CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4597|Reply: 65

[Tempatan] Sana sini ramai jual emas termasuk dlm media sosial. Rupanya ada yg palsu

[Copy link]
Post time 16-7-2022 11:08 PM | Show all posts |Read mode
Emas palsu semakin merebak di pasaran


Emas palsu semakin merebak di pasaran. “Semakin banyak emas palsu atau klon wujud di pasaran dengan kebanyakannya dihasilkan menggunakan logam tungsten. Ia berdasarkan peningkatan kes diterima pemilik kedai emas daripada pelanggan,” ujar pengusaha emas Fitrah Gold, Fitrah Ghazali.

Menurutnya, sejak pengeluaran khas simpanan RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan April lalu, ramai teruja untuk membeli emas atau menukar barang kemas dimiliki kepada reka bentuk lain.
“Kebanyakan pemilik emas palsu ini mendakwa membeli emas dari pihak ketiga yang menawarkannya pada harga murah.

“Antara reka bentuk popular menjadi pilihan penipu termasuklah emas buluh dan emas pintal. Bagi pakar barang kemas, kaedah kami mengenal pasti secara fizikal emas palsu adalah dengan melihat reka bentuk serta melihat warna di hujung barang kemas berkenaan.

“Selain itu kami akan buat ujian asid nitrik dan asid hidroklorik bagi menentukan ketulenan emas dari segi warna kerana emas tulen tidak terjejas atau tidak bertindak balas dengan kedua-dua asid berkenaan,” katanya.

Emas palsu semakin merebak di pasaran

Menurutnya, logam tungsten adalah logam popular digunakan bagi ‘penyamaran’ emas kerana boleh menaikkan lagi berat barangan kemas.

“Logam tungsten sering digunakan untuk penghasilan emas klon kerana ketumpatannya hampir sama dengan emas tulen.

“Kekerapan menerima emas palsu daripada pelanggan menyebabkan peniaga emas kini amat berhati-hati,” katanya.

Perkara sama turut diakui Pengurus Emas Faiz Cawangan Langkawi, Nur Izzat Izwan yang mendakwa kedainya menerima tiga hingga lima kes emas palsu dalam masa seminggu.

“Cara kenal pasti emas palsu ini adalah finishing (penghasilan) tidak kemas. Apabila ditekan dan dirasa dengan jari, ’emas’ sangat keras jika dibanding dengan emas tulen.

“Biasanya kami mengujinya dengan meletakkan magnet. Emas tulen tidak melekat pada magnet namun ada emas palsu memberi reaksi pada magnet.

“Kami kemudian melakukan ujian ketulenan sekali sekali lagi di depan pemilik emas palsu ini menggunakan asid nitrik dan asid hidroklorik.

“Sejak kebelakangan ini, banyak emas palsu tidak melekat pada magnet. Namun ujian asid biasanya beri tindak balas apabila warna logam pada emas palsu akan kelihatan,” katanya.

Dia berkata, berdasarkan pengalaman, rata-rata emas palsu diperbuat daripada logam tungsten dan tembaga.

“Bagi menguatkan lagi ‘penyamaran’ emas palsu ini disalut dengan warna emas sebenar,” katanya.

Izzat Izawan menambah, kebiasaan emas palsu dijual pada harga jauh lebih murah berbanding pasaran.

“Ada juga menawarkan dua cincin percuma sebagai hadiah pembelian rantai palsu,” katanya.

Sementara itu Pengurus Kedai Emas Suly Gold, Syamsul Fitri, berkata, penjual emas palsu biasanya muncul setiap kali musim perayaan atau ketika kedai dipenuhi pelanggan.

“Ketika orang ramai sibuk di kedai, mereka muncul dan cuba jual emas palsu.

“Biasanya mereka tergesa-gesa ketika berurusan bagi mengelak tuan kedai emas memeriksa ketulenan emas dimiliki.

“Untuk kenal pasti ketulenan emas, kebiasaannya emas tulen ada cop pada bahagian sangkut rantai atau gelang. Namun kini, ada emas palsu memiliki cop 916.

“Jika ketulenan gagal ditentukan, kaedah bakar sehingga cair adalah cara terakhir. Biasanya apabila ’emas’ cair, barang kemas mudah disahkan ketulenannya. Namun, cara ini dilakukan atas keizinan tuan barang sahaja,” katanya.
‘Emas Syria’ dicampur tembaga

Tidak hanya wujud emas palsu buatan China, malah ada juga emas palsu buatan Syria berlegar di pasaran kini.

