|
|
"Saya baik-baik saja dengan suami," kata pengacara dan usahawan, Aida Gadis Melayu mengenai hubungannya dengan suami juga pengacara dan bekas personaliti TV, Saiful Nizam Ismail.
Aida, 35, atau nama sebenarnya Khairul Noormaaidah Zali berkata, dia terkejut apabila mendapat soalan itu di bahagian mesej (DM) di Instagram.
 Foto: IG
Aida yang juga juara musim pertama program realiti Gadis Melayu pada 2009 berkata, tidak semua perkara perlu dimuat naik di media sosial bagi membuktikan hubungan itu.
"Inilah realiti media sosial. Lebih 'show off' orang menyampah. Lupa muat naik orang ingat kita ada masalah. Apa pun, saya baik saja dengan adanya suami.
"Sebab hantaran mandi kolam renang dengan anak tapi suami tidak ada pun boleh menjadi fitnah zaman sekarang. Ya, memang hanya tanya tapi orang tak buat macam tu lah," katanya.
Terdahulu Aida memuat naik paparan skrin mesej DM pengguna laman sosial yang mempersoalkan mengenai hubungannya dengan suami.
"Kak Aida maaf tanya, selalu kalau bercuti Kak Aida dengan anak-anak ja, suami tak ikut? Kesian tengok Kak Aida uruskan anak sendiri. Harap Kak Aida okay dengan suami. Lagi pun jarang tengok Kak Aida muat naik gambar suami," tulis pengguna itu.
Aida dan Saiful Nizam berkahwin pada 2010. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|