CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4725|Reply: 63

[Jenayah] Azam Baki sahkan SPRM siasat Hakim Nazlan

[Copy link]
Post time 23-4-2022 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 23-4-2022 12:30 PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

The Star melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan bahawa siasatan telah dimulakan.

Katanya adalah prosedur biasa bagi SPRM untuk melakukan siasatan setiap kali laporan dibuat.

“Ya, kami telah memulakan siasatan kami. Prosedurnya adalah untuk menyiasat apabila laporan telah dibuat secara rasmi.
ADS

"Kami membuka kertas siasatan kerana ada laporan dibuat, bukan kerana dakwaan dibuat di portal atau media sosial," katanya dipetik sebagai berkata.

Portal Malaysia Today milik blogger Raja Petra Kamaruddin baru-baru ini mendakwa Nazlan mempunyai "kekayaan yang tidak dapat dijelaskan sumbernya".

Nazlan kemudian membuat laporan polis berhubung artikel itu.

Sebelum ini, tersebar dakwaan bahawa Nazlan adalah saudara kepada bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Anak perempuan Mahathir, Marina bagaimanapun menafikan perkara itu.

Pasukan peguam bekas perdana menteri Najib Razak juga mendakwa Nazlan mempunyai konflik kepentingan dalam kes 1MDB.

Nazlan, ketika menjadi hakim Mahkamah Tinggi pada 2020, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan RM210 juta terhadap Najib kerana rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu tahun lepas. Najib sedang merayu kes itu di Mahkamah Persekutuan.

Sumber

https://m.malaysiakini.com/news/618988

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2022 12:39 PM | Show all posts
Wow. ok SPRM siasat tapi bukan ke panel hakim itu hari dah menolak apa yg Tan Sri Shafiee dah lapor and buat laporan - berkenaan Zety Akhtar Aziz yg ade kaitan dengan penerimaan wang 1MDB  2. Hakim Nazlan ni.


So, apa  akan jadi ye ? mahkamah dah tolak kan itu hari , apa implikasi langsung if SPRM tersukan hal ini - terhadap kes Najib?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by swimswim at 23-4-2022 05:12 PM
mbhcsf replied at 23-4-2022 12:39 PM
Wow. ok SPRM siasat tapi bukan ke panel hakim itu hari dah menolak apa yg Tan Sri Shafiee dah lapor  ...


Kalau betul hakim terlibat dlm scam1mdb, akan ada case dismissal due to conflict of interests krn hakim sepatutnya menjadi saksi n hakim adalah org yg mendapat manfaat drpd jho low secara langsung (dikatakan dpt rm 2juta). Ada kemungkinan disbbkan tu la permohonan peguam najib nk masukkan bukti2 baru telah ditolak hakim kes.

Akan jadi mistrial n kena buat kes akan mula balik dgn hakim baru.

Ini pendapat sy. Letak disclaimer siap2 lol
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 01:57 PM | Show all posts
agak2 dlm kwspnye berapa M kot...takat keluar 10k celah gg nye....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusia biasa memang ada kepentingan..Hakim bukan malaikat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2022 03:43 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 23-4-2022 03:45 PM
swimswim replied at 23-4-2022 12:55 PM
Kalau betul hakim terlibat dlm scam1mdb, akan ada case dismissal due to conflict of interests krn  ...

imagine kos masa and etc
menarik juga kes 1MDB ni , pada mulanya i ingat simply as the bad guy versus the good guys yg bebas kesalahan. as the case unfolds , now i know that there are many layers to it. involvemnt Zety bila mana najib said , she was aware about th in coming sum of fundings tu...dan susulan PC Tan Sri Shafiee. wow lah menarik .... . pada mula kes 1mdb i ingat yeslah rosmah diimplicate as yadda yadda zety masuk hospital in a few occasion ingatkan ape ape lah kan , dia pun berdiam diri , rupanya bila new findings  revealed , wow , ade juga tempias and then ini. wow lah ..so kes ni menarik ..boleh buat macam film Nick Leeson nyer case 1992 ? yg baring bank tu.

tapi kes ni just to show lah kan , pi peringkat atas ...mainan duit jutaan ...wowlah ..duniawi sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Azam baki punya kes plk apa  cerr? Mmg ligat politaik konar baring.....sejak pegang balik kuasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2022 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 23-4-2022 03:43 PM
imagine kos masa and etc
menarik juga kes 1MDB ni , pada mulanya i ingat simply as the bad guy vers ...

Ni bkn je million, tapi billions involved.

Alleged stolen via 1mdb is usd4.5 billion.

Tau ada somethg wrong with jeti akhbar bila transactions in big volume didnt incur red flag to bank negara wakanda. Padahal my prev company i worked for, transactions tak sampai 100k euro pun kena hold seminggu cos bnm mtk proof of purchase documents bagai. Ni kalau dah juta2, higher ups in bnm xkan senyap je.. Due diligence mesti lagi byk.

Unlesss..... Fhm2 sendiri. Seb baik tokjib buat sumpah lahanat, habis semua hanat2 terreveal
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 05:14 PM | Show all posts
Semenjak kes beliau hari tu konar2 mcm2 pasal saham.
Terus aku x bleh blah kalau tgk nama die.
Pakai nama adik la, orang lain belikan la.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 05:34 PM | Show all posts
Aisayman ... ni semua keja macai2 totok part asobiyyah

Mula2 si Raja Petra tulis artikel yang Justice Nazlan ada kekayaan luarbiasa - bukti memang tadak

Lepas tu macai2 totok party asobiyyah buat lah kecoh tentang artikel tersebut & ada report kat SPRM

Kalo dah report m SPRM kena lah buat siasatan ... normal lah tu

This is a concerted attack oleh kem Pok Jib(yg kalah rayuan tu) ... dia dah kelam kabut nak cuba lepaskan diri
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanye Ketua Hakim yg pompuan tu pun ada terlibat sama salahguna kuasa. Tak lama lagi keluarlah cerita dia pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Azam Baki kes hari tu apa dah jadi ye?
Boleh pulak adik beradik guna nama dia ye beli apa benda entah?

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 23-4-2022 07:14 PM
Katanye Ketua Hakim yg pompuan tu pun ada terlibat sama salahguna kuasa. Tak lama lagi keluarlah cer ...

Tengku tu ke?

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 09:07 PM | Show all posts
stok popcorn dh nak habis,kena topup lagi la jawabnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 09:16 PM | Show all posts
wahai pemfitnah

siap sedia la mintak maaf dekat najib, itu pon kalau najib nak maafkan

kalau najib tak maafkan, hmmm tak masuk surga ler

sia-sia je beribadah seumur hidup, ujung2 masuk neraka kerana fitnah najib je

sian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2022 09:17 PM | Show all posts
orang lain susah payah kumpul dosa banyak2 baru boleh masuk neraka

hitler bunuh berjuta2 orang
polpot pon sama

memang berbaloi lah dapat masuk neraka atas amalan yang mereka lakukan sepanjang di dunia

korang masuk neraka sebab fitnah najib je isk3 kesian
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Macai kena saman sbb langgar lampu merah, macai x ngaku salah tapi macai pertikai nape lampu trafik ti warna merah.....itu le perumpamaan kes najibun
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 09:36 PM | Show all posts
Azam Baki tu  bila nak masuk penjara nya!! -
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 10:01 PM | Show all posts
A white collar criminal trying to criminalized a man of justice
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.054387 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list