CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2689|Reply: 31

[Tempatan] Harga siling baharu ayam diumum tak lama lagi, kata PM

[Copy link]
Post time 24-6-2022 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by kakikuDibibirmu at 24-6-2022 09:32 PM



Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu membuktikan keprihatinan kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata harga baharu ayam akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee.

“Keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup,” katanya.

Bermula 1 Julai, kerajaan memutuskan untuk menghentikan penyaluran RM700 juta subsidi untuk menstabilkan harga ayam dan telur kerana mendapati tidak mencapai hasrat seperti dikehendaki.
Pada 22 Jun lalu, Ismail berkata ketetapan itu dibuat kerana terdapat pihak yang mengambil kesempatan dengan terus menaikkan harga barang.

Beliau berkata, situasi itu juga sekali gus akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang makanan lain.

Sementara itu, Ismail berkata kerajaan juga memutuskan tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung.

“Dengan keputusan ini, kerajaan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain,” katanya.

Sebelum ini, kadar tarif elektrik dijangka dinaikkan mulai 1 Julai susulan kenaikan kos pengeluaran akibat lonjakan harga arang batu melebihi 117 peratus sejak hujung tahun lalu.

Bagaimanapun, pembangkang membidas langkah itu sebagai tidak wajar ketika orang ramai bergelut dengan kenaikan kos sara hidup.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/06/24/harga-siling-baharu-ayam-diumum-tak-lama-lagi-kata-pm/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2022 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepala buto punya U-Turn, tahu takut
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 24-6-2022 11:35 PM
kakikuDibibirmu replied at 24-6-2022 09:31 PM
Kepala buto punya U-Turn, tahu takut  ...

Seswai betol gelaran yang Jufazli bagi kat dia baru2 ney:

Tun Razak: Bapa Pembangunan
Ismail Sabri: Bapa Ayam



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 24-6-2022 10:06 PM
Seswai betol gelaran yang Jufazli bagi kat dia baru2 ney:

Tun Razak: Bapa Pembangunan

Bapa ayam keluarga.


Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa punya kimarkkkkk nasib rakyat....piyem cakap pasal harga siling ayam



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2022 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan batal keputusan hapus harga siling ayam


Putrajaya telah membatalkan keputusannya untuk menghapuskan harga siling ayam berkuat kuasa bulan depan.

Perkembangan itu hadir selepas kebimbangan dibangkitkan mengenai satu lagi pusingan inflasi selepas kerajaan membenarkan pengapungan bebas harga ayam dan telur ayam walaupun kerajaan berjanji untuk menyalurkan bantuan yang disasarkan kepada golongan yang memerlukan agar tidak dibebani dengan peningkatan kos sara hidup.

Dalam satu kenyataan hari ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata harga siling baru itu akan diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan tidak lama lagi.

"Kerajaan memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.

"Harga siling baru akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

"Keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup," katanya.

Harga siling bagi ayam dan telur ayam telah dilaksanakan pada 5 Feb, dan seterusnya dilanjutkan hingga 30 Jun. Pada masa ini, harga siling bagi ayam standard ditetapkan pada RM8.90 sekilogram di Semenanjung Malaysia.

Kerajaan kemudian memutuskan ia tidak akan memberi subsidi kepada penternak ayam tetapi menyalurkan bantuan kepada kumpulan sasar sebagai ganti kawalan harga.


Sementara itu, Ismail Sabri turut mengumumkan kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan tarif air dan elektrik di Semenanjung Malaysia.

"Kadar tarif air dan kuasa akan kekal sama. Kerajaan tetap komited untuk menampung subsidi bernilai RM5.8 bilion walaupun terdapat peningkatan mendadak dalam kos bahan api dan penjanaan lain," katanya.

Ismail Sabri berkata rebat dua sen/kWj untuk pengguna domestik di semenanjung manakala surcaj minimum 3.70 sen/kWj untuk pengguna komersial dan industri akan kekal.

Pada Januari, Putrajaya menarik balik keputusannya untuk meluluskan tarif elektrik baru bagi 2022-2024 yang akan dilaksanakan mulai 1 Feb.

Kerajaan dilaporkan akan mengkaji semula tarif elektrik, yang sepatutnya pada 1 Julai.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) tertekan dengan peningkatan kos penjanaan berikutan permintaan tenaga yang melonjak, gangguan bekalan bahan api, serta kekurangan minyak, gas dan arang batu yang semakin meningkat di seluruh dunia, yang menyebabkan harga tenaga global melambung tinggi.

Pada akhir tahun lalu, harga arang batu melonjak kepada AS$200 (RM846) setan, meningkat daripada sekitar AS$50 setan pada pertengahan 2020; menjelang akhir Mei 2022, harga arang batu telah meningkat kepada AS$434 setan, dengan arang batu menyumbang 59% daripada sumber utama penjanaan elektrik Malaysia.

TNB Fuel Services memperoleh arang batu dari Indonesia, Australia, Afrika Selatan dan Rusia, tetapi Indonesia menyumbang kira-kira 65% daripada keperluan arang batu TNB.

Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/625957

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-6-2022 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 24-6-2022 10:44 PM
Bapa ayam keluarga.

Keluarga Bapa Ayam  tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 24-6-2022 10:44 PM
Bapa ayam keluarga.

Nah video yang buad Dafi menanges kemaluan lalu beliyau pon merayu bapaknye segera kawal rege ayam..


https://youtu.be/OGeumcL4viY
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2022 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam indon sejam RM150 di Taman Gembira tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2022 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam Türkiye tersenyum sinis, apa punya turrrrrr.....  

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye dok ni mu Mail
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mail mail. Baik mu jual ayam dua singgit dua singgit tu je la dgn Upin Ipin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2022 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
PM baharu diumum tak lama lagi, kata ayam
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Tahniah pak mail very fast u turn. Lega dengar berita ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Pak mail kena pecat dari umno sbb tak bubar parlimen adakah dia automatic terpecat dari jadi PM?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
takut la tu org boikot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2022 07:06 AM | Show all posts
Alhamdulillah,lepas ni kena undi BN kerana prihatin dengan rakyat...



Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau letak rega siling RM13.09 sekilo wak maslan pun blh jd piem seumur hidup
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 25-6-2022 06:12 AM
Kalau Pak mail kena pecat dari umno sbb tak bubar parlimen adakah dia automatic terpecat dari jadi P ...

Boleh sesangat sbb lesen jd piem ko kena jd mp, mp plk dari pru/prk, pru plk nama dari parti, parti plk kuasa mutlak sukati presiden dia nk letak nenek ka moyang ka anak tiri dia jd calon
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 09:12 AM | Show all posts
useless. harga ayam pun tak mampu tangani.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.064267 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list