tak nampak cahaya lampu kat belakang) ialah masa tu tak terfikir lansung. Hati den lega sebaik nampak papan tanda Jeli, sampai kat Bukit Bunga den berhenti rehat dan lansung tak bercakap, masing2 memikirkan betul ker apa yang kita orang jumpa tadi....

Kalau ada sesiapa yang mengalami peristiwa seram ni kongsilah bersama yerk....

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2010 01:22 PM | Show all posts
biasa gak lalu.. siang ke mlm ke..
tp x penah lak jumpa pape..
so, xleh nak share....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 01:28 PM | Show all posts
daripada abah aku menikah sampai aku pun dah besar x penah jumpa pun apa2 kat highway timur barat, just jumpe gajah ada la
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 01:53 PM | Show all posts
hentian kt puncak tu best...sejuk jek....nmpak gunung ganang yg berbalam2..indah sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 02:03 PM | Show all posts
Aku sekali je penah lalu highway ni dalam 15 tahun lepas.... time tu malam.. so aku tido je dalam keta.. so kalau ada benda2 mistik berlaku, driver tu je la yang tau..

Singgah kat Grik kejap untuk solat dan dinner..  aku rasa cam pelik sket pekan tu.. tak tau kenapa.. lepas tu takde dah lalu situ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 02:34 PM | Show all posts
last week art balik kelantan lalu jln ni.gerak dari KL kol 12mlm smp tanah merah kol 530pg.
alhamdulillah tak jumpe ape2 yg tak di ingini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2010 05:57 PM | Show all posts
tajuk thread ni pd pendapat aku patutnya " misteri lori tembikai merah kuning"
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 08:01 PM | Show all posts
Aku sekali je penah lalu highway ni dalam 15 tahun lepas.... time tu malam.. so aku tido je dalam ke ...
duquesne Post at 24-6-2010 14:03



    gerik taun 80 an dulu mane ade ornag berani nak masok.komunis banyak!now dah x de.membangun2 skit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2010 08:02 PM | Show all posts
lebuhraya timur barat ni antu x de la penah aku dengar,gajah banyak la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2010 10:05 AM | Show all posts
tajuk thread ni pd pendapat aku patutnya " misteri lori tembikai merah kuning"
pikipong Post at 24-6-2010 17:57



    bagus jugak cadangan hang tu, den dah tukar tajuk..TQ
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 11:06 AM | Show all posts
ke "Lori Misteri Tembikai Merah Kuning"... hahaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 11:19 AM | Show all posts
ke "MISTERI KUNING MERAH TEMBIKAI LORI"....haaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 12:57 PM | Show all posts
ke "MISTERI KUNING MERAH TEMBIKAI LORI"....haaa
zad78 Post at 25-6-2010 11:19


atau pon MISTERI LORI SELANGOR DE RED GIANT!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 01:03 PM | Show all posts
kawasan tu scenery cantik...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 02:20 PM | Show all posts
Aku pun nak tumpang kongsi cite kat sini. Mungkin out of topic skt. Harap TT tak marah. Tp ni mmg pengalaman aku la.

Begini, dlam 3 tahun lalu, aku, mak dan abah aku balik ke Bota. Jadi kami lalu satu kawasan kampung tu kalau tak silap aku nama kampung tu kg. pendiat. Waktu tu memang tengahari (memang matahari tgh tegak atas kepala tuh). Bak kata org memang panas terik la.

Nak dijadikan cite, masa lalu kawasan kampung ni, kitaorg memang nampak la tak berapa jauh di depan ada sorang pakcik lebai ni (dia pakai baju melayu, kain pelekat dgn kopiah) berkayuh perlahan je. Tapi takde la yg peliknya masa tu. So aku terus drive cam besa.

Ntah macammana,  tak sampai berapa meter jarak kete aku dgn pakcik tu, aku agak2 dlm 50m la.. tetiba lak aku tak nampak pakcik tu . Masalahnya, aku tak nampak la pulak bila masanya pulak dia membelok kiri atau kanan jalan, sebab jalan tu jalan besar (bukan lah besar mcm jln h/way tu pulak).. kalau dia ada membelok tentu aku perasan sebab aku pandang ke depan je dan jarak memang tak jauh dari dia. Aku tak toleh kiri kanan pun walaupun mulut aku pok pek pok pek bersembang dgn mak abah aku. Aku yg memang tgh pening kepala ( masa tu panas sgt) tanya la abah aku, dia nampak tak mana pakcik tu pi. Abah aku kata dia pun tak tau. Sedar2 dah takde je. Mak aku pun cakap gitu gak. Lantas kami pun diam jela.

