View: 1866|Reply: 24
|
[Tempatan]
Prof Madya Soo Wincci sasar ada 8 PhD. Sekarang dah lengkap 2 PhD. Nota: tahun ke-11 berpuasa
[Copy link]
|
|
Soo Wincci bergelar Profesor Madya
Oleh Zaidi Mohamad - April 6, 2022 @ 11:00am
KUALA LUMPUR: Minat dalam bidang seni dan belajar dalam bidang diminati sudah sebati dalam jiwa model, penyanyi, pelakon dan pengacara, Dr Soo Wincci.
Wincci kini mencipta sejarah apabila menjadi Miss World Malaysia pertama dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik.
Malah, pelantikannya melayakkannya mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) pada 1 April lalu.
"Orang selalu kaitkan 1 April dengan usikan 'April Fool'. Namun, tarikh itu secara rasminya saya dilantik sebagai Profesor Madya. Bermula ratu cantik, terbang ke sana sini demi menuntut ilmu dan menimba pengalaman.
"Akhirnya, langkah saya ke alam profesor pula. Saya kini menjadi pensyarah mengajar penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dalam subjek produksi muzik dan perniagaan.
"Saya mengajar dalam 70 hingga 80 pelajar yang semuanya dalam golongan B40," katanya kepada BH Online.
Wincci berkata, setakat ini, jadual tugasan sebagai pensyarah tidak mengganggu komitmen lain.
"Saya hanya akan terbang ke Valencia, Sepanyol pada cuti semester atau selepas selesai peperiksaan. Saya akan mengajar untuk sesi virtual sekiranya berada di lokasi negara lain.
"Saya mengajar hampir setiap hari di UiTM, kecuali Sabtu dan Ahad. Jadi, bolehlah fokus minat sebagai artis dan kerja produksi," katanya.
Katanya, baki pengajian doktor falsafah (PhD) kedua dalam bidang produksi artistik hanya berbaki satu sesi latihan industri.
"Saya sasarkan lapan PhD sebenarnya. Sekarang, baru dua. PhD ketiga saya berkemungkinan ambil jurusan undang-undang antarabangsa. Cuma, belum tahu universiti manakah nak teruskan," katanya.
Wincci berkata, dia pulang ke Malaysia sejak Mac lalu.
"Sekembalinya ke tanah air, saya perlu menjalani tempoh kuarantin. Kemudian, saya terbang ke Nepal selama empat hari kerana terikat dengan kerja tanggungjawab sosial bagi pertukaran pelajar dan pendidikan.
"Saya turut ditawarkan menjadi pensyarah di Nepal untuk mengajar subjek kejuruteraan kimia, namun saya tolak. Ikutkan sebelum 'lompat' ke bidang undang-undang dan seni, saya mempunyai asas dalam kejuruteraan kimia," katanya.
Penyanyi lagu Terus Teranglah itu berkata, dia bersyukur aturan masa cantik kerana dapat berpuasa sebulan di Malaysia.
"Ini tahun ke-11 saya berpuasa. Tiga tahun sebelum ini, saya berpuasa di Sepanyol.
"Dapat juga lepas rindu berbuka puasa dan bersahur di negara sendiri. Dan tentunya amalan berpuasa mengajar saya bukan setakat menahan lapar dahaga, tetapi bersabar," katanya yang juga Ikon Islamic Relief Malaysia.
Sumber: bharian.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Akak kagum dengan Prof Dr Soo Winci ini...
sepatutnya beliau menjadi idola masyarakat, bukan lah Jmal jakerkolo bekas penjenayah itu
Ayuhhh rakyat malaysia jadilah masyarakat berilmu |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah lah..
Dia mmg xde bf pun ek?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila dia nk kawen ni.. cantik dan bijak..cuma mcm over la pulak 8 phd. ko nak kalahkan Bruce Banner The Hulk yg ada 7 phd ke dik.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia pilih sambung belajar dulu berbanding nak kawin
tu bila baca berita2 pasal dia |
|
|
|
|
|
|
|
Confused I chemical engineering lompat pulak ke law.. hopefully bukan beli punya la |
|
|
|
|
|
|
|
Dia belajar di berklee college di valencia campus kah |
|
|
|
|
|
|
|
memang ada jer org mcm wincci ni... sangat suka belajar..
lebih suka belajar dari bekerja... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus2.. Semoga menjadi contoh kepada generasi muda. |
|
|
|
|
|
|
|
Former Miss World Malaysia completes second PhD
Monday, 29 Mar 2021
Compiled by MARTIN CARVALHO, C. ARUNO and R. ARAVINTHAN
SINGER Dr Soo Wincci, who was Miss World Malaysia 2008, has completed her second PhD, Sin Chew Daily reported.
This is her sixth academic degree.
She posted her newest credential on social media recently – a certificate from the Polytechnic University of Valencia in Spain, where she completed its PhD programme on Artistic Production.
“When you stay away from those who know only to eat, play and rely on ‘connections’, when you have courage to learn new things and work hard, you will surely achieve your dreams!” said the 35-year-old former beauty queen.
Because of the Covid-19 pandemic in Europe, Soo returned to Malaysia in March last year.
Last September, she went back to Spain to complete her degree.
In an earlier report, Soo revealed that her parents thought she was “mad” for studying so much.
At one point when she was in Spain, Soo was so cash-strapped that she only had one euro (RM4.90) on her. Since then, she has vowed to be frugal and never to be wasteful.
Soo obtained her first PhD in business from Open University Malaysia in 2016.
In 2007, she completed a law degree from Britain’s University of Reading before being awarded an MBA from Australia’s University of the Sunshine Coast the following year.
In 2017, she attended the Berklee College of Music to pursue her second master’s degree in Music Production and Innovation, having graduated in 2018 before completing a post-master’s fellowship in live music production at the same school in 2019. |
|
|
|
|
|
|
|
twins replied at 6-4-2022 03:17 PM
memang ada jer org mcm wincci ni... sangat suka belajar..
lebih suka belajar dari bekerja...
Dia kerja juga, pensyarah sambilan |
|
|
|
|
|
|
|
Untungnya students dpt Prof bekas Miss World Malaysia, cantik dan bijak. Mesti mata fokus bila dia tengah bagi kuliah. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg bwa foodpanda pun dah ada phd skrg |
|
|
|
|
|
|
|
adik fikirkanlah mengapa Prof Dr Soo ini dapat tawaran yang banyak dan menarik
renong renongkan lah
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana dia dpt fund utk support belajar? |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat sorg ni berniaga airliur dia kata ada 6 phd. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia bekerja juga sebagai pensyarah
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti dia gifted n minat sgt belajar. Tu yg baca ape2 research terus masuk tu.. tu yg hepi hbs phd buat lg phd.. untung2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|