View: 2041|Reply: 22
|
[Tempatan]
Kena covid dan kena kuarantin sebelum balik kampung.Apa tindakan korang?
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Satu hantaran oleh seorang pengguna Twitter mengenai semalam hari terakhir untuk dijangkiti Covid-19 jika berhasrat pulang ke kampung pada 1 Syawal tahun ini mencuit hati netizen.
Hantaran oleh pemilik akaun Ustazah Isaac itu telah dikongsi sebanyak 5,169 kali dan menerima lebih 8,700 “like” oleh pengguna media sosial sejak ia di muat naik semalam.
“Hari ini (25 April 2022) adalah hari terakhir untuk kamu kena covid (Covid-19) sekiranya bercita-cita nak balik kampung pulang beraya nanti.
“Kalau esok (hari ini) kena covid, nanti tak boleh balik raya dah sebab kena kuarantin,” kata Ustazah Isaac.
Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini mengumumkan tempoh pengasingan kes positif Covid-19 bagi semua jenis varian yang membabitkan individu sudah lengkap divaksinasi serta tidak bergejala ialah tujuh hari.
Bagaimanapun, bagi individu positif yang tidak lengkap vaksin atau bergejala tempoh pengasingan adalah selama 10 hari.
Pemilik akaun Twitter Firdaus Raziki meninggalkan komen berharap tidak dijangkiti Covid-19 sebelum Aidilfitri kerana sudah dua tahun tidak dapat menyambutnya bersama keluarga.
“Minta jangan kena. Kita mahukan kehidupan seperti biasa. Tolonglah dua tahun tak dapat beraya bersama apatah lagi dengan penyakit yang belum ada kesudahannya hingga kini,” katanya.
Seorang lagi pengguna Twitter berkata, dia masih ada harapan pulang ke kampung kerana telah membuat ujian kit saringan pantas (RTK) semalam dan mendapati keputusan adalah negatif.
Bagi Mencia pula, jangkitan tidak dapat diduga kerana ia masih boleh berlaku walaupun individu telah menjaga diri sebaik mungkin untuk mengelak daripada dijangkiti.
“Punyalah jaga diri tak nak kena Covid-19 alih-alih balik kampung berjangkit dengan saudara-mara di kampung.
“Risau nak dapat “result” lambat, risau pada orang tua,” katanya. – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
ada mereka kisah..
silap-silap tak declare pun kat mysejahtera..
and kelakarnya orang gini, bila orang lain buat dikatanya selfish..
bila kena tang dia, alah.. tak apa la.. it just a flu..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau jd kat iols tak blk kg la jwbnya.beraya bertiga je la kat rumah ni ha
bhy la berjangkit kat mak iols, meraung la kalau jadi apa2. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ke org yg nk buat test lagi?
Semua dh sibuk shopping bagai takkn nk tersadai tak balik kg. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 27-4-2022 01:59 PM
Baliklah kg, jangkitkan kat mak bapak yg tua, mak bapak akan jangkitkan kpd jiran dan org kampung, kalau org tua dan org tua kampung ada meninggal apa cerita. Jaga sop, pakai mask dlm rumah, jaga jarak, jaga toilet, kuarantin dari parent, buat test, itu mudah pun x boleh ikut dan Masih jangkitkan kpd org tua dan 1 kampung jangkit |
|
|
|
|
|
|
|
Ahad malam (24hb) rasa x sedap badan. Bangun sahur (25hb) buat saliva test, sbb kalau apa2 tak mau colleagues berjangkit. Ternyata positif. Pukul 8.30 pagi pegi klinik, sah, satu rumah positif.
Bukan aku nak, kitorang mmg antara org2 yg cukup teliti bab SOP sampai kena sindir dgn colleagues sbb takut sgt. Solat jemaah mmg da x pegi da. Solat jumaat mmg carik surau yg masih ada penjarakan. Tapi da takdir, kami dijangkiti jua. So far, hanya isteri cat2a, yang lain cat1. Doakan kami sekeluarga pulih seperti biasa. |
|
|
|
|
|
|
|
ala, sesapa yang kena kobit masa nak raya ni, pasti ke depa declare kat Mysejahtera |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 27-4-2022 01:20 PM
ada mereka kisah..
silap-silap tak declare pun kat mysejahtera..
and kelakarnya orang gini, bila or ...
kelig akak cerita tadi, mak dia kena covid sebab keluar dengan jiran..yang jiran ni tau dia +ve tapi tak declare..kan dah menyusahkan org |
|
|
|
|
|
|
|
Nervous plak nak balik kampung..walaupun dah positif covid lebih kurang sebulan lepas..tapi tetap risau kan kesihatan mak di kampung..baru few days ago anak2 aku kene batuk2 selsema plak..tgh usaha bagi diorang makan ubat n cutikan dari sekolah..harapnya menjelang raya semua org dah sihat la |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat sembuh uols sekeluarga
|
|
|
|
|
|
|
|
Lek lek sudah. Kalau positif covid bukannya confirm mati pun. Kesian nengok korang ni yang over sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga segera sembuh
kawan aku antara yang menjaga SOP begitu teliti, sehinggakan bila keluar duit dari ATM, duit akan di basuh dahulu sebelum guna.
Dari 90kg turun berat dalam 70++, kerisauan kepada covid yang melampau lampau
Alih alih positif covid, dan sembuh
Selepas kena covid, baru hidup kembali ceria
dengan alasan, aku jaga SOP melampau pun, positif juga
|
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 balik gak tak kalau positif?
Kalau mak pak yg suh balik gak cemana?
Balik kuarantin kat homestay ke?
Masalahnya kalau bergejala larat ke nak redah jem tu weh.
|
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 27-4-2022 01:48 PM
Baliklah kg, jangkitkan kat mak bapak yg tua, mak bapak akan jangkitkan kpd jiran dan org kampung, ...
Dah kalau duk dlm rmh yg sama, takkn nak berfm 24 jam, berjarak segala?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dovahkiin replied at 27-4-2022 01:53 PM
Ahad malam (24hb) rasa x sedap badan. Bangun sahur (25hb) buat saliva test, sbb kalau apa2 tak mau c ...
Semoga segera sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas raya kes mesti up kan |
|
|
|
|
|
|
|
star_karat replied at 27-4-2022 09:32 PM
Lepas raya kes mesti up kan
Kelompok imuniti in the making...
Ko apa tahu? |
|
|
|
|
|
|
|
Adik aku baru positip covid. Abis kuarantin lepas raya pertama tp SOP yg baru kalau buat RTK negatif x perlu kuarantin lagi then bole la raya tp ahli keluarga yg kt kg still risau jgk sb kt kg ramai warga emss |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kalian sekeluarga segera sembuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau iols sanggup tak balik kg.
Kesian ibu ayah dan mertua masing2 dah uzur.
Lagipun sebulan raya masih boleh beraya sama2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|