Dan tak sampai 100m di hadapan, kami lalu la depan masjid kat kg tu (masjid memang tepi jalan je, kalau ikut laluan aku, masjid tu sebelah kanan jalan), time tu la ntah macamana kami tiga beranak serentak menoleh ke arah pintu pagar masjid tu, dan yg suspennya, aku nampak pakcik yg hilang dari pandangan td, tup2 ada kat pintu pagar masjid tu, sedang membuka pintu masjid tu nak masuk ke dalam, walhal masa tu tgahari, belum masuk waktu Zuhur pun lagi. Dan memang dia sorang je kat situ masa tu. Kami tiga beranak terus senyap je, dan aku memang takde niat nak memberhentikan kete pun masa tu. Sume dalam kete mcm terkunci mulut je, sedangkan dalam kepala aku duk terpikir mcm2. Dah hampir sampai ke pekan Bota, barulah aku buka mulut tnya mak dgn abah aku, diaorg nampak tak apa yg aku nampak. Mak abah aku hanya mengiyakan. Maknanya mata aku tak silap la, dan bukanle aku sorang je yg nampak dan rasa heran.

Cuma yg menjadi persoalan nya sampai la ni aku dok pikir, sapa yg aku nampak tu??
Adakah orang? .....setan?.... atau wali Allah? Yg aku peliknya, macamana dia leh ghaib depan mata aku sedangkan aku pasti aku tgh memandang dia masa aku tgh drive tu (dah dia depan aku, tentulah aku tertengokkan dia, kan?!).. dan tup2 dia ada di depan pintu masjid tu. Bila masa lak dia sampai kat situ?? Dan.. Kalau betul la orang, punya la laju nya dia mengayuh basikal. Sedangkan kete aku pun ambik masa nak sampai ke situ, pada masa tu. Dan apa pulak yg dibuatnya di masjid tu tghari buta tu, sensorang2 pulak tu..

Hai..ntah la. Wallahualam. Tp ni la pengalaman aku drive di waktu tghari di kawasan kampung. Mujur la jugak hari siang, klau la malam, mungkin aku lagi suspen mcm TT pulak. Jumpa lori yg sama sampai 8 kali..fuh!! minta simpang
Ok tu je yg aku nak cite. Sori TT, tumpang menyibuk sama kat sini..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 02:26 PM | Show all posts
aku pon nak tumpang cite jugak....masa tu kami dari machang ke kedah. masa lalu grik selepas jambtan tasik banding tu nmpk ada sorang lelaki berjalan kaki tak pakai kasut, masa tu siang dlm kol 5 petang lebih kurang. nk tumpangkan takut perompak ke apa, tapi kt situ mana ada rumah org lansung. aku sangka baik, org asli kot....

lepas bebrapa ari kami dari kedah nk bali ke machang, di tempat yg sama jumpa org yg sama, waktu pon lebih kurang.....cuak seh.....takkan dia balik keje kot. tapi keje kat mana, dia je yg tau..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2010 05:08 PM | Show all posts
aku tertanya2...apa dia buah tembikau ni??

Hampir sejam perjalanan baru den teringat yang lori bawa tembikau tak jumpa-jumpa mungkin pemandu dia bawa macam pelesit kot. Tapi hairan gak satu lori penuh dengan buah tembikau boleh memecut memanjat gunung lagi. Tiba di jalan yang agak lurus den nampak ada cahaya lampu merah, ada


ker tuan tanah typo.. tembikai??
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 11:29 PM | Show all posts
i'm married to kelantanese so mmg dah biasa berulang alik dari gerik - kelantan melalui lebuhraya timur barat...dah berbelas tahun mmg itu jer laluan kt org dr KL - Gerik - Kelantan. alhamdulillah tak pernahlah pulak terjadi perkara yg bukan2 setakat terjumpa dgn kelompok gajah tu biasalah...dan jugak org asli. sebenarnya my parent tinggal kat Gerik, jadi kt org dari KL akan singgah gerik sblm meneruskan perjalanan ke kelantan. begitulah rutin kt org tiap kali hr raya puasa, raya haji dan juga musim cuti sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2010 10:24 AM | Show all posts
Post Last Edit by palmolive at 26-6-2010 10:26

masa skli tu aku on de way ke penang...lalu timur barat nie....
misteri tul sebab masa lalu sini jumpa kereta yg tgh bergerak slow.... kuar asap ikut tingkap,, masa bulan puasa pulak tu...
aku saspek Jin yg bawak kete tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2010 10:41 AM | Show all posts
masa skli tu aku on de way ke penang...lalu timur barat nie....
misteri tul sebab masa lalu sini ju ...
palmolive Post at 26-6-2010 10:24


Ha ... tu jin tak posa tengah paipon {:1_137:}
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.061428 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list