CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11445|Reply: 226

Langgar Mati 8 Remaja Berbasikal Lajak-Wanita Dipenjara 6 Tahun, Denda RM6 Ribu

[Copy link]
Post time 13-4-2022 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan kerani wanita dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000, kerana kesalahan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.


Ia sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan responden daripada tuduhan berkenaan.


Responden, Sam Ke Ting, 27, turut diperintah menjalani hukuman enam bulan penjara jika tidak membayar denda selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun yang berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara.




Foto: Harian Metro




Keputusan itu diputuskan Hakim Datuk Abu Bakar Katar ketika keputusan rayuan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi, hari ini.


Abu Bakar dalam keputusannya berkata, pendakwaan telah berjaya memutuskan kes prima facie di akhir kes pendakwaan dengan mahkamah tinggi turut memerintahkan tertuduh untuk membela diri.


Mahkamah bicara didapati terkhilaf dalam menimbangkan semula isu dibangkitkan di akhir kes pendakwaan berkaitan identiti pemandu kereta, kebolehterimaan eksibit dan tiada pengecaman atas mangsa. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa sgt penjara 6 tahun  tolak itu ini tinggal dua tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 melajak tgh2 malam, org lain yg dpt susah. Makpak yg anaknya melajak harus dipenjara bersama anak2 sbg pengajaran.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 11:50 AM | Show all posts
walaupun mahkamah dah jatuh salah pada dia, tp still aku rasa budak2 tu x patut berada kat tgh2 highway tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 11:58 AM | Show all posts
Mak bapak sepatutnya kena denda skali. Baru betul. Eh tapi sekarang ni cam senyap je aktiviti basikal lajak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak2 bapak2 tak kena caj cuai ke?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2022 12:02 PM | Show all posts
ezacbee replied at 13-4-2022 11:58 AM
Mak bapak sepatutnya kena denda skali. Baru betul. Eh tapi sekarang ni cam senyap je aktiviti basika ...

Dulu zaman PH Syed Sadick tu la beriya-riya nak buat gelangang khas bagai. Skrg parents boleh kena saman berlajak kt main road.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 12:05 PM | Show all posts
being at the wrong place, at the wrong time

it could have happened to any of us. moral of the story selepas tengah malam the road belongs to them.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru selesai ya kes ni. Lama juga tempoh perbicaraan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 12:27 PM | Show all posts
kesian amoi ni.. harap ada yg tolong dia utk cabar semula kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingtkan hr tu xbersalah..tp basikal2 lajak ni mmg xptt pn..xpsl2 arwah
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 12:34 PM | Show all posts
yg benarnya kesian jgk jd gini
benda tak jangka kan.. ko keluar aman2 drive kereta di awal pagi buta, tiba2 dtg geng2 basikal lajak. haih!!

bebudak basikal lajak ni boleh tahan perangai
penah skali jumpa kt area pantai puteri ke apa namanya tu kt melaka
masa tu dlm kul 8pm la.. kami kayuh basikal aman2 daripada masjid nak cari kedai makan dan port utk bermalam. tiba2 dgr suara "jom kejar budak tu".. zassss dr celahan simpang tiba2 muncul buat zig zag cross jln.. kemain dorg zig zag dpn kekami.. kami gelak jela.. bebudakkkk..
mujo area situ kenderaan tak byk naw.. mmg bahaya sungguh.. rupanya bebudak tu anak tokey kedai yg kami singgah dinner.. dia pn kaki kayuh sikal cumanya tulahhhhhh tak kena gaya bebudak tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 12:39 PM | Show all posts
kurus kering jadinya amoi ni
kesian sangat kat dia

sepatutnya dia lepas & bebas
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 13-4-2022 12:00 PM
Mak2 bapak2 tak kena caj cuai ke?

Mak bapak b40 suci dari dosa. Mereka orang susah, kalau buat salah tak reti jaga anak pun sebab mereka susah ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 13-4-2022 01:12 PM
sharlenetexas replied at 13-4-2022 12:00 PM
Mak2 bapak2 tak kena caj cuai ke?


masa isu ni tgh hangat..kan ada mak bapa ada jawab..camni...'kami dh larang..bdk tu degil sgt..takkan nak rantai/ikat bebudak tu"....
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku simpati kat amoi ni.. aku harap dia boleh buat rayuan. Dia pun xsangka atas jalan ada budak2 berhimpun. Kat fb, ada netizen kutuk dia. Klo korg kat tmpt amoi ni baru padan muka. Aku lg salahkan mak bapak yg xpndai didik anak2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 01:00 PM | Show all posts
awekjepun replied at 13-4-2022 12:57 PM
Aku simpati kat amoi ni.. aku harap dia boleh buat rayuan. Dia pun xsangka atas jalan ada budak2 ber ...

Habis tu kenapa tak mengaku awal awal lagi yang dia pemandu.. siap kata tak tau siapa pemandu.. nampak sgt nak mengelat...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 13-4-2022 12:05 PM
being at the wrong place, at the wrong time

it could have happened to any of us. moral of the story ...

Agree....it could happen to any drivers...
Dia pun tak sangka ada budak2 main basikal di jalanraya malam2.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 01:03 PM | Show all posts
sian dia tak pasal2 jidop berubah krn org lain taktahu didik anak
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
sekrg ni dah x nmpk lg bdk2 main basikal lajak
Moga kita x terkena cam kes ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.178257 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list