CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1178|Reply: 21

[Tempatan] SPRM: Kami ada kuasa siasat pegawai awam, termasuk hakim

[Copy link]
Post time 28-4-2022 03:49 PM | Show all posts |Read mode
SPRM: Kami ada kuasa siasat pegawai awam, termasuk hakim

https://www.malaysiakini.com/news/619565

Diterbitkan:  Apr 28, 2022 12:47 PM⋅
Dikemaskini: 12:55 PM



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan mereka mempunyai kuasa menyiasat  pegawai badan awam, termasuk hakim.

Penegasan itu dibuat setelah suruhanjaya itu dikritik kerana menyiasat hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali atas dakwaan mempunyai kekayaan yang tidak jelas sumber.

Siasatan itu dibuat susulan dakwaan dalam portal kontroversi Malaysia Today milik penulis blog yang berpangkalan dari luar negara Raja Petra Kamaruddin.

Dalam kenyataan hari ini, SPRM berkata mereka diberikan kuasa untuk menyiasat kes jenayah rasuah bawah Akta SPRM 2009.

Katanya, pegawai badan awam termasuk anggota pentadbiran, anggota parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri serta hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan.

“Berdasarkan prosedur, suruhanjaya ini bertanggungjawab untuk mengesahkan dan menyiasat sesuatu laporan atau aduan rasmi yang telah dibuat kepada SPRM melibatkan perkara-perkara di bawah bidang kuasanya,” kata SPRM.

Katanya, selaras dengan prinsip pengasingan kuasa, kertas siasatan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mejutsukan sama ada pendakwaan akan dibuat.

“SPRM juga telah mempunyai rekod menyiasat hakim yang mana kertas siasatan berkaitan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuat penilaian,” katanya.

“Berhubung siasatan terhadap hakim tersebut, SPRM telah menerima satu aduan pada 15 Mac 2022 disusuli dua lagi aduan pada 23 dan 27  April 2022. Siasatan ini masih berada di fasa awal dan melibatkan kepentingan awam.”


Mohd Nazlan Mohd Ghazali

SPRM juga berkata apabila sesuatu siasatan dijalankan terhadap mana-mana individu, ia tidak bermakna individu tersebut telah melakukan kesalahan.

“Sehubungan itu, SPRM memohon masyarakat umum memberi ruang untuk proses siasatan dijalankan mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan,” katanya.

Selain ahli politik pembangkang, Badan Peguam Malaysia turut mengkritik siasatan itu atas alasan melanggar doktrin pengasingan kuasa dan menjejaskan kebebasan badan kehakiman.

Presidennya Karen Cheah Yee Lynn berkata ada mekanisme bagi menangani isu itu dan “sebarang percubaan oleh pihak tidak bertanggungjawab”  menjejaskan keyakinan awam terhadap badan kehakiman.

Nazlan, ketika menjadi hakim Mahkamah Tinggi pada 2020, menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan RM210 juta terhadap bekas perdana menteri Najib Razak atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu. Najib sedang merayu kes itu di Mahkamah Persekutuan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 04:21 PM | Show all posts
teruskan siasatan....hakim manusia biasa jugak....bukannya malaikat...
hanya siasatan, ia tidak bermakna individu tersebut telah melakukan kesalahan.
dan jika tuduhan itu tidak benar, mungkin boleh didakwa mereka membuat kenyataan palsu atau memfitnah tapi jika tuduhan itu ada asasnya dan mempunyai bukti, kenalah didakwa individu terbabit.



Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
"Nazlan, ketika menjadi hakim Mahkamah Tinggi pada 2020, menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan RM210 juta terhadap bekas perdana menteri Najib Razak atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram."

Usaha2 melepaskan tengkuk ke ni

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 28-4-2022 05:05 PM
"Nazlan, ketika menjadi hakim Mahkamah Tinggi pada 2020, menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan RM21 ...

Jika bukan usaha2 melepaskan tengkuk pun, perkara nie perlu disiasat, sebab antara nama2 yg disebut dimahkamah US berkaitan urusannya dgn 1MDB..

