CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4211|Reply: 71

[Tempatan] Sesi sekolah rendah tak ada lagi penggiliran mulai 17 April. Semua hadir spt biasa

[Copy link]
Post time 8-4-2022 10:22 PM | Show all posts |Read mode
MURID DIBENAR HADIR KE SEKOLAH RENDAH TANPA PENGGILIRAN MULAI 17 APRIL
Posted on 8 April 2022        by BERNAMA        Leave a comment       


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan bahawa semua murid dibenarkan hadir ke sekolah rendah secara bersemuka tanpa penggiliran bermula 17 April ini bagi negeri kumpulan A dan 18 April bagi negeri kumpulan B.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata keputusan itu dibuat selepas melihat proses sesi persekolahan secara bersemuka dengan penggiliran bagi sekolah rendah sejak 21 Mac lepas dan sesi persekolahan secara bersemuka tanpa penggiliran bagi sekolah menengah sejak Isnin lepas.

    “Jadi anak-anak di sekolah rendah yang sebelum ini hadir secara bergilir, bermula 17 April di negeri kumpulan A dan 18 April bagi negeri kumpulan B, boleh datang sekolah tanpa penggiliran,” katanya menerusi rakaman video dalam sesi Tanya DRJ di laman Facebook beliau hari ini.

Berdasarkan takwim KPM, negeri kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala negeri lain diletak dalam kumpulan B.

Sebelum ini, KPM menetapkan murid Tahun 3, 4 dan 5 hadir ke sekolah secara penggiliran terutama di sekolah yang melebihi 600 orang manakala bagi yang jumlah pelajar di bawah 600 orang, semua murid sekolah rendah harian dan sekolah swasta perlu hadir tanpa penggiliran.

Radzi turut menasihati semua murid dan guru supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika berada di sekolah walaupun negara sedang bergerak ke arah Fasa Peralihan ke Endemik.

Beliau juga memohon jasa baik ibu bapa supaya sentiasa mengingatkan anak mereka bahawa kepatuhan kepada SOP itu satu keutamaan. – AlHijrah Online

sumber: alhijrahnews.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2022 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Apasal ler tergedik2 sgt buat kelass full sebelum raya ni.. buat ler lepas raya ke.. adoiiii..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
lemak_masin replied at 9-4-2022 09:43 AM
Apasal ler tergedik2 sgt buat kelass full sebelum raya ni.. buat ler lepas raya ke.. adoiiii..

Betul jugak. Nnti org nk raya xdpt raya sbb kene covid
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyusahkan cikgu2 je.
Bt jela lps raya.
X sabar2 nak bt keputusan tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 9-4-2022 09:49 AM
Betul jugak. Nnti org nk raya xdpt raya sbb kene covid

Dah ler byk bdk tak vax lagi ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
lemak_masin replied at 9-4-2022 01:43 AM
Apasal ler tergedik2 sgt buat kelass full sebelum raya ni.. buat ler lepas raya ke.. adoiiii..

Lepas raya? Alamat bertambah keciciran la anak2 Malaysia ini. Cer tanya guru2 derjah 1, berapa ramai bebudak umur 7 tahun tak boleh membaca lancar pada tahun ini berbanding 5 tahun lepas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2022 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
lemak_masin replied at 9-4-2022 09:43 AM
Apasal ler tergedik2 sgt buat kelass full sebelum raya ni.. buat ler lepas raya ke.. adoiiii..

Itulah..awat x tunggu mei
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 9-4-2022 10:05 AM
Lepas raya? Alamat bertambah keciciran la anak2 Malaysia ini. Cer tanya guru2 derjah 1, berapa ram ...

Derjah 1 mmg x penggiliran kan ticer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2022 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 9-4-2022 02:45 AM
Derjah 1 mmg x penggiliran kan ticer...

Takda.

Tapi aiol pun tak nak penggiliran.

