CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1854|Reply: 32

[Tempatan] Jumlah daftar masuk MySejahtera turun 30 peratus

[Copy link]
Post time 13-4-2022 08:32 PM | Show all posts |Read mode
Jumlah daftar masuk MySejahtera turun 30 peratus


Foto hiasan. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Jumlah individu yang menggunakan fungsi daftar masuk dalam aplikasi MySejahtera terus mencatatkan pengurangan ketara apabila menurun lebih 30 peratus, atau sekitar 8.6 juta pengguna.

Penurunan itu dicatatkan sejak 25 Mac lalu, iaitu sehari selepas pembentangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Parlimen, yang menimbulkan persoalan mengenai keselamatan data pengguna MySejahtera serta ketelusan dalam pembangunan aplikasi itu.

Data di portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan, penurunan penggunaan MySejahtera itu direkodkan di semua negeri dan wilayah, dengan kadar penurunan antara 26 hingga 49 peratus.

Jumlah daftar masuk yang dikira berdasarkan purata tujuh hari menunjukkan tiga negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang mencatatkan penurunan tertinggi, selain Putrajaya, Sabah dan Kedah.

Selain itu, 11 negeri mencatatkan penurunan penggunaan daftar masuk MySejahtera melebihi 30 peratus, iaitu purata penurunan di seluruh negara.

Data daftar masuk MySejahtera di portal itu menunjukkan Kelantan mencatat penurunan tertinggi 49 peratus, daripada 353,309 pada 25 Mac kepada 180,035 pada 11 April lalu.

Ia disusuli Terengganu yang mencatat penurunan 47 peratus, serta Putrajaya (40.8 peratus), Pahang (39.3 peratus), Sabah (36.9 peratus) dan Kedah (36.7 peratus).

Labuan turut mencatat kadar penurunan yang tinggi dengan 34.7 peratus, disusuli Negeri Sembilan (34.6 peratus), Perlis (34.3 peratus), Perak (33 peratus) dan Melaka (30.9 peratus).

Lima lagi negeri dan wilayah mencatat penurunan di bawah 30 peratus, iaitu Selangor (29.6 peratus), Kuala Lumpur (29 peratus), Sarawak (27.4 peratus), Johor (26.6 peratus) dan Pulau Pinang (25.9 peratus).

Sejak 25 Mac lalu, jumlah daftar masuk MySejahtera di seluruh negara mencatat angka paling rendah pada 7 April lalu dengan 16,020,112, iaitu terendah dalam tempoh lebih 37 minggu sejak 25 Julai tahun lalu.

Pendaftaran menerusi MySejahtera dilihat mencatatkan pola penurunan sejak awal tahun ini, apabila mencatatkan sekitar 15 juta hingga 18 juta sejak beberapa hari lalu, berbanding 29 juta hingga 33 juta hujung tahun lalu.

PAC sebelum ini mendedahkan aplikasi MySejahtera, yang awalnya bertujuan memudahkan proses pengesanan kontak rapat COVID-19, dibangunkan tanpa kontrak antara kerajaan dengan syarikat yang membangunkan aplikasi itu.

Laporan PAC itu juga mendedahkan Kabinet meluluskan kontrak secara rundingan terus untuk melantik syarikat baharu, MySJ Sdn Bhd untuk menguruskan aplikasi berkenaan.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ra-turun-30-peratus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis tu camne nk susahkan hidup yg x cucuk booster?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 08:43 PM | Show all posts
boleh stop dah scan masuk kedai guna apps ni.  dah tak ada fungsi.  
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 09:54 PM | Show all posts
kedai pun dah x kisah kau scan ke tidak
dari 1 laluan masuk dan 1 laluan keluar
now dah tak ada halangan
QR code letak kat laluan A
kesahnya customer masuk laluan D nk pegi cari QR
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 ambil suhu dh kambus
Xlama lg my sejahtera pula menyusul
Lps ni  cabut mask pulak yoo
Telinga aku sakit melecet pakai mask oii

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:37 PM | Show all posts
dah tak relevant
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2022 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah tak guna takyah kuarantin ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 11:15 PM | Show all posts
meols booster pon tak ambik lagi, kalau boleh taknak ambik kalau jenjalan ke langkawi ke misalnya, diorang halau balik tak? overseas pon tak kisah dah kan
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 11:24 PM | Show all posts
sama la... selalu tulis juga kat buku sebab internet bukannyaaa sentiasa herlokkkk walaupun pakai 5g sampai tahap tak payah chemo...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:29 AM | Show all posts
miss_white replied at 13-4-2022 10:28 PM
Mula2 ambil suhu dh kambus
Xlama lg my sejahtera pula menyusul
Lps ni  cabut mask pulak yoo

try pakai yang head-loop punya?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:31 AM | Show all posts
akulah antara yang terkeluar dari statistik pengguna mysejahtera tu kot? alah dah nak perang dunia ketiga dah kan? tak payahlah nak ber app2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
i dh xscan
g hero market jer i tpksa sbb guard dia nk tgk tu pun i tgk dia leka i masuk jer
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 04:07 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 14-4-2022 12:46 AM
i dh xscan
g hero market jer i tpksa sbb guard dia nk tgk tu pun i tgk dia leka i masuk jer:lol ...

Ada sebuah  kedai dalam Alamanda. Guard bagi masuk .tak payah scan pun
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 13-4-2022 11:24 PM
sama la... selalu tulis juga kat buku sebab internet bukannyaaa sentiasa herlokkkk walaupun pakai 5g ...

Takdak internet pon boleh ja scan mysajatera
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 08:16 AM | Show all posts
put me in 30% tu

renyah namatey
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2022 08:39 AM | Show all posts
kat OU and curve pun just scan pintu masuk.. no need scan dlm kedai dah
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 14-4-2022 12:31 AM
akulah antara yang terkeluar dari statistik pengguna mysejahtera tu kot?  alah dah nak perang duni ...

Kann..lagipun kat alam barzakh sana bukannya malaikat nak soal pun kita pakai ke tak apps sejahteruk tu
Kalo x pakai pun bukannya malaikat nak catit kt bahu kiri pun
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyampah aku klu masuk kl east kompem dpt noti ckp casual contact.. apa punya sumpahan da tempat tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 10:23 AM | Show all posts
aku pun jln masuk je... kuasa nk tet tett bkan ada org check pun... dan nk check apa lagi????
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.388123 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list