Difahamkan emas Syria ini yang dihasilkan dalam pelbagai bentuk barang kemas kerap diniagakan di Timur Tengah sebagai hadiah perkahwinan.

Berdasarkan maklumat, emas Syria ini dihasilkan dengan menukar logam asas dan menggantikannya dengan campuran logam tembaga yang memberikan rupa emas asli.

Difahamkan emas palsu Syria berlegar luas di Turki menjadi pilihan pelancong asing kerana harga ditawarkan jauh lebih murah.

Timbalan Pengarah Termofizikal, Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia, Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim), Dr Mohd Fazrulhisyam Mohd Nor berkata, orang ramai terdedah dengan penipuan emas palsu di pasaran jika tidak berhati-hati.

“Penurunan harga emas pada masa ini menyebabkan orang ramai mengambil peluang untuk membeli barangan emas sama ada emas jenis bar atau barang kemas.

“Masyarakat kini mempunyai kesedaran dalam penyimpanan emas kerana ia aset kalis inflasi.

“Namun implikasi kepada permintaan tinggi ke atas barangan emas di pasaran menyebabkan sindiket penipuan emas turut aktif menjual emas palsu,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, bagi memastikan kepentingan pembeli emas terpelihara, Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM), Sirim menyarankan beberapa panduan berguna kepada orang ramai bagi mengelak terbeli barangan emas palsu.

“Pertama semasa pembelian barang kemas, pastikan anda terima resit belian atau sijil barang kemas seperti termaktub di dalam Akta Perihal Dagangan (Akta 730),” katanya.

Beliau memaklumkan, jika pembekal menjual barangan palsu, pembeli mempunyai maklumat yang lengkap untuk buat laporan kepada pihak berkuasa.

“Kebiasaannya kebanyakan barangan palsu tidak mempunyai sijil dan akan menyebabkan pihak berkuasa sukar untuk mengambil tindakan.

“Kedua, pembeli perlu memastikan produk dibeli sama seperti maklumat dinyatakan dalam resit atau sijil belian.Pembeli mempunyai hak untuk pastikan apa yang dibeli adalah betul.

“Maklumat penting adalah berat dan ketulenan barangan kemas. Justeru, penjual perlu menyediakan alat penimbang untuk memastikan berat barangan dibeli sama dengan berat timbangan dinyatakan dalam sijil,” katanya.

Selain katanya, ketulenan barang kemas juga adalah maklumat yang amat penting bagi memastikan pembeli menerima barang kemas yang tepat dengan harga dibayar.
“Terdapat pelbagai jenis ketulenan emas yang dijual di pasaran seperti emas 999, 916, 850 dan 750.

“Ketulenan emas ini menunjukkan peratusan kandungan emas pada barang sebagai contoh emas 916 mempunyai 91.6 peratus kandungan emas pada barang kemas tersebut.

“Bagi menyemak nilai ketulenan barang kemas, pembeli boleh meminta pihak penjual menjalankan pengukuran ketulenan menggunakan densimeter. Densimeter adalah peralatan pengukuran emas yang mudah dan cepat tanpa merosakkan sampel emas.

“Menariknya lebih 90 peratus Ar Rahnu di Malaysia menggunakan densimeter semasa menjalankan transaksi pajak gadai,” katanya.

Beliau berkata, panduan terakhir dan paling selamat adalah orang ramai boleh membeli barangan emas yang mendapat Pensijilan SIRIM Gold Hallmarking daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

“Pensijilan ini akan menilai, memantau dan seterusnya mengiktiraf setiap produk yang dihasilkan oleh pengeluar emas. Barangan emas yang mempunyai pensijilan SIRIM Gold Hallmarking perlu melalui pengujian ketulenan logam yang dijalankan oleh NMIM berdasarkan kaedah rujukan ISO 23345: 2021,” katanya yang pernah mengetuai Kumpulan Logam Berharga seterusnya terbabit dengan pembangunan Standard Emas Malaysia dan membangunkan modul latihan kompetensi anggota kerja Ar Rahnu.

sumber: mhdaily.net
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2022 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Beli zhulian.

Hilang pun tak kisah.
Asalkan dapat menjadi Mommy Jarum.
Lawa pun lawa zhulian tu.

