CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1693|Reply: 22

[Tempatan] Percaya info tunggakan LHDN dari Macau Scam, guru rugi hampir RM400K. Duit dari personal loan dari 3 bank

[Copy link]
Post time 24-4-2022 02:13 PM | Show all posts |Read mode
Guru wanita rugi hampir RM400,000 nak bersihkan nama
Ahmad Hasbi

Seremban: Seorang guru wanita kerugian hampir RM400,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sejak pertengahan Mac lalu.

Lebih malang, mangsa berusia 36 tahun yang mahu membersihkan namanya daripada dakwaan terbabit dengan penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram sanggup membuat pinjaman wang daripada bank.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab Ghani berkata, mangsa diperdaya sejak 15 Mac lalu dan hanya menyedarinya pada 18 April.

"Ketika berada di rumahnya di Nilai, pada 15 Mac lalu, mangsa menerima panggilan telefon daripada nombor 012-7947774 dan bercakap dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Zulhairi Mohamad Zaini daripada LHDN.

"Zulhairi memaklumkan bahawa guru itu mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM38,000," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Aibee berkata, kemudian mangsa disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan bercakap dengan seorang lelaki yang mengaku sebagai Sarjan David.

"Sarjan David memaklumkan kononnya berdasarkan semakan terhadap maklumat, mangsa didapati terbabit dalam kes penyeludupan dadah dan bersengkongkol dengan seorang lelaki bagi kes pengubahan wang haram. Mangsa disambung pula kepada Inspektor Richard dan dalam masa sama pegawai polis itu menghantar waran tangkap melalui WhatsApp dan meminta mangsa supaya memberikan kerjasama.

"Mangsa kemudian bercakap dengan wanita dikenali sebagai Asisten Komisioner Wan Amina yang mengesahkan mangsa kononnya diburu. Guru terbabit diminta membuat transaksi berjumlah RM39,800 ke satu akaun tidak dikenali.

"Ia kononnya bertujuan membersihkan nama mangsa selain bagi menjalankan siasatan terhadap wang mangsa sama ada daripada sumber bersih atau haram. Mangsa kemudian memindahkan wang pada hari sama," katanya.

Katanya, siasatan mendapati, mangsa memberikan maklumat akaunnya kepada sindiket sebagai salah satu prosedur siasatan.

"Pada 18 April lalu mangsa membuat semakan baki di dalam akaunnya dan mendapati wang berjumlah lebih RM300,000 lesap dan sedar dirinya ditipu. Jumlah keseluruhan kerugian dialami mangsa adalah RM394,358.

"Mangsa ada membuat pinjaman peribadi daripada tiga institusi perbankan kredit bagi menyelesaikan masalah dihadapinya seperti dakwaan sindiket.

"Mangsa membuat laporan polis pada 21 April lalu di Balai Polis Nilai dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Disiarkan pada: April 24, 2022 @ 2:02pm

sumber: hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2022 02:14 PM | Show all posts
Nanges la wei…duit byk tu mcm2 blh buat…..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 02:31 PM | Show all posts
ada sebab mereka takut sangat kalau akaun/harta mereka disiasat sampai sanggup bayar beratus ribu untuk settle case

macau scam ni memang terang2 salah

tapi yang kena scam ni pon bangkem no alfatihah for you kan je dorang
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 02:48 PM | Show all posts
iols rasa makin kerap pulak...tolong la buat advertisement kat media social pasal kesedaran ni...takde ke video2 dari instafemes pasal lakon semula scam ni utk beri kesedaran? senaraikan aje agensi2 spt LHDN, TM, Kastam yg penah scammers ni guna utk perangkap mangsa.. dan bg kesedaran bahawa hanya rely pada surat menyurat atau pergi ke cawangan berdekatan utk pengesahan...dakwaan yg anda ada tundakan Rm38k tu is very huge... anda keje cikgu, lojik ke ada tunggakan mcm tu...umur lak belum 40...unless kalau anda ada biz ratus2 ribu untung yg anda tak penah declare kat LHDN...but then, semak la dulu...pastu pengedaran dadah??? cikgu ni takde adik beradik ke nk minta pendapat dulu??? kalau tak buat salah kenapa nk takut.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Malasnya nak baca berita macam ni. Again and again and again berlaku padahal tiap hari ada reminder. Sesak nafas iols baca kerugian guru tu. Salam takziah jerlah sis
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 24-4-2022 02:48 PM
iols rasa makin kerap pulak...tolong la buat advertisement kat media social pasal kesedaran ni...tak ...

