CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7917|Reply: 88

[Tempatan] 'Datuk Dr Oxford' letak jawatan penasihat agama Sultan, tiada sebarang ulasan...wassalam!

[Copy link]
Post time 15-5-2022 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 15-5-2022 11:24 PM

Dikemaskini.......

IPOH: Pejabat Dewan Negara Perak mengesahkan menerima surat pengunduran menjawat gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, Orang Besar Delapan Negeri Perak merangkap Penasihat Rasmi Sultan Perak dalam hal ehwal Islam daripada Datuk Dr Afifi al-Akiti, yang diulit kontroversi baru-baru ini.

Setiausaha Dewan Negara Perak, Toh Amar Seri Diraja Datuk Seri Ayop Hashim, berkata warkah pengunduran diri daripada gelaran itu yang bertarikh hari ini diutuskan Akiti bagi memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk berundur daripada menyandang gelaran terbabit.

"Warkah beliau sudah diangkat sembah untuk pertimbangan Sultan Nazrin. Baginda menzahirkan penghargan atas segala khidmat bakti yang diberikan Dr Afifi dalam tempoh menyandang gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan.

"Baginda juga berkenan menerima permohonan itu (pengunduran) untuk dikuatkuasakan pada 15 Mei 2022," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu turut dilampirkan bersama gambar salinan warkah yang diutus Afifi kepada Dewan Negar Perak.

Menerusi warkah yang ditulis, Afifi mengakui pengundurannya adalah disebabkan berkait rapat dengan penularan bahan di media sosial yang dilihat bertujuan mencemarkan namanya sejak dua minggu kebelakangan.

Menurut warkah itu, beliau memilih untuk tidak mengulas atau memberi sebarang jawapan yang boleh mencetuskan berlakunya perdebatan berpanjangan yang tidak memberi sebarang manfaat.

Menurutnya, bahan-bahan yang ditularkan itu kelihatan mempersoal kesesuaian peranannya dengan institusi istana serta mempertikaikan peranannya dengan urusan hal ehwal agama Islam.

"Menginsafi perkara ini yang jika berlarutan dan tidak dibendung akan menjejaskan kemuliaan Raja Pemerintah dan institusi istana, saya mengutus warkah ini untuk menyampaikan hasrat ikhlas mahu berundur diri daripada menyandang gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan.

"Keputusan ini saya lakukam atas rasa tanggungjawab dan sifat taat setia seorang rakyat kepada sultannya, demi melindungi darjat kemuliaan Sultan Perak agar tidak dicacatkan dan begitu juga untuk mengelak institusi istana daripada dicemari," tulis Dr Afifi.

Dr Afifi adalah Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, United Kingdom, rakyat Malaysia dan anak Melayu pertama serta satu-satunya ditawarkan jawatan tetap di universiti terkemuka berusia lebih 900 tahun itu sebagai pensyarah pada usia 32 tahun.

Beliau turut dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan bermula 2018, selain turut tersenarai dalam 'The World's 500 Most Influential Muslims', sejak 2010 atas jasa dan sumbangannya.

Baru-baru ini, tular klip video menampilkan visual dari sudut tepi kelibat seorang lelaki yang wajahnya dikatakan mempunyai iras Afifi sedang memakai topi sambil diapit dua wanita yang didakwa dalam sebuah kelab malam.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/955637/afifi-al-akiti-undur-jadi-penasihat-agama-sultan-perak







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2022 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Hutan lipur tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda dah jelas kantoi
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 11:49 AM | Show all posts
jadi memang betul la dia.
ok la ni professional macam orang jepang.
public figure ada salah laku, letak jawatan.

yang ostad husam beriyer iyer kata fitnah bukan dr afifi.
perangai tipikal ahli politaik melayu yang deny everything,
and won't accept blame.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul ok la. Respek dengan orang2 yang ada integriti/bermaruah mcm ni. Ramai lg yg muka tebal dan tak bertanggungjawab walaupun ada video kualiti lebih tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 11:50 AM | Show all posts
tak puas hati sebab dua buah tak dibulatkan merah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2022 12:01 PM | Show all posts
Edited by blue_blur at 15-5-2022 12:11 PM

alhamdulillah..
setel..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Takazut iols kalau itu mmg dia.. tak sangka..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2022 01:03 PM | Show all posts
adm7 replied at 15-5-2022 11:49 AM
Kalau betul ok la. Respek dengan orang2 yang ada integriti/bermaruah mcm ni. Ramai lg yg muka tebal  ...

Contoh macam Azmin "Aiskrim" Ali kaa?? dah kantoi kena hantam dek haziq tu kaa?? prrffghh jer laa...

Kalo si Azmin "Aiskrim" Ali masih bersama Pakatan Hancing musti macai2 dah backup kaw2 mcm video makan "Aiskrim" dahulu kala...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni masuk club org tak pertikai dah. Ok la tu undur diri for good. Nk buat apa pun senang
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Haa.. ini baru la layak dikatakan bijaksana.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 15-5-2022 11:49 AM
jadi memang betul la dia.
ok la ni professional macam orang jepang.
public figure ada salah laku, le ...

Aku yakin sultan suruh dia letak jawatan.bukan dia yg suka suki nak resign
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama ala2 ereb nk buat maksiat susah sikit Datuk, elok buang nama -al akiti tu.. boh nama ala2 kapiaq sikit baru ok buat maksiat orang tak kata apa sangat. Langgah wine ka whiskey pon mudah
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib yg.dah bersalah bila nak undur diri dari Umno?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 02:21 PM | Show all posts
fardu kifayah tercapai
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni aku rasa Okspod pun akan bersara kan dia. Dia masuk okspod pun sebab cable je kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2022 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 15-5-2022 11:49 AM
jadi memang betul la dia.
ok la ni professional macam orang jepang.
public figure ada salah laku, le ...

Ala.....

Diarah resign ni.....dah x blh putaralim
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 15-5-2022 12:15 PM
Takazut iols kalau itu mmg dia.. tak sangka..

Tak yah nk terkejut sgt tinot.....
Ni bkn 1st time org yg kita sangka lindungan kakbah buat hal....m
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh jadik fulltime drummer
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 15-5-2022 11:49 AM
Kalau betul ok la. Respek dengan orang2 yang ada integriti/bermaruah mcm ni. Ramai lg yg muka tebal  ...

Bro.....Raja nazrin tak blh dorang nk putar....

Klu org politik, memang akn ada mcm² jwaban
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.072258 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list