Boleh nampak kesan:

1. PKP 2 tahun.
2. Takda UPSR.

Kat bebudak Form 1 tahun ni. Sedeh.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 9-4-2022 10:05 AM
Lepas raya? Alamat bertambah keciciran la anak2 Malaysia ini. Cer tanya guru2 derjah 1, berapa ram ...

Iols rasa budak darjah 1 tahun ni mesti ramai masuk kelas linus. Dorang ni 2 tahun kot kena pkp dr start tadika 5 tahun sampai 6 tahun belajar gitu2 je.
Hat mana boleh baca ngan baik Alhamdulillah, maybe mak pak pun ada ajar or hantar tuisyen bagai.
Tp anak buah iols tahun ni 6 tahun, tahun lepas dia sekolah tadik kemas je elok plak boleh je membaca. Kira umur 5 tahun dia dh boleh baca. Iols tgk dia baca buku bacalah anakku tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Macik setuju aje kelas penuh

Bukan ape tengok bersepah orang usung anak ke sana ke mari
Kedai makan ke mall ke full satu family
Ni nak g sekolah takyah acah2 takut covid

Kelas anak macik 15/30 je hadir
Menyusahkan cikgu nak seru dalam telegram
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 9-4-2022 09:49 AM
Betul jugak. Nnti org nk raya xdpt raya sbb kene covid

Anak iols dah kena covid sblm masuk sekolah ni harap tak kena la lagi bulan puasa ni ikutkan tak smapai 3 bulan pun lagi.
Tp taktau la kalau variant berbeza.
Bab covid ni tawakal jelaa kitaorang dh la tak blk lg berpuasa kt kg sbb igt nk balik masa raya nnt terus je. Sbb tak lama je pun hujung bulan ni gak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
elok la semua sekolah. nanti sampai skolah menengah tk bulih membaca.
skolah kami.. sejarah f1 masuk 300++.
masa pdpr pun kehadiran 36/39.
baru ler cgu pun bersemangat nk ngajar..
comel2 semua nya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 9-4-2022 10:05 AM
Lepas raya? Alamat bertambah keciciran la anak2 Malaysia ini. Cer tanya guru2 derjah 1, berapa ram ...

Masa covid ni kan kita blh tgk org melayu lebih pentinhkn raya dr pendidikan.
Biarlah bodoh asal boleh raya gitewww..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 9-4-2022 11:05 AM
Macik setuju aje kelas penuh

Bukan ape tengok bersepah orang usung anak ke sana ke mari

Depa bukan takut kt covid acik depa lg takut tk boleh balik beraya..hip hip horey gitewww
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 9-4-2022 11:19 AM
Depa bukan takut kt covid acik depa lg takut tk boleh balik beraya..hip hip horey gitewww

I risau sb adk ipar gi sekolah, nnti balik raya xpasal2 kena ke org lain. I ok je x beraya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2022 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 9-4-2022 11:21 AM
I risau sb adk ipar gi sekolah, nnti balik raya xpasal2 kena ke org lain. I ok je x beraya.

kalau kes jangkitan meningkat balik  gomen kna tutup sempadan negeri masa raya..for sure ramai yg merempan. Lg elok mcm ni, dr buka sekolah lps raya. Org beraya sana sini mcm lembu tetlepas kandang, kes naik, srkolah tutup lagi. Sampai bila nk bergilir2 sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 9-4-2022 11:26 AM
kalau kes jangkitan meningkat balik  gomen kna tutup sempadan negeri masa raya..for sure ramai yg  ...

Bestnya klau apa uols ckp jd. Iaitu sempadan negeri tutup utk raya. Xkuasa la nk kena covid semata2 sbb nk beraya
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 9-4-2022 10:05 AM
Lepas raya? Alamat bertambah keciciran la anak2 Malaysia ini. Cer tanya guru2 derjah 1, berapa ram ...

Budak umur 9 tahun pun ramai takleh baca lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 9-4-2022 10:51 AM
Takda.

Tapi aiol pun tak nak penggiliran.

I pun kalau boleh nak blk upsr ni...my little princess derjah 6 thn ni... macamana la ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.341814 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list