View: 1990|Reply: 45
|
[Tempatan]
Kerajaan digesa tangguh dahulu kenaikan tarif elektrik.
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 23-6-2022 10:15 AM
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menangguhkan sebarang bentuk kenaikan tarif elektrik sehingga krisis kekurangan bekalan yang mengakibatkan harga barangan keperluan naik mendadak kembali pulih.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata penangguhan itu penting bagi melindungi rakyat.
"Tarif elektrik dijangka akan naik mulai 1 Julai ini. Tenaga Nasional Berhad (TNB), seperti syarikat tenaga lain di seluruh dunia sedang dihimpit oleh kenaikan kos pengeluaran akibat lonjakan harga arang batu melebihi 117 peratus sejak hujung tahun lalu.
"Namun, kenaikan tarif elektrik ketika pengguna sudah teruk diasak kenaikan harga barang keperluan lain pastinya sangat tidak wajar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Salahuddin berkata, sebarang peningkatan dalam kos tenaga elektrik pasti akan menyumbang kepada kenaikan kos operasi dan pengeluaran yang akhirnya akan ditanggung pengguna.
Justeru, katanya, TNB sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) gergasi dengan keuntungan terkumpul lebih RM52 billion pasti mampu menyerap impak kenaikan kos bahan api dan operasi mereka.
"Buktinya, walaupun kos bahan api meningkat sebanyak 26 peratus sepanjang 2021, keuntungan operasi TNB meningkat sebanyak 10 peratus (RM742 juta) untuk tahun terbabit.
"Pengumuman tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM100 dan RM50 juga akan terbukti sia-sia dan gagal membantu rakyat jika kadar inflasi terus meningkat akibat kenaikan tarif elektrik sama ada untuk pengguna komersial apatah lagi untuk pengguna domestik," katanya.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan tambahan bayaran RM50 dan RM100 kepada penerima BKM selepas mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan ketika ini.
Perdana Menteri berkata, kerajaan mengambil keputusan menyalurkan bantuan tunai tambahan itu kepada golongan B40, masing-masing RM100 bagi isi rumah dan RM50 untuk individu bujang.
Beliau berkata, setiap penerima bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing dengan bantuan tunai tambahan dibayar bersekali dalam bayaran Fasa 2, membabitkan peruntukan tambahan bernilai RM630 juta.
BH
|
|
|
|
|
|
|
|
sekarang bil aku pun dlm RM500-RM600 sebulan....tak tahu pula kalau tarif letrik naik..dahlah subsidi minyak masak di tarik, harga barang makan keperluan naik, tambang Air Asia naik, Grab naik...bantuan BRIM pun tak dapat...sedih... |
|
|
|
|
|
|
|
Naik jer la suma.......klau blh gomen be end perkenal semula lesen tv, radio basikal, road tax 1.5cc naik rm500, 2.0 ke atas rm2000, rkyt sukaaa sgt sbb tu 3 PRN be end sapu bersih |
|
|
|
|
|
|
|
Belum pun Julai, our TNB bill dah naik pun seratus. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau pakai lampu ni bil mmg tinggi
|
|
|
|
|
|
|
|
rasanya A/C yg tinggi bila anak anak balik rumah
|
|
|
|
|
|
|
|
tnb huntung kan baru neh huhuuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
sini skrg panas terik siang
malam hujan
berapooo la bil bulan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mana dipedulinya sekarang ni tahu nak naik harga je rakyat pandai2 ler nak hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah bila nya kenaikkan mendadak barangan keperluan akan pulis.. subsidi dah tarik. Takkan pulih pun. Kekal begitu atau akan naik lagi. Bengong punya kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
hari tu aku kena caj lewat bayar 1.05, tak pernah lagi aku byr lewat tau
bila kita komplen dia cakap tahun 2021 time covid2 tu la ni baru nk cek betul2
masa covid2 tu pun aku tetap byr online tau tak da culas
puas aku hamun kat kaunter, 1minggu lepas tu hntr email tak jd pulak cas 1.05 ..siy*l punya tnb
dah la harga semedag naik je tk da turun..semput nk membayar
|
|
|
|
|
|
|
|
makin celaka ye be end ni
katanya pandai sgt menguruskan negara rupanya lagi dasat kita ditarahnya. mcm vavi jah seko2 menteri ramai x guna tu buat ape |
|
|
|
|
|
|
|
janji bukan dapig ph ginilah dapatnya
dulu masa ph, berkokok dlm forum ni mana sume...x nak marah ke be end naikkan segala benda skrg
|
|
|
|
|
|
|
|
dah ada pengumuman ker sebelum ni bil letrik nak naik? |
|
|
|
|
|
|
|
Naik pun naiklah. Nanti kerajaan bagi subsidi untuk B40. |
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu replied at 23-6-2022 10:07 AM
sekarang bil aku pun dlm RM500-RM600 sebulan....tak tahu pula kalau tarif letrik naik..dahlah subsid ...
Mcm bil letrik rumah mak aku kt kmpg, ramai kn duduk situ, aircond sorg satu he3 |
|
|
|
|
|
|
|
Cepat lah PRU 15 di adakan
Dah semakin teruk pentadbiran GOMEN sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
kan aku dah kata, bila barang makan naik, bil utilities pun akan naik. lepas ni harga bahan bakar naik pulok |
|
|
|
|
|
|
| |
|