Sumber IG
Di Malaysia, industri seni hiburan adalah bidang yang lebih banyak mendapat sorotan daripada umum. Bagaimanapun, bidang peragaan juga tidak kurang hebatnya apabila Ridzman Zidaine, 22, melakar kejayaan tersendiri di peringkat antarabangsa.
Memetik laporan Mens Folio, Ridzman menyimpan hasrat untuk menjadi seorang pegawai polis namun sebuah agensi yang berjaya mengesan bakatnya terus ditawarkan menjadi model pada usianya 19 tahun.
Dia juga berjaya membuat 'debut' pertamanya di Kuala Lumpur sebelum berlakunya pandemik Covid-19.
Baru-baru ini, Ridzman membawa nama Malaysia sebagai model Melayu pertama yang 'catwalk' di Paris Fashion Week 2022. Menerusi perkongsian Rizal Hakimm Punyer di laman Facebook, jejaka itu memperagakan pakaian jenama mewah seperti Louis Vuitton, Hermes, Zegna dan Issey Miyaki.
Tidak hanya terhenti di situ, Ridzman turut berada di London Fashion Week 2022 untuk jenama Robyn Lynch, Herra dan Juoyu Wang.
Rata-rata, ramai yang memuji keunikan wajah lelaki tersebut dan menyifatkan peluang berada di pentas besar dunia peragaan adalah rezeki Ridzman. -CARI
|