CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3673|Reply: 53

[Jenayah] Ibu Nagaenthran rayu selamatkan anaknya daripada tali gantung

[Copy link]
Post time 21-4-2022 08:04 PM | Show all posts |Read mode
SINGAPURA –  “Nagaenthran. Selamatkan dia. Baru hati senang. Minta maaf dia sudah salah. Semua orang tolong.”

Itulah kata-kata daripada seorang ibu Panchalai Supermaniam yang merayu agar anaknya warga Malaysia Nagaenthran K. Dharmalingam diselamatkan daripada hukuman gantung di Singapura pada minggu depan.

Video pendek oleh pertubuhan hak asasi manusia, Reprieve, itu telah disiarkan oleh peguam Singapura M Ravi di hantaran Facebooknya.

“Baru sahaja menerima berita yang menyayat hati bahawa Nagaentran akan dihukum gantung pada Rabu depan,” katanya dalam satu lagi catatan sebelum ini.

Mahkamah Rayuan Singapura pada 29 Mac telah menolak permohonan terakhir Nagaenthran terhadap pelaksanaan hukuman.

Ravi telah memberikan bantuan teknikal kepada peguam Nagaentran, Violet Netto.
Nagaenthran berasal dari Perak, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 2010 atas kesalahan menyeludup 42.72 gram dadah jenis diamorphine.

Peguam Nagaenthran mendakwa anak guamnya kurang upaya daripada segi intelek.

Nagaenthran, dijadualkan menjalani hukuman itu pada 10 Nov 2021, tetapi mendapat perintah penangguhan sementara pada 9 Nov selepas mahkamah dimaklumkan dia didapati positif COVID-19 ketika hadir mengemukakan rayuan terakhirnya.

— BERNAMA

https://malaysiagazette.com/2022/04/21/ibu-nagaenthran-rayu-selamatkan-anaknya-daripada-tali-gantung/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2022 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Petisyen...mana petisyen.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengedar kot. Gantung je le.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 09:16 PM | Show all posts
Nak buat camne dah memang itu padahnya kat Singapore.  Kat Malaysia pun ada je foreigners kena death by hanging sebab drugs..so how amma?  
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa lah kata2 terakhir mak pd anak yg menunggu kematian? Ish laaa… not worth it.

Bukan ngedar dpt jd millionaire punz!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke minta lepas sebab kurang intelek. Berapa ramai pengedar dadah yang ada intelek tinggi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2022 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak silap family dia pernah keluar kat BFM kot few years back. Minggu depan dah gantung nya. Kes mana ntah yang kena gantung kat Bali dulu, live plak tu. Family tunggu jenazah je dibawa keluar naik van. Jauhi lah dadah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
singapore pantang larang ada drug business..nasib la labu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum nak minta negara lain ringankan hukuman,Malaysia sendiri kena hapuskan terlebih dahulu hukuman mati untuk kesalahan sama. Tak payah nak mengajar negara orang sedangkan negara sendiri buat benda sama.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
43 gram dah hukuman mati,kat Malaysia selalu dengan rampasan berkilo dadah tu tapi Tak lah dengar sangat yang kena hukuman mati.senyap sunyi
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
dah lepaskan si keting..yg lain pun minta hak yg sama lah
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
NAsib baik kes kat singapore. KALau gantung kat malaysia mesti salah melayu
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Betol ke kat singapore chewing gum adalah x dibenarkan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 22-4-2022 06:46 AM
Betol ke kat singapore chewing gum adalah x dibenarkan?

Betul! masa kuatkuasa undang2 tu i kecik lagi… dorang hebohkan kat tv . zaman tu nama SBC ada channel 5 & channel 8 aje (skrg nama mediaCorp) . skrg ada pindaan ke tak i tak ambik tahu


yg pasal masuk singapore dorang kalau dah spot owner kenderaan adalah perokok/vaper… haa siaplah dia inspection keta sampai angkat karpet , dlm poket spenda semua dia check sbb setiap batang rokok ada fine brp dollar i lupa. setiap inci beg pon dia check kot ada rokok terselit….
tupasal masa berita jabatan agama (negeri mana i lupa) nak check poket org kecam i senyum sinis jaa. singapore punya kuatkuasa undang2 lagi merapu

bunga api/mercun pun sama. abes dia check segala sudut . Even bunga api bawang ke yg nama pop pop tu baling ada bunyi pop. Denda bukan sikit2
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
btw. Negara dia tanam pokok utk getah pokok hasilkan chewing gum yach. tapi rakyat sendiri tak boleh own a chewing gum pun
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi 1 boba. Dulu macam ada pengharaman. skrg tak tahu camne.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 07:04 AM | Show all posts
jarang2 orang bodoh nak mengaku bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 07:05 AM | Show all posts
tidak ada maaf bagi kes mandatori...sama dengan kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 07:14 AM | Show all posts
kepompong replied at 22-4-2022 06:56 AM
Betul! masa kuatkuasa undang2 tu i kecik lagi… dorang hebohkan kat tv . zaman tu nama SBC ada cha ...

sebelum jadi SBC, dulu nama dia RTS (macam RTM). Yang ni ko mesti tak tau kan


Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 22-4-2022 06:56 AM
Betul! masa kuatkuasa undang2 tu i kecik lagi… dorang hebohkan kat tv . zaman tu nama SBC ada cha ...

merokok pon tak boleh eh situ? patut la rakyat dia habis terkeluar perangai pprt kat malaysia, kat negara sendiri takut kena denda. nape la malaysia tak strict cam spore, mampos la kalau orang kita nak buat hal luar negara, pandai2 la tanggung kalau sangkut bawah undang2 negara tu, kita takleh buat ape la kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.055264 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list