View: 6093|Reply: 113
|
[Tempatan]
Hanya 120 doktor mengadu kena buli, stress dgn kerja
[Copy link]
|
|
MMA terima 120 laporan buli, tekanan kerja daripada pegawai perubatan
Astro Awani
Mei 5, 2022 13:31 MYT
KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menerima lebih 120 aduan daripada kakitangan perubatan berhubung tekanan di tempat kerja sejak 2017.
Presiden MMA, Dr Koh Kar Chai berkata, laporan diterima bukan hanya daripada ‘housemanship’ atau latihan siswazah tapi juga daripada doktor biasa dan doktor pakar.
“Sejak 2017, kami telah terima 120 lebih aduan dan lebih kurang 80 peratus dari houseman, dari doktor dalam 15 peratus dan dari pakar pun ada dapat lima peratus.
“Jadi jangan sangka semua aduan datang daripada houseman, doktor lain pun hadapi masalah dalam pekerjaan. Semua orang ingat kebanyakan aduan daripada kes buli tapi sebenarnya bukan tapi tak dinafikan kes buli memang ada.
“Selain dari itu, ada yang menghadapi masalah mental, bukan masalah besar tapi work stress sebab mereka ada banyak kerja. Semasa masuk latihan, mereka menghadapi tekanan yang memang kuat.
“Aduan bukan hanya kes buli tapi sesetengah ada laporkan kes buli tapi lainnya adalah tekanan kerja,” katanya ketika bersiaran secara langsung dalam Buletin AWANI pada Khamis.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Norlela Ariffin hari ini mendakwa doktor junior di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia telah sekian lama menanggung waktu pekerjaan yang tidak berperikemanusiaan.
Dalam catatan di Facebooknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti itu berkata, beliau membangkitkan perkara itu berdasarkan pengalaman ahli keluarganya sendiri.
Tegasnya lagi, waktu pekerjaan seperti itu tidak akan ditanggung oleh golongan pekerja di sektor yang lain.
Beliau mengeluarkan kenyataan itu susulan laporan seorang doktor junior di sebuah hospital di Pulau Pinang yang dikatakan meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah bangunan pejabat.
Ketua Pegawai Polis Daerah Timur Laut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, buat masa ini insiden itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
sumber: astroawani.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan profession doktor ni high-class rupanya lowclass suka buli membuli....ke Only In Malaysia? |
|
|
|
|
|
|
|
Nnoor2 replied at 5-5-2022 05:33 PM
Ingatkan profession doktor ni high-class rupanya lowclass suka buli membuli....ke Only In Malaysia?
Sape yg lemah mmg kena buli sis.. dlm family pun ade budaya membuli terutama time nak jaga nak basuh ponggong mak pak yg sakit.. sggup gadoh ooo..
|
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 5-5-2022 05:37 PM
Sape yg lemah mmg kena buli sis.. dlm family pun ade budaya membuli terutama time nak jaga nak bas ...
Kalau ai la..bab jaga mak ayah sanggup berebut nk jaga...biarla orang lain x nak...aku sanggup...sgt2 sanggup... |
|
|
|
|
|
|
|
Nnoor2 replied at 5-5-2022 05:41 PM
Kalau ai la..bab jaga mak ayah sanggup berebut nk jaga...biarla orang lain x nak...aku sanggup...s ...
Bagus sgtt sis.. aku pun sggup tp ade jugak kekangan dr pihak aku nii.. mintak gilir kejap pun tarak mo |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 5-5-2022 05:42 PM
Bagus sgtt sis.. aku pun sggup tp ade jugak kekangan dr pihak aku nii.. mintak gilir kejap pun tar ...
Alhamdulillah tapi kami adik beradik mmg berebut nk jaga mak...nk bawa mak kerumah masing2 pun berebut juga...sampai mak pening..takut ada anak yg terasa...
Ni bab beli baju raya..buat kuih pun masing2 nk belikan baju mak abah...kuih muih..
Kekangan dari sapa...suami ke...bertolak ansurla...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Nnoor2 replied at 5-5-2022 05:46 PM
Alhamdulillah tapi kami adik beradik mmg berebut nk jaga mak...nk bawa mak kerumah masing2 pun ber ...
Seronoknya dengo family sis.. kalolaa saya dpt kakak mcm sis sujud syukor saya.. saya jeles tau kalo dengo adik beradik sepakat nak tolong mak ayah ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Cam my sister lah, baru balik Malaysia. Lepas kerja kat Arab, cepat dapat kerja, gaji sikit lepas tu hamjadah betul perangai senior.
Baik dia kembali kerja kat Arab katanya , kena buli pun atleast gaji puluh ribu lebih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 5-5-2022 05:50 PM
Seronoknya dengo family sis.. kalolaa saya dpt kakak mcm sis sujud syukor saya.. saya jeles tau ka ...
Dengan adik beradik kandung ni kita jgn simpan dendam...kalau ada konflik jgn bawak serius...selesaikan elok2 dan jgn simpan dlm hati...
Kita manusia x sempurna....tapi kita boleh elakkan gaduh panjang yg susah nk cantum balik kalau dibiarkan..
Buang yg keruh ambil yg jernih... |
|
|
|
|
|
|
|
Nnoor2 replied at 5-5-2022 05:55 PM
Dengan adik beradik kandung ni kita jgn simpan dendam...kalau ada konflik jgn bawak serius...seles ...
