View: 2581|Reply: 32
|
[Tempatan]
Cuaca panas, masyarakat terutama penghidap Covid-19 perlu ambil perhatian serius
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 27-3-2022 10:58 PM
KUALA LUMPUR: Gejala bermusim seperti demam, batuk dan sakit tekak yang biasanya dikaitkan dengan cuaca panas, perlu diberi perhatian serius kerana penyakit itu boleh lebih memudaratkan individu sedang menghidap COVID-19.
Keadaan itu sekali gus mencetuskan kebimbangan penularan lebih meluas kepada individu belum lengkap imunisasi atau tiada divaksin, terutama dalam kalangan kanak-kanak, lebih-lebih lagi banyak farmasi dilaporkan kini berdepan kekurangan stok bekalan ubat.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam di Universiti Malaya (UM), Prof Dr Noran Naqiah Hairi, berkata gejala biasa terbabit berisiko menjadi lebih teruk apabila seseorang itu dijangkiti COVID-19 yang lazimnya memberi kesan terhadap organ pernafasan.
"Dalam konteks ini, kanak-kanak lebih dibimbangi mendapat jangkitan berikutan masih ramai belum atau tidak lengkap vaksinasi.
"Justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan lebih berhati-hati berikutan varian Omicron bukan sahaja lebih mudah menjangkiti, tetapi juga berlaku dengan gejala ringan," katanya kepada BH, semalam.
Tinjauan BH di beberapa lokasi sekitar ibu negara mendapati banyak farmasi meletakkan notis kehabisan paracetamol serta ubat batuk bagi sesetengah jenama, dipercayai akibat putus bekalan daripada pembekal dan belian secara borong.
Menurut pembantu farmasi yang ditemui, ubat-ubatan untuk demam dan batuk sudah mengalami kekurangan bekalan sejak awal tahun ini, malah stok diperoleh sedikit berbanding sebelum ini, sehingga ada farmasi meletakkannya di kaunter dan bukan di rak seperti kebiasaan.
Mengulas lanjut, Dr Noran Naqiah berkata, ibu bapa perlu segera mendaftarkan tanggungan mereka untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) bagi melindungi mereka daripada jangkitan teruk COVID-19.
"Omicron lebih mudah merebak berbanding varian terdahulu, selain cuaca panas termasuk ketika bulan puasa, akan membuatkan lebih senang jatuh sakit. Justeru, vaksinasi lengkap boleh melindungi daripada kesan teruk apabila seseorang dijangkiti COVID-19.
"Ibu bapa juga perlu memastikan anak tidak keluar rumah atau ke sekolah apabila demam. Selain itu, lakukan ujian kendiri jika ada ahli keluarga mempunyai gejala COVID-19, bagi menghentikan rantaian jangkitan supaya keadaan ketika awal pandemik tidak berulang," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Bersama Kluster COVID-19 dan Penyakit Berjangkit, Akademi Profesor Malaysia, Prof Dr Zamberi Sekawi, berkata gejala demam bermusim tidak boleh dipandang ringan, kerana penyakit merebak bukan hanya disebabkan COVID-19 tetapi juga pelbagai virus sedia ada.
"Penularan jangkitan lebih mudah berlaku berikutan sesi persekolahan dan pelbagai sektor dibuka, selain keadaan cuaca panas boleh mengganggu serta menjejaskan sistem imun badan.
"Oleh itu, setiap individu perlu lebih menitikberatkan amalan kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan, mengelak daripada keluar apabila bergejala, dan pastikan kanak-kanak lengkap imunisasi seperti syor Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.
Seorang lagi pakar perubatan kesihatan awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, berkata isu kekurangan ubat-ubatan perlu diatasi dengan langkah kendiri, seperti elak mengunjungi tempat sesak dan mengurangkan kebergantungan pada paracetamol serta ubat-ubatan lain semata-mata.
"Di samping itu, adalah lebih baik pada musim penularan COVID-19 ini, masyarakat mengelak daripada pergi ke tempat terbuka dan ramai orang, di samping banyak minum air serta makan vitamin.
