CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1647|Reply: 23

[Tempatan] Bank Rakyat Umum Dividen 2021 15 Peratus

[Copy link]
Post time 25-4-2022 03:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kluangman at 25-4-2022 03:12 PM



https://www.bharian.com.my/bisne ... -dividen-15-peratus

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen  15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
Ia lebih tinggi berbanding 13 peratus yang diumumkan bagi tahun kewangan 31 Disember 2020.

Jumlah dividen itu membabitkan pembayaran sebanyak RM429.50 juta kepada 827,066 anggotanya dan pembayaran dividen itu akan dilakukan mulai 25 April 2022.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, berkata Bank Rakyat masih lagi mengekalkan prestasi kadar dividen berjumlah dua angka untuk tempoh 23 tahun.

"Syabas dan tahniah atas pencapaian dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh Bank Rakyat setelah hampir lebih dua dekad.

"Saya berharap dengan penerimaan dividen ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kewangan yang dihadapi anggota dalam mengharungi pandemik COVID-19 di samping membantu anggota dalam membuat persiapan hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman dividen Bank Rakyat dan prestasi kewangan Kumpulan Bank Rakyat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, di sini, hari ini.

Mengenai unjuran pemberian dividen bagi tahun kewangan 2022, Noh berkata, Bank Rakyat akan terus mengekalkan prestasinya untuk memberikan dividen yang lebih baik.

Beliau berkata, Bank Rakyat terus mengekalkan prestasi kadar dividen dua angka dengan dividen diberikan pada 2016, 2017, 2018, 2019 dan 2020 dengan masing-masing 15 peratus, 16 peratus, 13 peratus, 14 peratus dan 13 peratus.

Katanya, prestasi kukuh itu adalah hasil daripada komitmen Bank Rakyat untuk merealisasikan mandat yang dipertanggungjawabkan bagi memperkasa kesejahteraan ekonomi anggota dan pelanggannya.

"Bank Rakyat sentiasa prihatin terhadap keperluan anggotanya yang mana 30 peratus penerima individu terdiri daripada golongan B40, manakala 20 peratus penerima anggota koperasi terdiri daripada golongan B40," katanya.

Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 adalah sebanyak RM1.63 bilion dan keuntungan bersih sebanyak RM1.86 bilion.

Keuntungan sebelum cukai dan zakat yang lebih tinggi itu dicapai melalui kekukuhan asas dan fokus terhadap aktiviti teras, walaupun ketidaktentuan ekonomi akibat COVID-19.

Selain itu, Kumpulan Bank Rakyat turut meneruskan sokongan terhadap mandat tahunan untuk ekosistem koperasi dengan menyumbang sebanyak dua peratus daripada keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM32.30 juta disumbang kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan satu peratus bersamaan RM16.15 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi.

Jumlah sumbangan bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM48.45 juta.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2022 03:12 PM | Show all posts
entah bila boleh dapat additional unit.. iols punya dah lebih 10 tahun asik RM500 tu je la
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 03:16 PM | Show all posts
Tahniah.... huntong gang koperasi. Good for them lah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 03:17 PM | Show all posts
alhamdulillah, bila la dia nak buka kuota saham dia nie.....dah lama dah nie
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 03:47 PM | Show all posts
cmne konsisten mampu beri banyak tu? apa rahsia dia?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 25-4-2022 03:55 PM

Bila nak buka tambah unit, 500 dpt 75 jah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2022 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 25-4-2022 03:47 PM
cmne konsisten mampu beri banyak tu? apa rahsia dia?

Promosi loan dekat staf kerajaan....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.
aku dpt lebih sbb tebus saham bhgn mak tiri. dia nk cash. tp lama proses tukar nama tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2022 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
PNB tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 25-4-2022 03:47 PM
cmne konsisten mampu beri banyak tu? apa rahsia dia?

Dia join private mandate DDNK,  dpt untung 85% setahun,  dia amik 70%
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bank rakyat ni walaupun hauk skit transfer duit pakai ibg lg pastu interface online banking die pun mcm zaman 2000an tapi aku nak puji gak la antara bank paling secure. Aku ada 3 akaun bank aktif,maybank dan cimb,yg lg 2 ni korang pepaham sendiri la ye camne tahap security nye camne
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 25-4-2022 03:12 PM
entah bila boleh dapat additional unit.. iols punya dah lebih 10 tahun asik RM500 tu je la

Sama lah. Tapi sejak 10 tahun lepas x pernah keluar, so last few years check tgk ada beratus juga lah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 25-4-2022 03:47 PM
cmne konsisten mampu beri banyak tu? apa rahsia dia?

Capped (fixed) fund size... senang nak manage, business model tak berubah...

Asb epf lain, fund growing
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah dah naik 15% semula
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 25-4-2022 03:47 PM
cmne konsisten mampu beri banyak tu? apa rahsia dia?

Loan dia kena byr installmnt potong  gaji...dh tinggal setahun diorg rajin call suh  uat overlapping
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 25-4-2022 03:12 PM
entah bila boleh dapat additional unit.. iols punya dah lebih 10 tahun asik RM500 tu je la

Sume pun menunggu je kan.. sama iol takat tu ja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2022 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 25-4-2022 04:20 PM
Promosi loan dekat staf kerajaan....

dan depa buat potong gaji melalui Angkasa
maka staff gomen tersenyum girang
acik2 staf bank rakyat tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..jenuh akak tggu dividen BR ni..sbb selalu around mac or early apr
tp kali ni dah masuk mggu ke-4 apr
sib baik depa kasi tinggi
stp hari akak cek FB Bank rakyat,lawak komen2 kat sana.siap ummah FB copy paste lg copywriting Bank Rakyat kalo ada sapa2 tanya psl dividen
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 25-4-2022 03:12 PM
entah bila boleh dapat additional unit.. iols punya dah lebih 10 tahun asik RM500 tu je la

pi cari sapa nk jual saham BR tu
mcm akak, akak dapat additional units drpd satu pokcik ni yg mmg nak jual saham BR dia (big portion)
mana aku jmpe dia?
ms tu akak kt kaunter BR ada urusan kaunter sket...dia dtg bank and tanya..terus akak approach dia and the rest is history la utk submit documents,transfer duit etc.
ni around year 2013 dulu.
lokasi - BR jalan tangsi
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 11:27 PM | Show all posts
Alhamdulillah...... Kah-Ching!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.060357 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list