CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1869|Reply: 25

[Tempatan] ‘Kaya duit, miskin akhlak’

[Copy link]
Post time 6-4-2022 02:00 PM | Show all posts |Read mode
‘Kaya duit, miskin akhlak’

https://www.kosmo.com.my/2022/04/06/kaya-duit-miskin-akhlak/

Oleh KOSMO!
6 April 2022, 1:52 pm


Tangkap layar video memaparkan seorang individu membaling sejumlah wang kertas sambil meluahkan hasrat ingin bersedekah namun mendapat kecaman orang ramai.

PETALING JAYA – Setiap kali tiba bulan Ramadan, pasti ramai yang berlumba-lumba melakukan kebaikan termasuklah memberi sedekah.

Kelmarin, kecoh di Twitter mengenai sebuah video yang dikongsikan seorang pengguna, Akeem Sharyzal memaparkan seorang individu menyatakan hasratnya untuk menderma sebanyak RM1,000 kepada 10 pengikut bertuahnya di media sosial.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu mendapat kecaman ramai apabila dia dilihat membaling sejumlah kepingan RM50 yang dibawa keluar dari sebuah beg dan membiarkan wang berkenaan bersepah di lantai serta kelilingnya.

Rakaman tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan rata-ratanya kurang senang dengan sikap individu terbabit walaupun niatnya baik untuk memberi sedekah.

“Tidak semua orang bijak dalam melakukan kebajikan sehingga tanpa tidak sedar telah bertindak melebihi batasan,” komen Ajri.

“Ini la orang kata kaya duit, tapi miskin akhlak, nak beri orang sedekah, memang caranya duit itu kena baling, campak, mana nak datang keberkatan sedekah?,” luah Amirul Soidiq. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikhlas dik, xde la rakam utk meriak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 02:45 PM | Show all posts
demi content

dlm byk2 yg keji, kecam
mesti ada yg puji melambung2
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 03:06 PM | Show all posts
pastu ada la sakai yg menjilat
baik hati la pemurah la apa la
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 03:10 PM | Show all posts
demi content
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 03:17 PM | Show all posts

Punyalah Nak Tunjuk Kaya, Nak Beri Orang Sedekah Tapi Duit Dibaling Dan Dicampak

Setiap kali tiba bulan Ramadan, pasti ramai yang berlumba-lumba melakukan kebaikan termasuklah memberi sedekah.


Kelmarin, kecoh di Twitter mengenai sebuah video yang dikongsikan seorang pengguna, Akeem Sharyzal memaparkan seorang individu menyatakan hasratnya untuk menderma sebanyak RM1,000 kepada 10 pengikut bertuahnya di media sosial.










Bagaimanapun, tindakan lelaki itu mendapat kecaman ramai apabila dia dilihat membaling sejumlah kepingan RM50 yang dibawa keluar dari sebuah beg dan membiarkan wang berkenaan bersepah di lantai serta kelilingnya.


Rakaman tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan rata-ratanya kurang senang dengan sikap individu terbabit walaupun niatnya baik untuk memberi sedekah.







“Tidak semua orang bijak dalam melakukan kebajikan sehingga tanpa tidak sedar telah bertindak melebihi batasan,” komen Ajri.


“Ini la orang kata kaya duit, tapi miskin akhlak, nak beri orang sedekah, memang caranya duit itu kena baling, campak, mana nak datang keberkatan sedekah?,” luah Amirul Soidiq. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2022 03:32 PM | Show all posts
bapok MLM cuci duit mana pulak ni? makin ramai eh menadah bontot kat tokey cina tokey mikey mouse nak kaya segera eh...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 03:38 PM | Show all posts
Muda2 dah kaya lempor2 duit. Bisnes mende la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 04:02 PM | Show all posts
mmg niat dia baik tapi akhlak dia kurang.

Jangan lupa orang Malaysia ni berbudi dan berbahasa.

Jangan terlalu ikut pengaruh daripada negara lain.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 04:24 PM | Show all posts
Biasanya orang yang kaya dia nak derma diam2.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 04:34 PM | Show all posts
azie5zoe replied at 6-4-2022 04:24 PM
Biasanya orang yang kaya dia nak derma diam2.

kan. macam kat surau kami dulu.kumpul derma nak bina masjid, sebab jemaah semakin ramai
bulan pertama, dapat ribu-ribu, bulan kedua, dapat puluh-puluh ribu,

bulan ke tiga.. pak imam pause kejap.. ada sejuta dan 30 puluh ribu..
alhamdulillah ada tangan ghaib yang derma gedebuk sejuta tu.
sampai sekarang kami tak tau sapa.

masjid baru dalam pembinaan, yahuuu
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 04:38 PM | Show all posts
Adrif replied at 6-4-2022 04:34 PM
kan. macam kat surau kami dulu.kumpul derma nak bina masjid, sebab jemaah semakin ramai
bulan pert ...

Semoga si penderma dilimpahkan rezeki yang berganda biar dia boleh buat amal banyak2.

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 04:41 PM | Show all posts
azie5zoe replied at 6-4-2022 04:38 PM
Semoga si penderma dilimpahkan rezeki yang berganda biar dia boleh buat amal banyak2.

amin. aku pun doa banyak2 kali kat si polan. nasib baik tak tau sapa, kalau dapat tau, aku peluk ketat-ketat  
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Niat baik ke kalau demi content socmed?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Adrif replied at 6-4-2022 04:34 PM
kan. macam kat surau kami dulu.kumpul derma nak bina masjid, sebab jemaah semakin ramai
bulan pert ...

Sejuta cash ke dok dalam tabung tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 05:06 PM | Show all posts
Saja nak tarik perhatian je tu.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 05:12 PM | Show all posts
Kau ingat ni video klip Puff Daddy atas bot dengan awek2 seksi ke? Ni video nak sedakah lah bingaiii...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 05:23 PM | Show all posts
nak bagi seribu jah, photoshoot bukann mainn gahh
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 05:24 PM | Show all posts
ni bukan tunjuk kaya
ni tunjuk bangang
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Goodluckdontcry at 6-4-2022 05:30 PM
Adrif replied at 6-4-2022 04:41 PM
amin. aku pun doa banyak2 kali kat si polan. nasib baik tak tau sapa, kalau dapat tau, aku peluk k ...


Eeewww pastu DPT dose free peluk org.. terutama berlainan gender... kehkehkeh..DOA SJ..mudah Dan selamat..

Den Dr kecik, paling xsuka bila srh berebut gula2 yg ditabur..bkn rs diri terpaling xnk kutip..tp terasa MCM apa tah..DH baling ke lantai..pastu srh kutip berebut2... MCM xde akal je..tmsklah den tgk kat felda xsilap, baling syiling pastu kanak2 tmsk org dewasa berebut mengutip...den rela tgk je sambil buat muka...ko pehal NK mengutip, syiling je pun..n ko pehal baling2 syiling MCM org xde otak..gittew kata den dlm Ati sambil buat Muka toye..

Tuk budak terencat akal ni..sorry panggil terencat, SBB die ade akal tp mmg terencat pun SBB blh buat benda yg th ape2 ni..belajarla dek ape ITU Adab..xrugi pun..biar beradab jgn JD bodoh sombong Infiniti..nanti kn kecam, ko plak depress...jgn jadi bodoh xblh diajar ye..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.072643 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list