CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4319|Reply: 43

[Tempatan] Keluarga Zahid dikaitkan dengan projek mega bernilai RM1.2 bilion

 Close [Copy link]
Post time 3-2-2022 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Meskipun beberapa pemimpin utama Umno berdepan tuduhan rasuah dan berkemungkinan dijatuhkan hukuman penjara, ia tidak menjadi penghalang untuk syarikat-syarikat memeterai urus niaga berskala besar bersama individu yang berkait rapat dengan golongan tersebut, MalaysiaNow mendedahkan.
Antaranya termasuk urus niaga dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.2 bilion membabitkan beberapa syarikat yang mempunyai kaitan dengan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang diarah membela diri daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, dan pengubahan wang haram, melibatkan RM31 juta dana milik sebuah yayasan amal.
Projek mega yang akan dilaksanakan oleh Jiankun International Bhd menerusi usaha sama dengan Menara Rezeki Sdn Bhd (MRSB) dan Menara Rezeki Properties Sdn Bhd (MRPSB) itu melibatkan pembangunan semula tapak Flat PKNS Jalan Tun Razak di Kampung Baru.
Projek itu bakal menyaksikan pembinaan beberapa menara, termasuk apartmen 52 tingkat di Jalan Tun Razak yang merupakan antara hartanah bernilai tinggi di ibu negara.
Ketiga-tiga syarikat terbabit mempunyai kaitan dengan Saiful Nizam Mohd Yusoff, menantu kepada Zahid.
Semakan MalaysiaNow mendapati Saiful merupakan pengarah bebas bukan eksekutif Jiankun sejak 1 April tahun lalu.
Sementara itu, Jiankun menerusi makluman di Bursa Malaysia turut menyatakan bahawa Saiful yang juga pengarah urusan MRSB, memiliki 99.999% pegangan saham di syarikat tersebut dan MRPSB.
Beliau memiliki 6,999,999 saham di MRSB dan 999,999 saham MRPSB.
Sementara itu, menurut akaun profil LinkedIn anak sulong kepada Zahid, Nurulhidayah Ahmad Zahid, beliau merupakan pengarah eksekutif MRSB sejak Mei 2017.
Selain daripada isu berkaitan hubungan keluarga, timbul juga persoalan dari aspek nilai apabila GDV projek itu ialah RM1.2 bilion, 27 kali ganda lebih besar berbanding nilai Jiankun iaitu RM43.8 juta berdasarkan nilai sahamnya setakat 31 Januari, 2022.
Projek pembangunan semula tapak Flat PKNS itu juga dinyatakan sebagai projek hartanah terbesar yang akan dilaksanakan Jiankun setakat ini.
Menurut Jiankun menerusi makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu akan menerima 70% daripada keuntungan daripada projek terbabit, manakala baki 30% lagi kepada MRSB.
Katanya, pindaan projek itu akan diraih menerusi dana yang diraih secara dalaman, penjanaan dana ekuiti, jualan hasil pembangunan dan pinjaman bank.
“Jumlah dana yang diraih akan ditentukan oleh pengurusan pada peringkat seterusnya selepas mengambil kira paras penggearan, kos faedah dan keperluan dana dalaman untuk operasi perniagaan,” katanya.
Tapak seluas 3.7 ekar itu akan merangkumi 11 lot pegangan pajakan yang terdiri daripada tujuh lot yang mana 252 unit rumah pangsa dimiliki pemilik berbeza dibina.
Sementara itu, tiga lot dimiliki Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dan baki dimiliki Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2022 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rashiman at 3-2-2022 02:45 PM

Dah rezeki dia, Bermenantukan ahli perniagaan, takkan menantunya nak stop aktiviti perniagaan dan syarikatnya kerana berkahwin dgn keluarga org politik...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sia2 tok nenek wak jahid naik tongkang dulu. Murah betol rezeki, dpt menantu pun business man berjaya tahap billion2.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 3-2-2022 01:55 PM
Tak sia2 tok nenek wak jahid naik tongkang dulu. Murah betol rezeki, dpt menantu pun business man be ...

pak jahit idola kami...makanya..."bapa gue Msia...ibu indon..mohon ic nya"...kami mahu berjaya sepertinya pak jahit...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 3-2-2022 01:16 PM
Dah rezeki dia, Bermenantukan ahli perniagaan, takkan menantunya nak stop aktiviti perniagaan dan sy ...

Klau dia kawin anak tukang kebun sek tamil ulu yam dapat ke projek mega tu??
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 3-2-2022 01:55 PM
Tak sia2 tok nenek wak jahid naik tongkang dulu. Murah betol rezeki, dpt menantu pun business man be ...