I ada buat business tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2022 10:00 AM | Show all posts
time kenduri la ada yg keluarkan segala aset ni utk tayang
time ambik lauk, pauk
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
sebab tu i prefer gi habib tomei poh kong dari kedai tepi jalan ni..
biar la mahal sikit janji kita yakin emas ori..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 11:26 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 17-7-2022 02:36 AM
sebab tu i prefer gi habib tomei poh kong dari kedai tepi jalan ni..
biar la mahal sikit janji kita  ...

me too... tomei i rasa harga dia ok2 je, kalau jadi member upah dpt less minimum 50%
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2022 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Loket mas pakalolo tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat tmpt iols neh ada emas anuar
Okay tak?
Laki.iols.ckp nak belikan loket emas.sempoa..
Jimbit..dah.mcm sami.plak.pakai.loket tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2022 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 17-7-2022 12:18 PM
Kat tmpt iols neh ada emas anuar
Okay tak?
Laki.iols.ckp nak belikan loket emas.sempoa..

Habib pn ada jugak design sempoa ni sis
Iols nyaris beli dh last year sbb ada 3 warna
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 17-7-2022 01:27 PM
Habib pn ada jugak design sempoa ni sis
Iols nyaris beli dh last year sbb ada 3 warna

Ye ke
Hahaha....lama.tak.ke habib
Tp cm.lawak plak bila.laki.iols ckp gitu..
Ramai juga rupanya.pakai...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Lily_Elizabeth_ replied at 17-7-2022 08:55 AM
Beli zhulian.

Hilang pun tak kisah.

Baik tak payah pakai je kalau dah tak mampu. Buatpe nak berlagak macam ada2 walaupun sebenarnya sengkek?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Weols pun beli kat Habib… kedai emas lain tu murah benor kita seram pulak nak beli, dah keluar duit banyak kendian dapat emas tiruan payah…
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 02:21 PM | Show all posts
R2D2 replied at 16-7-2022 10:00 PM
time kenduri la ada yg keluarkan segala aset ni utk tayang
time ambik lauk, pauk

Bila baca komen you, terus ter-trobek iklan ni:

  

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 17-7-2022 12:18 PM
Kat tmpt iols neh ada emas anuar
Okay tak?
Laki.iols.ckp nak belikan loket emas.sempoa..

Baru lepas google.. loket sempoa tu

Why why whyy....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 17-7-2022 01:49 PM
Ye ke
Hahaha....lama.tak.ke habib
Tp cm.lawak plak bila.laki.iols ckp gitu..

kawan iols ada pakai cincin design sempoa..design ni in trend tahun 2019-2020 camtu la..cantik juga tp yg selalu pakai design sempoa ni bukan melayu la
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 17-7-2022 02:55 PM
Baru lepas google.. loket sempoa tu

Why why whyy....

Dia gurau2 aje..
Sebab iols ckp nak gi kedai.emas anuar tu..
Pastu dia ckp la..haaa jom.beli.loket sempoa.lah..senang..boleh buat kira kira

Iols ckp la..loket tu.slalu cina pakai.tak nak la.iols kang cam sami plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2022 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 17-7-2022 03:21 PM
Dia gurau2 aje..
Sebab iols ckp nak gi kedai.emas anuar tu..
Pastu dia ckp la..haaa jom.beli.loket ...

Hang kalu pakai loket sempoa tu takde la rupa sami pun.... tp mongkin jadi rupa cina bukit
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 17-7-2022 03:24 PM
Hang kalu pakai loket sempoa tu takde la rupa sami pun.... tp mongkin jadi rupa cina bukit  : ...


Masa 2 3 tahun lepas trend oo...
Mmg slaluncina pakai ada makna dia kan..
Mmg cina3 aje pakai....tp bila tilik balik mmg kreatif la org buat loket sempoa neh..
Sebab mmg sebijik2 boleh gerak2 manik dia tu....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 17-7-2022 03:03 PM
kawan iols ada pakai cincin design sempoa..design ni in trend tahun 2019-2020 camtu la..cantik jug ...

Haah
Laki iols masa cakap tu dia kata
Alahhhh owner bengkel depan tu elok je
Masalahnya owner tu cina..jantan plak tu..
Ada aje dia nak mengenakan aku...hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha jiran aku kantoi kena scam rm4k++ duit KWSP beli emas online. Laki dia pun tak tau. Dia nasihat kitorang jangan beli emas online sebab dia dah terkena..huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.073838 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list