CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5823|Reply: 84

Keluar KWSP RM10 Ribu, Suami Isteri Beli Kancil- "Sebelum Ini Naik Motor, Bancuh Susu Anak Tepi Jalan"

[Copy link]
Post time 22-4-2022 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Sepasang suami isteri sepakat membeli sebuah kereta jenis Perodua Kancil menggunakan wang pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 baru-baru ini.


Berkongsi cerita, seorang pengguna media sosial, Atikah mendedahkan dia dan suami amat bersyukur, dengan kemudahan yang diberikan seperti ini akhirnya mereka sekeluarga merasa memiliki sebuah kenderaan berbumbung walaupun hanya Kancil.


Baginya, itu sudah cukup memberikan makna besar bagi keluarga mereka kerana selama ini hanya bergantung kepada sebuah motosikal lama suaminya untuk kemana-mana sambil membawa dua orang anaknya.






“Rezeki anak-anak dapat duit KWSP terus beli kereta.


“Saya anak dua baru merasa ada kereta, sebelum ini pergi mana-mana naik motor dengan panas-panas, bila anak nak susu terpaksa duduk tepi jalan buat susu dulu,” katanya.


Menerusi video yang dikongsikan Atikah, apa yang lebih memberi kepuasan kepada seorang ibu adalah apabila dia melihat reaksi anak sulungnya yang begitu teruja ketika dihantar ke sekolah dengan menaiki kereta tersebut.


“Hari ini bermula lah hantar anak ke sekolah naik kereta, tengok muka anak sulung itu seronok sahaja,” ujarnya.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terharu membaca kisahnya dan mereka turut mengucapkan tahniah kepada keluarga kecil itu kerana akhirnya dengan usaha mampu memiliki kereta sendiri.


“Alhamdulillah, saya tumpang gembira dengan kejayaan puan dan keluarga, rezeki dapat memiliki kereta, KWSP pun duit titik peluh kerja keras selama ini, jadi, manfaatkan seperti ini baru nampak hasil berpanjangan,” komen Aliah.


“Seronok bila tengok wajah anak kecil itu tersenyum lebar, seronok dia dapat naik kereta, tahniah puan,” tulis Rozlinawi. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 12:00 PM | Show all posts
Anak dah ramai kena ada kenderaan mana boleh harap naik motor ramai2 bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 12:08 PM | Show all posts
sedih..... kalau citer3 mcm nih...

moga sentiasa diberkati dan dilimpahi rezeki...

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 22-4-2022 12:00 PM
Anak dah ramai kena ada kenderaan mana boleh harap naik motor ramai2 bahaya

Yep.. bg aku laa.. kawin bila rasa mampu.. tak mampu jgn kawin. Sian anak bini..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 12:09 PM | Show all posts
bgus la memang ada keperluan kuakan kwsp ni..nasib orang x semua sama
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 12:15 PM | Show all posts
Terima kasih Tok Jib
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2022 12:30 PM | Show all posts
ni benar2 perlukan duit kwsp ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 12:31 PM | Show all posts
Kesian dengan nasib begitu.. Risau jugak kalau setakat lepas beli kereta tapi nanti renew road tax dan  maintenance di luar kemampuan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu...beli kereta ikut kemampuan. Lagipun insurance dan roadtax kancil berapa ja..200 ke skali dgn insurance dan roadtax. Roadtax cuma 20 ringgit
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 22-4-2022 12:09 PM
Yep.. bg aku laa.. kawin bila rasa mampu.. tak mampu jgn kawin. Sian anak bini..

Nnti dibagi alasan elak maksiat. Pdahal dlm islam dah ajar, kalau x mampu tu makruh hukumnya. Klau xdpt tahan nafsu kena berpuasa, bkn kahwin lepas tu ank2 seksa hidup susah
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 12:35 PM | Show all posts
sadis nengok.. adehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kancil ok la kan...rotex insurance bajet dlm rm200-rm300 gak tp boleh simpan cikit2...best ooo pakai kancil walaupun kancil second kalo pg mana2 park keta, keta yg lain akan tertipu...muahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Jurujual kondom sekalian, buat kerja kamu!
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 12:37 PM | Show all posts
Alhamdulillah..guna duit untuk keperluan keluarga..
kalau berita macam ni sedih fikirkan anak tu je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
acikhan replied at 22-4-2022 12:36 PM
kancil ok la kan...rotex insurance bajet dlm rm200-rm300 gak tp boleh simpan cikit2...best ooo pakai ...

Lagi 1 best pakai Kelisa. Power stereng. Berdesup2 perginya. Minyak jimat. Tayar murah. Roadtax insurance pun murah. Ini antara kereta mampu milik untuk rakyat Malaysia. Janji maintenance jaga elok.. insyaallah lama boleh pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Org mcmni mmg layak keluarkan kwsp
Bukan yg dpt duit terus beratur kt kedai emas
Kawan ai dpt i-citra yg lepastu abes mcmtu je.
Kan dpt setiap bulan kan.dia beli rntai tgn utk anak dia satu lepastu laki terus xbg nafkah sbb bini dh ada duit setiap bulan.
Abes mcmtu je duit buat belanja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 22-4-2022 12:42 PM
Lagi 1 best pakai Kelisa. Power stereng. Berdesup2 perginya. Minyak jimat. Tayar murah. Roadtax in ...

kelisa ramai org Cari tp rege boleh tahan Mahal ye...haku pakai kancil second taun 1997 Cari Kat mudah tp stereng yg ampun keras nk matey tang minyak superb jimat giler seminggu rm50 antor ank2 sekolah....hahahahah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
manzilla replied at 22-4-2022 12:36 PM
Jurujual kondom sekalian, buat kerja kamu!

Tp anak dia dua je
Selalu yg kena kecam tu anak 5-6 org.dah besar2 pon xde yg keje.
Ni nmpk ok la.sedar diri.lepastu bekerja
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kereta memang dah jadi satu keperluan. Kesian baca cerita2 begini.

Ketika org lain sebok guna epf beratur kedai emas.. mereka ini guna utk beli kereta bg keperluan anak bini.

Kalau aku kaya... org2 mcm ni lah akan aku hadiah kan axia or alza sorang sebuah.....

Mcm brader ni.. dia beli kancil.. mesti kancil tu dah 15-20tahun usia nya kan? Harap x de kos maintenance yg tinggi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 12:50 PM | Show all posts
sedih bila baca cenggini. harap2 dua anak tu dah cukuplah, jangan nak menambah lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.072778 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list