CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2556|Reply: 25

[Tempatan] Dikecam, peminat mohon maaf ceroboh privasi 'Penyanyi Bernombor' di mesin ATM

[Copy link]
Post time 11-4-2022 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 11-4-2022 02:47 PM

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok dikecam netizen selepas berkongsi video ketika penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang mengambil wang di mesin ATM.

Menerusi video tersebut, individu yang menggunakan nama akaun @yanaothman merakam momen tersebut sambil memanggil nama Siti Aafiyah yang ketika itu turut menemani ibunya.

“Terserempak dengan Tokti kat ATM be like… Aafiyah, Aafiyah malu-malu la Aafiyah ni” ujar individu dalam video berkenaan.

Bagaimanapun, apa yang dikongsi wanita itu menerima teguran netizen yang menganggap tidak wajar dan menganggu privasi penyanyi berkenaan.

Lebih-lebih lagi rakaman tersebut dilakukan tanpa izin dan ketika penyanyi itu sedang menjalankan urusan peribadi di ATM.

Malah tindakan wanita itu juga membuat Siti Aafiyah menjadi takut dan memegang kaki Siti Nurhaliza.

Wanita berkenaan menyahaktifkan fungsi ruangan komen dan turut memohon maaf.

Bagi menjernihkan keadaan, wanita berkenaan menyahaktifkan fungsi ruangan komen dan turut memohon maaf.

Dia juga memberitahu bahawa rakaman tersebut adalah video kakaknya yang terlalu teruja apabila terserempak dengan penyanyi kesayangan ramai itu.

“Saya terpaksa disable comment posting kakak saya terjumpa Tok Ti (Siti Nurhaliza).

“Terlalu banyak komen negatif. Ini hanya momen kakak saya yang sekian lama hendak jumpa Tok Ti.

“Tak sangka pula ramai cakap ganggu privasi. Maaf jika video ini mengganggu anda,” ujarnya.

https://malaysiagazette.com/2022/04/10/wanita-dikecam-rakam-video-siti-nurhaliza-keluarkan-wang-di-atm/








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 10:53 AM | Show all posts
Alahai sikit2 nak kecam. Boring la korang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 10:54 AM | Show all posts
Alahai sikit2 nak kecam. Boring la korang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat mesin atm ada notis kan.. suruh abaikan sebarang bantuk gangguan sehingga urusan di mesin atm selesai.

Apa seronok sangat ke terjumpa artis ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 11:02 AM | Show all posts
dah knp buat perangai darat ulu banat sampai trauma anak org tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
seram kot nak withdraw duit ada org dekat pakej merekod, boleh je tunggu kat luar tu kan, dia dah settle tegurlah, tak pernah lg dgr tokti lari klu peminat tegur
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2022 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Isu semasanya adalah kesah sorang artis
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 11:34 AM | Show all posts
dah memang kewujudan netizen adalah utk kecam-mengecam...kena terima hakikat ini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg patut la kena kecam...sbb org tu tgh duk guna atm, ko pulak duk ambik video, kang terambik no pin dia sekali guano? Kot ye pun tunggu dia selesai baru ko ajak dia bervideo ke apa ke...mmg bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu di Korea dilarang keras snap gambar retis
Waima kau keje cashier pastu nak ajak selfie
Memang tak dibenarkan

Sini retis tengah makan pun sebok nak ajak bergambo
Tak dapat meroyan viral retis sombong
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian siti. Mesti dalam hati menyumpah gak tu.. ye laa, org tengah keluar duit pi sibuk kacau & rakam plak.. mengganggu betul.
Lepas dia cocok tu baru laa ajak bergambar.. apo laa tak reti adab..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kenal pulak dia tu siti dlm pada pakai telekung & facemask terigt kwn i citer ada org tegur dia kat masjid, masa tu dia ada event tupperware, & pakai baju tupperware… dah masuk keta kawan2 dia kata tu kan dato K , tanya apa tu. kawan i kata .. laa dato K ke . igt pakcik mana
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau I jadi tokti mesti dah buat muka toya kat situ. Sesuka je kau record & upload kat medsos.  Hari tu plak ada cikki upload jumpa fasha beli nasi lemak, dia layankan je siap belanja cikki tu. Melayan peminat yang berangan jadi paparazi.  Tak dilayan kang, modal besar tu jadi content.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 03:56 PM | Show all posts
kepada yang terkilan tak dapat kecam kat tik tok boleh sambung di sini

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 04:15 PM | Show all posts
kepompong replied at 11-4-2022 01:21 PM
kenal pulak dia tu siti dlm pada pakai telekung & facemask terigt kwn i citer ada org tegur dia ka ...

siti piyah ada sekali kan? maybe dia nampak siti piyah dulu, pastu baru cam tokti kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Camtu je rupanya rupa Afiya jika takda filter kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dpt tak nombor pin?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejenis hp lekat kat tgn
Semua nak dirakam
Eiiyuuuuuuu
X rasa segan ke?
Kalau sesi meet and greet lain la...
Ko dh rakam bleh lak upload
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Malu apa takut laaa ...kalau aku tak sior nk tegur2 anak retis...lantaklah ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Simple betul tokti mcm kita2 je kan g masjid
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 1.120491 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list