Sgt betul sis ckp |
|
|
|
|
|
|
|
bak kat seorang ceo
u choose this career, this job, this company, this position
we pay you
so whatever happened you should be the one to be blamed
not your boss
walaupun boss maki staff
dia menangkan boss
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nnoor2 replied at 5-5-2022 05:33 PM
Ingatkan profession doktor ni high-class rupanya lowclass suka buli membuli....ke Only In Malaysia?
profession high class pun ada jah buli2 ni sisturrrr…sedara iols keje pilot pun kene..masa dia memula keje tu, segala caci maki, F word segala dia kena hadap dari senior pilot..perasaan superior tu ada kat mana2 kerjaya jika xde sekelumit pun perasaan humble dlm diri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tggu anak raja jdi houseman kena buli dulu baru nak ambil tindakan ke?? Kes turun temurun dri dulu lgi, kononnya nak bagi competent, walhal nak memuaskan nafsu sadistic kau tu jah yg suka maki org kan? Dodol kalau jmpa yg tempik2 ni mmg dodol tempik balik jah, ingat power ke tu? |
|
|
|
|
|
|
|
exclusive_vvip replied at 6-5-2022 08:14 AM
profession high class pun ada jah buli2 ni sisturrrr…sedara iols keje pilot pun kene..masa dia me ...
Kjer retail baru dapat naik pngkat jd manager beza gaji rm 100 pon ramai da poyo. Apetah lg jawatan yg profesional ni |
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan tengok balik melalui KKM stakeholders meeting tentang beberapa perkara ni , kualiti HO, firm yg depa wajib buat tu , memang wajib dalam situasi malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
Sorry delete ja |
|
|
|
|
|
|
|
Terlebih kerja, dibuli dan didera: Doktor pelatih di P Pinang ‘dedah semua’
Predeep Nambiar -
May 5, 2022 2:45 PM
GEORGE TOWN: Beberapa individu yang pernah dan sedang menjadi doktor pelatih berkongsi pengalaman sendiri berhubung perkara yang dilihat oleh pengkritik sebagai budaya buli yang berleluasa di hospital awam.
Ini susulan laporan kematian seorang doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang baru-baru ini.
Pada Disember 2020, seorang lagi doktor pelatih yang meletak jawatan dilaporkan meninggal dunia. Ia mencetuskan spekulasi bahawa kes buli dan penghinaan menjadi kebiasaan dalam kalangan doktor pelatih.
Ketika dihubungi FMT, Pengarah Hospital Pulau Pinang, Dr Teo Gim Sian mengajukan soalan mengenai isu terbabit kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ma’arof Sudin. Tiada jawapan diterima ketika artikel ini ditulis.
FMT bercakap dengan individu yang pernah dan masih menjadi doktor pelatih untuk mendapatkan gambaran lebih jelas sama ada wujud budaya toksik di Hospital Pulau Pinang yang menyukarkan doktor pelatih.
Kebanyakan responden mendakwa ia adalah pengalaman perit dan merupakan “hospital paling teruk” untuk doktor pelatih di negara ini.
Hampir semua mendakwa mereka terlebih bekerja, didera dan dibuli – malah oleh jururawat.
Bekas doktor pelatih A berkata, Hospital Pulau Pinang terkenal dengan budaya buli dan biasanya “digeruni” oleh ramai doktor pelatih.
Dia menyifatkan pegawai atasan terdekatnya, iaitu pegawai perubatan (MO) sebagai “tidak berhati perut” kerana kata-kata mengguris hati dan tindakan terhadap dirinya serta rakan sekumpulannya.
“Seorang doktor pernah kata saya tidak berguna dan menyuruh saya pergi ke tingkat tertinggi dan terjun.
“Apabila saya kata hidup saya lebih berharga dan saya tidak akan korbankan nyawa sendiri, tempoh saya di jabatan itu dilanjutkan dua bulan lagi,” katanya kepada FMT.
Doktor pelatih menjalani latihan di jabatan berbeza secara bergilir-gilir setiap empat bulan untuk sekurang-kurangnya dua tahun, sebelum mereka menjadi MO. MO biasanya menyelia doktor pelatih.
A juga mendakwa beliau dan doktor pelatih lain berdepan penghinaan berbaur perkauman daripada MO mereka.
“Saya diminta pergi menoreh getah, manakala orang Melayu disuruh kembali ke sawah. Saya tertekan. Kami dipaksa bekerja 18 jam berturut-turut.
“Ada yang teruk terjejas mendapatkan bantuan psikiatri, mereka dipersendakan dan dilabel sebagai ‘gila’,” dakwanya.
Seorang lagi doktor pelatih, J mendakwa beliau dipersalahkan oleh pegawai atasan atas kematian seorang pesakit.
“MO yang bertanggungjawab adalah calon sarjana dan tinggal tiga minggu lagi sebelum dia memulakan kursusnya. Saya menjadi kambing hitam. Saya menjaga 20 pesakit lain dan MO hilangkan diri. Saya kemudian digelar pembunuh atas sesuatu yang tidak dilakukan saya.
“Ia adalah bulan paling malang dalam hidup saya di hospital itu. Pembuli ini menyasarkan orang yang lemah.”
Dalam menggesa Putrajaya menangani isu yang dihadapi doktor pelatih, Exco Kesihatan negeri, Norlela Ariffin semalam berkata, terlebih bekerja seperti budaya dalam dunia perubatan adalah yang tidak sepatutnya berlaku.
Beliau membandingkan pengalaman ahli keluarganya berkhidmat sebagai doktor di sebuah hospital di United Kingdom, yang menurutnya mempunyai keseimbangan kehidupan dan kerja yang lebih “berperikemanusiaan” berbanding di Malaysia.
Beliau mendakwa seorang ahli keluarganya, yang pernah menjadi doktor pelatih, terbabit dalam 27 kemalangan kereta akibat keletihan kerana terpaksa bekerja untuk tempoh yang panjang.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|