"Langkah penting lain ialah mempertingkatkan lagi kebersihan diri dan jangan bergantung sangat pada ubat-ubatan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/938978/gejala-bermusim-boleh-lebih-memudaratkan-pesakit-covid-19
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Time puasa ni jenuh lh
Dh baik pun jd kerap dahaga
Moga urusan puasa kita dipermudahkan
Dpt harung |
|
|
|
|
|
|
|
bkn covid x suka panas2 ke? 2 tahun puasa x sekolah.. bdk2 kat rmh ni merengek je risau x larat puasa dgn cuaca panas.Aku ckp tu lah namanya dugaan! |
|
|
|
|
|
|
|
Panas sungguh sejak minggu lepas, pokok sweet basil iols melepuh walau letak kat balkoni tak kena matahari sangat.
Pokok2 yg mmg duk dlm umah pun nampak terkesan juga sbb mmg panas sgt2 cuaca.
Paling kesian kat bebudak sekolah laa dahla anak iols sek petang,blk umah basah baju ngn peluh.
Nak g sekolah panas, balik sekolah pun panas bertabahlaa anak2.
Dahla KPM punya jadual pun ntah apa2.Dah tau SPM tak abis lagi lenkali letak la date masuk sekolah semua biar sama takpun tunggu jela lepas raya baru start sekolah.
Bulan puasa biar PdPR je laa dgn cuaca panas melampau skrg nih risau betul. |
|
|
|
|
|
|
|
rosmahisham replied at 28-3-2022 01:42 AM
bkn covid x suka panas2 ke? 2 tahun puasa x sekolah.. bdk2 kat rmh ni merengek je risau x larat puas ...
Masalahnya panas sgt sis iols terus terang ckp kesian tgk budak2 sekolah. Muka merah padam memasing menahan panas lelagi yg kecik2 tu mana la tak seronyeh tudung memasing.
Moga dapatla memasing harung Ramadan ni. Hat sek pagi tahan la lagi yg petang ni pi sekolah masa dah separuh hari berpuasa.
Iols aritu naik motor jap sbb nk elak jem pun rasa nak nangis patutla bebudak rider suka langgar lampu merah, rasa mcm kena panggang weh. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg kesian muslims yg kena covid bulan puasa nnt..mmg x puasa dan kena ganti puasa la..sbb mulut jadi kering dan bdn dehidrate lesu bila kena covid..bertabah la ye..panas sungguh cuaca dan suhu sekeliling. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kita semua berjaga-jaga dalam keadaan ini |
|
|
|
|
|
|
|
lawan cobit dgn cuaca panas berjemur di matahari |
|
|
|
|
|
|
|
tapi time petang/ malam selalu hujan |
|
|
|
|
|
|
|
Cobit masih relevennn kee |
|
|
|
|
|
|
|
iolss sekarang ni sebelum tidur kena mandi dulu. pastu pasang kipas + portable fan.
selimut tu memang takde function langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
Time malam panas ya amat..rasa nak bogel ja |
|
|
|
|
|
|
|
Virus covid-19 tersenyum sinis dengan panas terik fadang fasir |
|
|
|
|
|
|
|
semalam blackout kol 8malam smpai 2pagi..mmg iols bentang toto tido depan pintu....panas dunia..hurmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Time posa nanti bila bersahur dan berbuka kenalah lebihkan minum air dalam menghadapi cuaca panas macam sekarang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 28-3-2022 07:00 AM
Masalahnya panas sgt sis iols terus terang ckp kesian tgk budak2 sekolah. Muka merah padam memasin ...
Ye skrg ni mmg panas betul..rasa nk mandi ais je..mmg kesian kat bdk2 yg sekolah
petang ..sis pon setuju klu kpm x bkk lg sek rendah..lps raya ok lah..tp nnti org kata jln kesana kemari boleh pulak!!!g sek x boleh!!!bdk2 pon dh jauh naw tercicir..semoga kita semua kuat menghadapi cabaran n dugaan Ramadhan.kali ni..amiin in sha Allah |
|
|
|
|
|
|
|
bkn ke covid elok berpanas2 |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Tapi sesetengah orang masih nak mandi air panas. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 28-3-2022 11:54 PM
Tapi sesetengah orang masih nak mandi air panas.
mandi air panas ni pepagi jer...
tgh hari panas lit lit air dlm tank serupa baru lps boil jugak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|