CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3032|Reply: 48

[Tempatan] Pelitup muka Sirim: Penguatkuasaan tangguh hingga 2023

[Copy link]
Post time 8-4-2022 02:03 AM | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Kerajaan menangguhkan penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 sehingga 1 Januari 2023.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penangguhan itu mengambil kira maklum balas diterima daripada masyarakat umum dan pelbagai pihak.


Katanya, perintah itu diwartakan pada 5 April lalu sepatutnya berkuat kuasa pada 4 Julai ini, manakala Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Peranti Rokok Elektronik 2022 yang diwartakan pada tarikh sama berkuat kuasa pada 3 Ogos.


"Tujuan pewartaan ini adalah untuk memastikan pelitup muka bukan perubatan dan peranti rokok elektronik yang dihasilkan dalam negara ataupun diimport mempunyai penandaan MS Sirim, mematuhi standard dan berkualiti demi keselamatan pengguna.


"Usaha ini juga diambil bagi meningkatkan perlindungan dan keselamatan pengguna melalui pembudayaan standard serta mengatasi masalah lambakan barangan sub-standard dalam pasaran tempatan," katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Menteri Bersama Pihak Industri di sini, hari ini.


Alexander berkata, pengilang dan pengimport kedua-dua produk berkenaan wajib membuat perakuan dan memperoleh penandaan MS Sirim daripada Sirim Qas International Sdn Bhd yang merupakan pihak berkuasa lantikan kementerian.


"Tindakan penguatkuasaan boleh diambil sekiranya berlaku ketidakpatuhan oleh pengilang dan pengimport, yang mana syarikat boleh didenda tidak melebihi RM200,000, manakala bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000.


"Bagi individu (pengeluar/pengimport) boleh didenda tidak melebih RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, sementara denda tidak melebihi RM250,00 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan kedua atau berikutnya," katanya.


Menurutnya lagi, pewartaan itu adalah inisiatif kerajaan atas semangat Keluarga Malaysia bagi menjaga kesejahteraan rakyat dan melindungi kepentingan pengguna.


"KPDNHEP berharap isu lambakan pelitup muka bukan perubatan dan peranti rokok elektronik yang tidak berkualiti dalam pasaran Malaysia dapat diatasi dengan pematuhan standard oleh pengilang dan pengimport " katanya yang turut memberitahu pihaknya yakin harga produk tidak akan meningkat.

Sumber

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2022 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
@ultra78 tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 03:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah tahun 2023 masih kena pakai face mask?

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 03:42 AM | Show all posts
kena lah tu katanya dah bg kontrak pd menantu pak mail takkan pak mail bodoh pulakk nak tarikk balikk  wajib pakaii maskk, tak sempatt nak buat duitt lagiii betul2
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 04:48 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 8-4-2022 02:59 AM
@ultra78 tersenyum sinis

Tapi tiada siapa nampak kerana pakai mask
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 04:52 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2022 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Tangguh sampai Barang Naik menang selesa PRU15 nanti..lepas tu hadap la kau

otak pemimpin BN tgh fikir seribu satu cara utk sedut duit kau bila dh kembali berkuasa nanti
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat dh bising2 and dh bagi hujah2 yg bernas psl apa jadah pakai facemask cap sirim ni, barulah gomen mael tehegeh2 nak tarik balik.
Sblm nak announce tu mmg team mael ni sume bodoh ke? Takde buat scenario planning ke utk fikir any consequences effects? Ke team mael ni semuanya bodoh bangang abadi? Stok2 pegawai yg incompetent and masuk keje guna kabel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2022 08:30 AM | Show all posts
Aku dahlah dah stok sampai 600 keping mask. tak patut betul kerajaan tiba2 jer sedar nak buat duit lepas tu cepat2 nak laksanakan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 08:31 AM | Show all posts
Maksudnya lagi delapan bulan toh?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 08:43 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 8-4-2022 08:44 AM

cam tak muka sape kat kotak mask tu?..



Denda tak pakai mask - RM1,000
Denda pakai mask takde SIRIM - RM100,000

Mereka dah lama rancang, kita je yang lalai..

#BNkembaliBerkuasa
#KroniBuatDuit

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 08:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 08:59 AM | Show all posts
patut lah beriye
ade deal
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 09:34 AM | Show all posts
Tension...sampai bila la nka kena pakai mask ni.,cargas la masing2 nak cipta mask sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 8-4-2022 08:27 AM
Rakyat dh bising2 and dh bagi hujah2 yg bernas psl apa jadah pakai facemask cap sirim ni, barulah go ...

Einstein klau masuk umngok pun teruih jd bodow sis
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 8-4-2022 08:46 AM

Sebelum ni kejei kontrol pak mentua...skrg jobian mendaki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2022 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
So jovian mask bakalan ada cop sirim ye daddy...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu kkm pentingkan brp layer mask yg seeloknye utk protection yg terbaik. skrg gomen nk suh pki mask ber cap kan sirim. ape kejadah ni sume.

i akan sokong kalau mask cap sirim dijamin TAKKAN kene covid.

so next, sanitizer cap sirim jua?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 01:03 PM | Show all posts
hmm , alhamdulillah , baguslah, tak payah buat bebenda yg dah u rasa pun dah tak effect. sebab masa dulu KKM yg banyak handle bebenda macam ni. So , sepatutnya u SIRIM kena buat ni sama dengan KKM, bukan la ni baru nak bertindak. Org dah stock 2 kotak dah so...memang public outcry memang   marahlah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya SETUJU..PRU-15...DISEGERAKAN....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.089477 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list