Seremban: Kerajaan akan mengumumkan kelonggaran tiga prosedur operasi standard (SOP) utama yang diguna pakai sejak negara ini dilanda pandemik Covid-19, dalam tempoh terdekat.
Ia membabitkan pemakaian pelitup muka di tempat awam, mengimbas kod QR MySejahtera dan keperluan menjalani Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) di lapangan terbang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan akan mengumumkan sama ada perkara itu perlu dilakukan atau sebaliknya.
Beliau berkata, tiga perkara terbabit sedang diteliti dan dibincangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Ada tiga perkara besar, saya tak pasti bila ia akan diumumkan tapi KKM sedang berbincang, bermesyuarat tentang pelitup muka, MySejahtera dan sama ada perlu melakukan ujian PCR-RTK sebaik tiba di lapangan terbang atau ketika masuk pusat beli-belah atau mana-mana tempat awam.
"Tunggulah kita akan umum. Kita doakan berita gembira," katanya selepas melawat sebuah pusat perlindungan kanak-kanak di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.
Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak bercadang untuk kembali mengetatkan SOP dan kelonggaran akan diberi dari semasa ke semasa.
Beliau yakin ia adalah sesuatu yang menggembirakan rakyat tetapi pada masa sama ada yang bimbang jika terlampau diberi kebebasan.
"Itu sebabnya kena seimbangkan. Jika kita terlampau bebas, rakyat takut tapi seperti saya kata, kerajaan tidak akan mengundur ke belakang dan beri kelonggaran dari semasa ke semasa.
"Sekarang ini kita dah boleh balik kampung beraya dan sebagainya tapi masih perlu memakai pelitup muka, walaupun tiada lagi penjarakan fizikal seperti dulu yang menyebabkan tindakan boleh diambil jika ada melanggarnya " katanya.
Post time 24-4-2022 05:12 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aritu kj kata nak surprise kita...ni pm pulak...menyampah tul...nak announce buat jer lah...lemah betul mail ni jadi PM...muka pun sembab jer...tak semangat langsung..