CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4978|Reply: 94

[Tempatan] 'Saya lega' - Ibu mangsa tragedi basikal lajak

[Copy link]
Post time 13-4-2022 06:52 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Keluarga mangsa tragedi berdarah basikal lajak yang mengorbankan lapan remaja lima tahun lalu, lega apabila kes berkenaan akhirnya menemui noktah selepas menanti sekian lama.

Walaupun masih tidak dapat melupakan tragedi yang menyebabkan kesan trauma berpanjangan kepada keluarga, namun mereka reda dengan ketentuan takdir tuhan

Ibu seorang daripada mangsa terkorban, Sabariah Yusof, 54, berkata, kesan trauma kehilangan anak kelapannya, Mohamad Azhar Amir, 16, masih tidak dapat dilupakan sehingga hari ini.

Katanya, dia sedih dan kecewa apabila masyarakat memandang serong pada mangsa terkorban dan keluarga terbabit sedangkan mereka menderita dan trauma sejak kejadian itu.

"Saya sebenarnya tidak tahu pun keputusan kes itu hari ini, namun saya bersyukur dan lega apabila ia sudah berakhir.


"Trauma kehilangan anak disayangi masih belum dapat saya lupakan apatah lagi Allahyarham amat manja dan rapat dengan saya. Selama tiga tahun saya kerap terjaga dari tidur dan mencari Allahyarham, sebelum menyedari dia sudah meninggalkan saya malah katil arwah di ruang tamu ini juga masih tidak diubah dan dijaga rapi.

"Allahyarham anak yang baik yang menjaga dan menggembirakan saya, malah setiap malam membantu mencari pendapatan tambahan dengan menjual puding yang saya dimasak di sekitar kawasan rumah.

"Saya terima apa jua keputusan mahkamah hari ini dan mahu melupakan episod sedih dalam hidup saya ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Senibong, di sini, hari ini.

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan kerani wanita dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000, kerana kesalahan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.

Ia sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan responden daripada tuduhan berkenaan.

Responden, Sam Ke Ting, 27, turut diperintah menjalani hukuman penjara tambahan selama enam bulan penjara jika tidak membayar denda selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun yang berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara.

Dalam tragedi berdarah yang berlaku di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, pada 3.20 pagi 18 Februari 2017, lapan remaja menaiki basikal lajak terkorban dengan empat parah manakala empat lagi turut tercedera dirempuh kereta suspek.

Remaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Ditanya sama ada memaafkan tertuduh kes berkenaan, Sabariah hanya tersenyum sambil mengesat air matanya.

"Saya tidak tahu bagaimana nak terangkan perasaan ini namun saya reda atas apa yang berlaku," katanya.

Dalam pada itu, seorang mangsa tragedi itu iaitu Muhamad Arif Salman, 20, mangsa yang cedera parah namun berjaya diselamatkan, mengalami kesan emosi berpanjangan sehingga kini.

Bapanya, Salman Ahmed, 56, berkata anaknya yang mengalami gegaran otak selain menerima puluhan jahitan di kepala dan anggota badannya, tidak mahu lagi apa-apa perkara mengenai tragedi itu mahu pun perkataan basikal diucapkan di hadapannya.

"Pada tiga bulan pertama selepas kejadian, anak saya yang berusia 16 tahun sering memanggil nama tiga rakan baiknya yang terkorban dalam kejadian itu.

"Kami hanya berani memaklumkan rakannya itu sudah meninggal dunia selepas setahun tragedi itu berlalu. Selepas itu anak saya berubah dengan emosinya tidak stabil kesan trauma kejadian itu.

"Jadi sehingga hari ini kami sekeluarga tidak pernah membangkitkan lagi isu mengenai tragedi itu atau bercakap mengenai topik membabitkan basikal kerana ia sangat sensitif buat anak bongsu kami, " katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/2022/04/831661/saya-lega-ibu-mangsa-tragedi-basikal-lajak






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap acik2 yg terbabit ni jaga lah anak2 yg lain tu bebaik...jgn lepas merayau mcm kambing terlepas waktu malam2 yg sepatutnya tuhan suruh tido.
Harap yg survived tu kasi nasihat pada kawan2 lain yg masih degil.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak kau kalau tak mati kena langgar pon confirmed tak menjadi jugak and what kind of parents membiarkan anak keluar rumah jam 2,3 pagi.. sama ada mak pak tak guna ataw anak mmg spesies celaka tak menjadi..so pick your poison
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 itu kononnya bakal perdana menteri,  doctor engineer pemain bolasepak no 1 dunia gituh
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 07:14 PM | Show all posts
anak kelapan tu. lagi tujuh ada kot.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry la....susah nk husnudzon budak baik kalo pkul 3 pg pun masih melilau2 ats jln raya duk main basikal lajak yg selalunya xde brake, xde lampu. Dan selalunya budak2 basikal.lajak ni, kalo dah satu geng dorg akan berlumba naik beskal ala2 terbang. Sush aku nk simpati. Sorry, but that's the truth.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2022 07:24 PM | Show all posts
Orang lain kena  jaga anak2 diaorang pukul 3 pagi... unbelievable. Tetap jua tak rasa bersalah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Jagalah anak elok2. Ni pukul 3 pagi duk biar berembun.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Entitled sgt perangai
Takde rasa bersalah
Pukul 3 pagi.. bukan 3 petang
Anak2 tu berkeliaran
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa sebenarnya amoi tu, wrong time tapi not wrong place, sbb tu jln raya mmg utk kereta la kan. Syg anak tapi keputusan mahkamah keluar harinie pun tak ambik tau, syg lah sgt. Sorry tak boleh nk berpositive thinking
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 13-4-2022 07:54 PM
chandrahusin replied at 13-4-2022 07:39 PM
Entitled sgt perangai
Takde rasa bersalah
Pukul 3 pagi.. bukan 3 petang


tableh la bang...3am...kita suda tido..kita ingat dia pon suda tido...jugok....1 kali pulis mari..."makcik2..makcik ni isteri pak mat tempe?...anak makcik kena langgar dengan motokar,makcik...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 07:53 PM | Show all posts
Hidop org lain susahh psl ko tak jaga anak
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 07:53 PM | Show all posts
Hidop org lain susahh psl ko tak jaga anak
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo yg 3am kat luar bukan anak baik, tu bakal mat rempit taik dadah
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian amoi ni..naya dia, xpa still boleh buat rayuan kat mahkamah tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu kt overseas .. negara 1st world dh lama kena charged negligence. Underaged …kena angkut sama social service cause unfit parents!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde ke yg boleh tolg amoi ni dr segi legal? Meluat betul tengok parents camni. Sendiri tak sedar anak klua pkl 3 pagi bila mati kene langgar ada hati nak salahkan org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Akka macam biasa la. Baca komen sambil senyum sinis.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 13-4-2022 09:36 PM
Takde ke yg boleh tolg amoi ni dr segi legal? Meluat betul tengok parents camni. Sendiri tak sedar a ...

ada..peguam DAP buat/tolong dia...tolong baca kt benang sblh.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua kereta mesti ada dashcam. Gila le. Tak pasal2.
Ada video budak2 ni merempit tgh2 hiway bbrp jam sebelum kene langgar. Mmg tunggu masa kene rodok. Kalau tak amoi ni, maybe kita2 semua jadi mangsa mat2 lajak ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.053101 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list