View: 4192|Reply: 69
|
[Tempatan]
Kotor, jijik peniaga simpan jeruk dalam longkang
[Copy link]
|
|
Polis Johor berjaya membongkar kegiatan penjaja jalanan di Johor yang menyimpan bekalan buah jeruk dalam longkang serta bawah jambatan.
Kotor, jijik peniaga simpan jeruk dalam longkang
JOHOR BAHRU – Kotor dan jijik. Dua perkataan yang dapat menggambarkan tindakan tidak bertanggungjawab peniaga jalanan buah jeruk di negeri ini menyimpan stok di dalam longkang dan kawasan longgokan sampah.
Tindakan ambil mudah peniaga ini bukan sahaja kotor dan jijik malah kemungkinan mengundang masalah kesihatan serius kepada pengguna.
Kegiatan tidak bermoral peniaga jalanan itu terbongkar apabila Polis Johor menjalankan Ops Khas Peniaga Jalanan di sekitar Johor bermula sejak awal bulan ini sehingga hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Superintendan M. Kumarasan berkata, sepanjang tempoh itu, enam saman telah dikeluarkan ke atas pemilik perniagaan serta penjaja.
“Operasi ini dijalankan secara berkala dan berterusan, namun sejak akhir-akhir ini kegiatan ini semakin berleluasa terutamanya di kawasan-kawasan persimpangan lampu isyarat antara Bandar Baru Uda dan Jalan Tampoi.
“Hasil daripada maklumat yang diperolehi terdapat 52 lokasi tumpuan penjaja jalanan ini menjalankan perniagaan mereka.
“Melalui operasi yang dijalankan mendapati makanan yang dijaja iaitu buah jeruk disimpan dan disorok di lokasi yang tidak sepatutnya iaitu di dalam longkang dan berhampiran kawasan kumbahan bagi menggelak tindakan diambil oleh pihak penguatkuasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Jelas beliau, kegiatan ini juga dikhuatiri didalangi sindiket yang cuba mengaut untung dengan mudah malah mereka juga berani apabila menggajikan warga asing untuk menjalankan aktiviti terbabit.
Jelasnya, aktiviti menjaja di jalan awam merupakan kesalahan yang jelas yang mana melanggar peraturan dan undang-undang.
“Mana-mana individu yang menjalankan urusan jual beli di jalan awam iaitu menjual dan membeli boleh diambil tindakan dibawah Kaedah 10A (1) & Kaedah 10A (2) LN 166/59 yang mana boleh diambil tindakan denda tidak melebihi RM2,000 jika disabitkan kesalahan.
“Dibawah undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan juga jelas ianya melanggar peraturan dan boleh diambil tindakan kompaun dan sita semua barang-barang yang dijaja,” katanya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/03 ... ruk-dalam-longkang/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ewwww...
From now on say no to penjaja jeruk jalanan!! |
|
|
|
|
|
|
|
Euwww sebab tu tak teringin pun nak beli. Tu baru mereka letak stock kat longkang masa process kupas dan pembungkusan tah macam mana ler agaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan beli makanan yg di jual tepi jalan, kadang kadang ikan mentah pun rendam di air parit supaya nampak segar |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik aku memang tak makan jeruk |
|
|
|
|
|
|
|
tiber jer..ntah dtng dr mana..ada pulok drng ni kek TL tmpt aku... |
|
|
|
|
|
|
|
longkang dwi purpose macam smart tunnel.
no issue lah
|
|
|
|
|
|
|
|
kt selangor ni takde polis nk siasat gak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
buat sendiri bukan susah pun...
aku hari2 bwk bekal jambu batu seedless tak pun sekinchan pny yg crunchy tu g opis...
potong nipis2 letak je asamboi 2 biji gitu...goncang2...
1 tupperware penuh tu aku makan as jajan pagi sampai petang...
kalau beli kat food court opis, 4 keping nipis je dah RM2...
walhal jambu sekinchan tu RM8 sekg, punyalah besor |
|
|
|
|
|
|
|
letak dlm bekas polisterin & setiap 1 tu individually wrapped. for me ok je. tapi i mmg tak beli sbb waswas dgn production line. tapi kalau letak camni for me ok je. |
|
|
|
|
|
|
|
masa baca tajuk igtkan mmg rendam dlm air longkang & tkde protection kat jeruk2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
tu yg buat extra sheedappp tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak sangka bangsa johor mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh bayang tikus lari2 kat situ....
|
|
|
|
|
|
|
|
bangsa j indon bangsa pengotor |
|
|
|
|
|
|
|
sejuk macam peti sejuk kot |
|
|
|
|
|
|
|
xprnah beli mkanan/air dr pniaga jalanan mcm ni sbb tlebih was2 dgn cra pnyediaan & pnyimpanan.
pniaga jlanan mcm ni nk org support beli tp bila tang sdia mkanan nk jual cuba la bt dgn ikhlas, letak tmpt bersih etc. insyallah rezeki pun xptus |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak-banyak tempat kat situ juga yang mereka sembunyikan, memang lepas ni x beli lah |
|
|
|
|
|
|
| |
|