CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1491|Reply: 28

[Politik] Wow! PAS ingin 'tawan' Pulau Pinang, kalahkan DAP

[Copy link]
Post time 15-7-2022 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 15-7-2022 03:39 PM

SUDAH tiga penggal DAP menerajui Pulau Pinang, iaitu bermula dari PRU ke-12 tahun 2008. Setelah beberapa kali Projek Tanjung yang dilancarkan oleh DAP untuk menawan Pulau Pinang gagal, pada PRU ke-12 DAP berjaya.

Kejayaan DAP pada ketika itu adalah disebabkan dua faktor utama. Yang pertamanya, pengundi Melayu di Pulau Pinang berjaya dipecahkan dan yang keduanya, pengundi Cina berjaya diyakinkan oleh DAP sebagai pembela kaum Cina.

Meskipun Pak Lah yang berasal dari Pulau Pinang ketika itu menjadi Perdana Menteri, penentangan Dr Mahathir terhadap Pak Lah menyebabkan Umno Pulau Pinang pun tidak solid di belakang Pak Lah.

PKR dan PAS yang ketika itu dalam Barisan Alternatif (BA) telah berjaya menarik sokongan sebahagian pengundi Melayu Pulau Pinang. Walaupun ketika itu DAP bukan anggota BA, sokongan pengundi Melayu BA berjaya dimanfaatkan oleh DAP.

Pengundi Cina pula pasca kemenangan besar BN dalam PRU ke-11 tahun 2004, sejak itu telah beralih arah. Usaha DAP untuk mendekati pengundi muda Cina sejak awal alaf baru ketika itu mula menampakkan hasil.

Muka-muka baru pimpinan DAP menjelang PRU ke-12 berjaya mengalihkan sokongan pengundi Cina daripada Gerakan dan MCA kepada DAP. Pada ketika itu, DAP menjadi sandaran harapan baru kepada pengundi Cina khususnya di Pulau Pinang.

Setelah tiga penggal DAP menerajui Pulau Pinang, pembangunan Pulau Pinang jelas sekali tidak seimbang. Pulau Pinang tidak dibangunkan mengikut acuan Malaysia, sebaliknya mengikut acuan penjajah yang melahirkan seumpama Hong Kong.

Kaum bumiputera yang merupakan penduduk asal Pulau Pinang semakin terpinggir, malah tanah-tanah milik mereka semakin tinggal sekangkang kera di sebelah pulau. Penempatan mereka akan bertukar menjadi rumah kedua kepada warga asing.

Projek PSR yang bakal meminggirkan kaum Bumiputera khususnya para nelayan di Selatan dan Barat Daya pulau itu tetap mahu terus diusahakan oleh DAP, walaupun EIA projek tersebut telah pun dibatalkan baru-baru ini.

Kawasan-kawasan yang masih ramai penempatan Melayu seperti di Kepala Batas, Tasik Gelugor dan Nibong Tebal semakin terganggu dengan pencemaran termasuk ternakan khinzir, seolah-olah mahu mengganggu keselesaan hidup mereka.

Sekiranya DAP terus menerajui Pulau Pinang selepas PRU ke-15, pembangunan yang tidak seimbang ini akan berterusan, dan akan muncul sebuah negeri di Malaysia yang membangun tidak mengikut acuan jati diri negara.

Oleh sebab itu, dominasi DAP di Pulau Pinang perlu ditamatkan. Tiada yang mustahil, sekiranya ummah bersatu hati dan kaum-kaum lain menolak sikap ekstrem DAP, parti tersebut berjaya ditumbangkan pada PRU akan datang.

DR MOHD ZUHDI MARZUKI
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat

https://harakahdaily.net/index.php/2022/07/12/misi-menumbangkan-dap-di-pulau-pinang-bukan-mustahil/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 12:02 PM | Show all posts
Pas Nak perintah Pulau Pinang...?  Mimpilah Pas Oiiiii..mimpi itu memang enak

Kelantan dan Kedah apa cerita..dah membangun mengalahkan selangor ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 12:07 PM | Show all posts
projek terowong DAP bila nak siap.....rm300juta duit rakyat dah abis utk kajian projek...

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bole2...dgn syarat2 pengundi2 kelantan berhijrah jd pemastautin di penang
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 01:22 PM | Show all posts
abes la mundurrrrrrrrr penang dibuatnya
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
satgi dah kalut ngan babi tambah plak air teh ais
xyah la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2022 02:03 PM | Show all posts
Tinggi sangat angan2nya tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila la sila... Teringin gak nak dok bawah naugan syurgawi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap tu biar berpijak di bumi yg nyata. Kelantan pun banjir kata takde tempat nak letak air banyak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Alloh takde cermin kt rumah kah puak2 pas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 15-7-2022 02:13 PM
Cakap tu biar berpijak di bumi yg nyata. Kelantan pun banjir kata takde tempat nak letak air banyak  ...

Sesuai sangat le tu. Penang tengah takde air.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by orion_pax at 15-7-2022 03:35 PM

Tak salah nak berangan angan..tapi minta parti lobai setelkan masalah air dan sediakan peluang kerja dulu buat rakyat kat negeri kelantan dulu….dan lagi satu, bila parti lobai dah dapat tawan penang nanti, jangan pula buat kantong anak syarikat kerajaan negeri macam atm bergerak  macam yang parti lobai buat kat kelantan nunnn
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 03:34 PM | Show all posts
rashiman replied at 15-7-2022 12:07 PM
projek terowong DAP bila nak siap.....rm300juta duit rakyat dah abis utk kajian projek...

sepatutnya guna desktop study je
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 03:50 PM | Show all posts
Lebih baik pilih dap supaya mereka bangunkan pp seperti singapura.

Jangan pilih party bn ataupun pas.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 03:57 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 15-7-2022 03:50 PM
Lebih baik pilih dap supaya mereka bangunkan pp seperti singapura.

Jangan pilih party bn ataupun pa ...

dengan BN, dapat jugak bina 2 jambatan di PP...
dengan DAP, projek terowong tak siap2, beratus juta duit rakyat dah abis.....jadi macam mana mereka nie nak bangunkan seperti singapura...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada sibok nak PP laa apa laa baik laa ko settle kan masalah air kat Kelate nie. Kesian rakyatt duk kena angkut airr bilaa xdak. Bingai punya pemimpin. Btw nak berangan pon agak2 laaaa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2022 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun aku tak suka puak2 Lim Guanjeng, tapi kenyataan PAS nih macam tak berpijak di bumi nyata.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
itu yg sepatutnya..berkokok nak kalahkan dap tapi berebut bertanding kawasan yg xde dap kan bengong tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 05:52 PM | Show all posts
Dap parti keramat org2 cina.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
swap tak leh ka? Dap amek sskjp & pas amek pp.sistem barter gituh...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.104364 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list