Frankly kempen awareness pasal scam ni dh lebih kurang 10tahun. Mebi lebih. Org kita peka @ tak ja. MO scam pn template hat tu je lah. Tp pesen org kita ni cepat mgelabah. Pasal apa xtau la. Smpai logik akal pn boleh jem bila kna gertak sikit2. Noti pasal scam naik tiap kali login online banking, sms TAC pn pesan jgn ditipu.  Berita lg. Iklan hat org blakon kna scam lg. Sms pdrm pasal scam pn tiap bulan ada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2022 03:05 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 24-4-2022 03:02 PM
Frankly kempen awareness pasal scam ni dh lebih kurang 10tahun. Mebi lebih. Org kita peka @ tak ja ...

itu la cpt sgt menggelabah...take a deep breath dulu...
kalau polis dah identify anda pengedar dadah, takdenya dia nk suh sambung menyambung call...mau penjenayah lari menyorok dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
400k personal loan lepas ke??? Gaji cikgu brp je lagi2 umo x smpai 40.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2022 04:00 PM | Show all posts
Edited by Meiizu at 24-4-2022 04:03 PM
mejaputih replied at 24-4-2022 02:48 PM
iols rasa makin kerap pulak...tolong la buat advertisement kat media social pasal kesedaran ni...tak ...

Tatau kenapa dia tekena...
Kempen dari pdrm,akpk,lhdn,bank negara...selalu je i jumpa dlm fb,linkedin,youtubeApa lagi ehh...instapemes takjumpa lagi diorang kempen utk awareness...

Ke u tak baca
Tapi ada kata yg baca pun tekena jugak

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
adoiii ada lg yg duduk dlm gua..
hari2 ada news pasal scammer lhdn ni..
tak baca news ke cikgu ni..
btw sempat pulak dia pi buat loan nk byr kt scammer tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 05:39 PM | Show all posts
Takpa la..cikgu ada pencen kan

Kalau dpt kol kata kita ada buat salah ka jenayah
Cakap kat scamer sat nak p balai polis tanya
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku kena call scam immediately lepas aku masukkan nama as per ic dalam shopee wallet sebab ada produk kena kensel. Aku tak letak IC number, cuma nama yang salah eja. Siap ugut nak hantar polis datang rumah. Silakan lah sebab asben aku ada pistol berlesen.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Musim raya mmg scam byk cari wang
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 06:15 PM | Show all posts

kerajaan sepatutnya ambil peranan lebih serius dah untuk lindungi rakyat. .. kerajaan juga sepatutnya tak boleh seratus-peratus balikkan masalah ini kepada individu, dia ada kuasa untuk kawal kejahatan dan lindungi rakyat... sebab masalah scammer ni dah berterusan bertahun-tahun. .. boleh rosak kehidupan seseorang jika terkena. ..


kalau perlu umumkan sebagai satu ancaman kepada rakyat dan negara sebab saban ketika yang tak berapa lama berita scammer berjaya menscamer orang ramai akan keluar...   

kalau perlu ubah sistem simpan duit dibank sehingga ada beberapa layer keselamtan jika melibatkan transaksi yang besar atau mencurigakan..

kalau perlu dedahkan akaun scammer semua...

kalu perlu jatuhkan berat kepada scammer spt 50 rotan dan 30 tahun penjara... ada banyak sahaja yang boleh dilakukan kerajaan pemerintah... ah aku rasa banyak lagi yang boleh dilakukan kerajaan supaya scammer ni takutkah atau hilang diatas muka bumi

setakat ini memang aku rasa apa yang dibuat kerajaan tak cukup ...maka disebabkan kerajaan ada alasan tersendiri untuk tidak menggempur habis-habisan scamer ini sehingga aku rasa mereka dah anggap malaysia ni syurga untuk menyacam orang lain maka nampaknya masalah ini akan berterusan beberapa ketika dimasa akan datang...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 24-4-2022 04:00 PM
Tatau kenapa dia tekena...
Kempen dari pdrm,akpk,lhdn,bank negara...selalu je i jumpa dlm fb,linked ...

Iols xde fb ig semua tu iols tgk tv je itupun tgk berita...yg penting forum cari sentiasa dihatiku..byk membuka minda...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp iols rasa sindiket scammers ni dilindungi oleh pihak tertentu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2022 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Scammer ni power iya.

Kamu tengok video ini. Wanita ini berdepan dengan polis pun masih nak percaya scammer berbanding polis.



Btw kalau kamu rasa kamu cam bodo, baca la berita2 gini untuk naikkan balik self esteem. Niscaya kamu akan rasa pandai balik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya kt porem jah bpleh baca byk news pasal scam sebegini. Dodol nk ckp lebih2 pon takut terkena jua. Semoga dijauhkan drpd benda2 sebegini jah
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nk percaya? Tak yakin dgn diri sendiri ke bila tiap2 tahun ishtihar?

Iols yawn bila tiap kali dpt call scammer ni.. bau sgt kescammeran dia, ada ka lhdn call di hening pg sabtu? Mmg tak la
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Najibun kena scam masuk billion2 yersenyum sinis
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.127103 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list