Udah nama co pun menara rejeki..murah ler..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2022 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 3-2-2022 03:31 PM
Klau dia kawin anak tukang kebun sek tamil ulu yam dapat ke projek mega tu??

Mungkin dia akan dapat jadi pembekal benih pokok,baja,racun ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 3-2-2022 03:31 PM
Klau dia kawin anak tukang kebun sek tamil ulu yam dapat ke projek mega tu??

Dia kawin ke..atau tak kawin ke, kalau dah rezeki, dapat projek mega lebih daripada tu pun dia boleh dapat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2022 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kabare wak

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 06:11 PM | Show all posts
terbaik family kaum kerabat otak bisness kasi pelingkop pi mam
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm keserupan setan wak ponorogol ni, die ingat boleh bawak mati ke kubur ke harta2 bilionan tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpa Busuk2 pon meleis kita jugak. Yg penting bukan dapig, bukan nuat. Lobai puas hati dgan arul kandak
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 3-2-2022 01:16 PM
Dah rezeki dia, Bermenantukan ahli perniagaan, takkan menantunya nak stop aktiviti perniagaan dan sy ...

Syukur ada Melayu kita yg berjaya. Yg lain tu dengki busuk hati jah. Kita jangan mudah terpedaya dgan mereka ni, nak jatuhkan Melayu!
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 3-2-2022 06:41 PM
dodolgemok replied at 3-2-2022 06:17 PM
Syukur ada Melayu kita yg berjaya. Yg lain tu dengki busuk hati jah. Kita jangan mudah terpedaya d ...


"pak.. gue bukan Melayu...hanya kernanya gue dpt IC Msia...terus aja jadi ..Melayu..asalnya gue dari Seberang...pak"-Wak Joko Suara Suprano
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 06:45 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 3-2-2022 06:17 PM
Syukur ada Melayu kita yg berjaya. Yg lain tu dengki busuk hati jah. Kita jangan mudah terpedaya d ...

betul tu...jangan mudah terperdaya dan mudah diperbodohkan....jgn sempitkan pemikiran, ini bila berkaitan dgn ahli politik aje terus cop perkara2 yg tak betul...jika ada nampak, ada bukti yg tak betul, serahkan kepada pihak berkuasa dan biar mahkamah yg mengadilinya....tak kiralah kawin dgn ahli politik ke, kahwin dengan anak tukang kebun ke...dll..



Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 06:49 PM | Show all posts
Wak Jahid ... jawa ponorogo

Pok Jib(yg kalah rayuan tu) .... bugis dengan pangkat 'Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone' dikatakan datang dari keluarga di raja Kabupaten Gowa di Sulawesi selatan

Pikir sundri aje lah

Yang salah nanti adalah DAPig
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2022 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sam1528 replied at 3-2-2022 06:49 PM
Wak Jahid ... jawa ponorogo

Pok Jib(yg kalah rayuan tu) .... bugis dengan pangkat 'Mappadulung Daen ...

Dulukan satu rumpun, satu negara...skrg sudah byk negara.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 06:55 PM | Show all posts
Edited by Kitty_catz at 3-2-2022 06:59 PM

alah kenal sangat si menantu ni... masa belum berbinikkan si ketua kawad tu

biasa2 je.. salu bekpas kat restoran tuttttttt kat bdr s** tuutttttttt dgn arwah bini.. loving2 jah kapel deme kat kedai tu... keta pun biashe2 je...

yg kata mmg sbb dia bizman sejak azali apa semer tu.. korang tak nampak, harus la tatawwww
tanjat juga masa memula nampak muka menantu wak jahit  masa heboh deme kawen ari tu... harussss la mendonia... kalau bisnis gerai nasik lemak tepi jalan pun akan hapgred megah holdings yach...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 07:11 PM | Show all posts
Skuau replied at 3-2-2022 02:43 PM
pak jahit idola kami...makanya..."bapa gue Msia...ibu indon..mohon ic nya"...kami mahu berjaya sep ...

pastu pefeeling orang asal Tanah Melayu, ada hati nak halau Cina India yg mungkin lebih lama dah dok kat sini, balik negara asal. padahal badan sendiri masih kuat bau kampung ponorogopororo. tak sedar diri punya indon

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 09:35 PM | Show all posts
aku speku PRU paling awal lps raya.diorg neh gaduh teruk.malaysia now neh kalo tak silap aku barua jemin ali.kalo dah buat keje pembangkang..maksudnya pak mael korang tunggu masa jelaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.676122 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list