Rasanya majority rakyat sokong agar kes2 yg melibatkan 1MDB yg dikatakan melibatkan duit rakyat dan individu2 yg berkaitan dgnnya disiasat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 03:16 AM | Show all posts
Pakat2 gaduh semua. So polis taknak ke kata kami ada kuasa utk siasat pegawai sprm, tunjuk sikit kuasa kat dorg pulak
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
kepala sprm pulak sape ade kuasa nk siasat?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2022 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
sprm ni pun sama je mcm badan beruniform lain jd laughing stock netizen
ada hatiiii nk siasat Dato Nazlan yg sah2 punya high integrity drpd korang yg sah2 byk kes pi rembat duit hasil rasuah smpi siap gi beli harta sendiri lg.pi gugel sana kes pegawai sprm rembat duit hasil rampasan.
pegawai sprm ni takde cermin ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Azam Baki tersenyum sinis dengan Azam Balance dengan Azam Remainder
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2022 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Dato Nazlan awal2 lg terus buat police report
kalao dia tak salah, terus saja report polis
tak perlu nak amik masa utk buat report sbb nk kena plan the plot bagai mcm penyamun.
org kalau betul2 CLEAN, mmg terus je buat report
bangsat punya es pi ar em tak pi sekolah tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 06:46 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 29-4-2022 02:10 AM
Dato Nazlan awal2 lg terus buat police report
kalao dia tak salah, terus saja report polis
tak perlu ...

Di harap dengan police report itu, polis dan sprm cepat cepat la siasat sapa yang bayar raja petra tulis pasal hakim tu. Berapa masuk kat akaun dia.
Kalau nak bermusuh dengan hakim , rayuan seterusnya nampaknya tak ada harapan lah.

btw tak kan murah sangat untuk bayaran kepada seorang hakim yang megendalikan kes juta juta..


Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 29-4-2022 06:46 AM
Di harap dengan police report itu, polis dan sprm cepat cepat la siasat sapa yang bayar raja petra ...

Ya..since Dato Nazlan dh buat report polis, so sprm nak tggu apa lagi..hah cepat la buat kerja tu.
Jgn korang hantar pegawai junior lak utk handle kes DN ni
Kata terer sangat kan..hah hantar la pegawai senior korang yg takde integriti dan tak competent tu utk handle this high profile case.

Akak yakin es pi ar em pasti terciduk di tgh jalan
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 09:48 AM | Show all posts
siasat...lepas..siasattttt...repeat sampai AJM.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 09:52 AM | Show all posts
siasat jangan tak siasat..SPRM pon tak telus juga haha
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 09:54 AM | Show all posts
SPRM ada siasat SPRM tak
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 09:59 AM | Show all posts
Najib nak lepas diri sanggop ye kucar kacirkan sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 29-4-2022 09:59 AM
Najib nak lepas diri sanggop ye kucar kacirkan sana sini

Tim Leissnner yg sebut nama tu di mahkamah US....najib jugak yg kau ratib..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2022 10:04 AM | Show all posts
penat la hakim2 kat malaysia nih.

lepas najib, kes siti bainun plak.
kalu bainun jatuh hukum bersalah
kompom sprm siasat hakim lagi

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 10:08 AM | Show all posts
rashiman replied at 29-4-2022 10:04 AM
Tim Leissnner yg sebut nama tu di mahkamah US....najib jugak yg kau ratib..

Aku refer pd pd article mamat yg larii london
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 29-4-2022 10:08 AM
Aku refer pd pd article mamat yg larii london

Mamat yg lari london pun refer sini jugak kot...sama dgn PSUAM refer...


SPRM sebelum ini mengesahkan telah membuka kertas siasatan terhadap Nazlan selepas menerima laporan yang dibuat oleh Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) pada 11 Mac.
PSUAM membuat laporan itu berdasarkan dakwaan bekas pegawai bank Goldman Sachs Tim, Leissner di mahkamah AS.
Menurut kumpulan itu keterangan Leissner mengaitkan Hakim Nazlan dengan perjanjian 1MDB yang melibatkan Tanjung Energy Holdings Sdn Bhd pada 2012.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 10:49 AM | Show all posts
rashiman replied at 29-4-2022 10:35 AM
Mamat yg lari london pun refer sini jugak kot...sama dgn PSUAM refer...

Ok rashiman, aku faham jugak apa yg ko maksudkan tu. Tp bagi aku itu tidsk menjadikan najib seorg yg tidak bersalah sbb kat us sana jugak yg memutuskan penyelewengan 1mdb n dah memulangkan balik duit yg dicuri tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.058436 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list