CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4666|Reply: 44

[Jenayah] Stokis berang usahawan terkenal menipu, bersembunyi enggan keluar rumah

[Copy link]
Post time 13-4-2022 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 13-4-2022 02:11 PM

KUALA LUMPUR – Usahawan kontroversi, Safiey Ilias didakwa menghilangkan diri selepas menipu pemilik kilang dan lebih 10 stokis berhubung produk kecantikan keluarannya yang bernilai RM100,000.

Seorang stokis yang mendakwa menjadi mangsa Safiey berkata, dia membuat pembayaran penuh untuk menjual produk tersebut namun jumlah produk yang diterima tidak sama yang dijanjikan.

Beliau yang enggan dikenali mendakwa, Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias sering memberi alasan stok produk tidak mencukupi dan pihak kilang sedang mengeluarkannya gara-gara mendapat tempahan semula yang tinggi.

“Namun apabila ditanya dengan pihak kilang, semua stok produk itu telah diserahkan kepada Safiey lebih awal dan tiada isu kekurangan stok.

“Malah pihak kilang juga berdepan masalah kerana Safiey berhutang sebanyak RM60,000 ketika perjanjian membuat kemunculan semula produk tersebut.

“Lebih mengecewakan ada stokis yang sudah membuat pembayaran penuh sampai sekarang tidak mendapat stok yang dijanjikan,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini.

Mengulas lanjut, stokis itu turut memberitahu, individu yang rapat memaklumkan Safiey didakwa telah pulang ke rumah ibu bapanya di Pahang.

Katanya, jelas individu itu, hasil maklumat yang diterima daripada ibu bapa usahawan itu, Safiey hanya berkurung dalam bilik dan enggan keluar rumah.

“Kami jelas kecewa dengan apa yang berlaku. Sebelum kemunculan semula produk itu di pasaran, hampir setiap hari Safiey memujuk kami untuk menjadi stokis dan bersama-sama kembali menjual produk itu yang pernah mencetus fenomena.

“Namun selepas kami membuat pembayaran penuh sebagai stokis, dia bukan sahaja menghilang diri termasuk menyahaktif di laman Facebook milikinya malah tidak menepati janji untuk membuat promosi di media sosialnya secara agresif,” katanya.

Stokis itu menambah, sekiranya Safiey masih lagi menyembunyikan, dia dan rakan-rakan stokis lain akan membuat laporan polis dan mengadakan sidang media dalam terdekat.

Pada Januari lalu, Safiey menafikan dia muflis sehingga terpaksa menjual rumah yang terletak di Sunway Montana dengan nilai RM2.1 juta selepas enam tahun mendiaminya.

Sebulan kemudian , dia mahu menjual kereta mewah Mustang yang dibeli pada 2016 dengan harga RM270,000.

Namun dia turut menafikan  bakal berhijrah dan memulakan kehidupan baharu di Bangkok, Thailand susulan tindakannya yang menjual semua aset dimiliki membabitkan rumah, isi rumah dan kereta mewah miliknya.

https://malaysiagazette.com/2022/04/12/safiey-ilias-didakwa-tipu-kilang-stokis-rm100000/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni ke sebab dia jual kereta dan aset die sblm ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:12 AM | Show all posts
pecaya sgt kat org yg kecelaruan gender tu kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:12 AM | Show all posts
pecaya sgt kat org yg kecelaruan gender tu kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:25 AM | Show all posts
ujung2 dah selamat ke ostolia..pastu buat la citer tertindas la terancam bagai kat malaysia..padahal kaki tipu duit orang
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:27 AM | Show all posts
now u know ur place sapik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2022 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni la cara fonder2 tanahair jadik kaya. Kalau tak menipu orang lain, tak sah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-4-2022 10:27 AM
Ni la cara fonder2 tanahair jadik kaya. Kalau tak menipu orang lain, tak sah.

hidup ni cuma ada 2 pilihan. Menipu atau ditipu.

U choose.

U yakin ke semua berita kat media massa dan media sosial tu x menipu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 10:44 AM | Show all posts
otai_g replied at 13-4-2022 12:06 PM
hidup ni cuma ada 2 pilihan. Menipu atau ditipu.

U choose.

pilihan pilih utk tak terlibat. boleh gitu? why bother dgn produk2 sampah ni? in fact kita hidup tak perlukan pon produk2 ni semua. just stay healthy, minum air masak banyak2, dapatkan tido and seks yg mencukupi, insyaallah, bangun2 esok terus cantik semulajadi. boleh gittew?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 13-4-2022 02:36 AM
hidup ni cuma ada 2 pilihan. Menipu atau ditipu.

U choose.

Bukan takat berita di media, socmed.

You yaqin ke porumer2 ni tak menipu? That's the gheal questions.

Akak cuma nak kata, takda orang jujur yang boleh jadik kaya. Takda. Akak tengok suma sedara mara aiols yang kaya raya jutawan memang kuat menipu, rasuah, membelit, tindas orang, tikam orang even adik beradik sundri dari belakang. Tapi tiap meka akak pircaya hada karma. Contohnya anak2 bodoh nak mampus kerana mak pompuan bimbo low IQ mengharap muka body lawa saja untuk menikah orang kaya. So yeah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 11:02 AM | Show all posts
aku cash kan aje sape yg bodoh percaya tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 11:08 AM | Show all posts
Orang bodoh je yg nak berurusan dgn pondan ni. Jantina sendiri pon dia celaru, lagi nak buat bisnes ke oiii...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-4-2022 10:27 AM
Ni la cara fonder2 tanahair jadik kaya. Kalau tak menipu orang lain, tak sah.

Ini aku setuju. Golongan b40 mmg bodoh. Tau beranak je
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 11:29 AM | Show all posts
Dulu pun dah ada kes kan dia ni...org exposed!
Bile tak laku stokis nk tolak kat online...terus tukar lebel...tuduh stokis jual yg pelsu...mmg tak berkat lah hidop ko Poodin.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 11:32 AM | Show all posts
ingatkah JAH terpaling hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
damsel_fiji replied at 13-4-2022 10:25 AM
ujung2 dah selamat ke ostolia..pastu buat la citer tertindas la terancam bagai kat malaysia..padahal ...

Last2 ostolia penuh dgn scammer transnita.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 11:42 AM | Show all posts
takde kena mengena kot being founder - penipu - pondan

macam juga kata acik2 wajib kepam

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 13-4-2022 10:12 AM
pecaya sgt kat org yg kecelaruan gender tu kenapa?

Itu la...kalau jantina sendiri pon dia leh acah2 ...ini pulak duit org.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn murung bunuh diri sudah
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 13-4-2022 11:42 AM
takde kena mengena kot being founder - penipu - pondan

macam juga kata acik2 wajib kepam

Tipu nk taubat tu kemende? Padahal nk launching produk… marketing.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.052146 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list