CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2231|Reply: 20

[Tempatan] Kehadiran meningkat, Festival Bon Odori disambut meriah

[Copy link]
Post time 17-7-2022 10:27 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM: Festival Bon Odori di Kompleks Sukan Negara Shah Alam Panasonic di sini, berjalan lancar dengan kehadiran lebih 50,000 pengunjung, malam tadi.

Tinjauan mendapati kawasan kompleks itu mula dipenuhi orang ramai sejak pukul 4 petang dengan pemantauan ketat oleh pihak berkuasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad berkata, kehadiran pengunjung festival kali ke-46 itu mencatatkan peningkatan berbanding kali terakhir dilaksanakan pada 2019.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar selepas program itu tertangguh akibat pandemik Covid-19 lebih dua tahun lalu. Jumlah terakhir pengunjung sebelum ini lebih 40,000 orang dan ia meningkat lebih 50,000 iaitu paling ramai setakat ini,” katanya ketika ditemui pada festival itu.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari turut hadir meluangkan masa menyaksikan festival kebudayaan Jepun berkenaan, kira-kira pukul 8.15 malam.

Ketibaan beliau disambut Duta Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko.

Pada 9 Jun lalu, Utusan Malaysia melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad ditegur kerana membuat kenyataan tidak tepat berhubung penganjuran festival itu.

Malah, beliau dicadangkan supaya menghadiri sendiri ke festival tersebut untuk memahami perbezaan antara aktiviti agama dan budaya.

Sultan Sharafuddin bertitah, baginda tidak mahu Idris menggunakan platform Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej dan reputasi jabatan tersebut.

Baginda turut tidak mahu pihak tertentu khususnya ahli politik menggunakan isu sensitiviti agama untuk kepentingan peribadi dan meraih populariti selain tidak wenangnya melabelkan sesuatu perkara itu negatif tanpa membuat kaji selidik mendalam.

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/07/bon-odori-lancar-dengan-kehadiran-50000-pengunjung/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2022 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Porumer sunyum sinis.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sultan liberal sunyum kamben.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 11:13 AM | Show all posts
Gigih korang pakai kimono.. Tersenyum bangga keturunan buang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 11:14 AM | Show all posts
jauhnya dekat shah alam

kenapa tak buat dekat lalatpot je? dekat sikit bangkem nak pergi
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Lobai terangkat kening ala jana zen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2022 12:03 PM | Show all posts
semalam gak ada acara kebudayaan melesis berjoget lambak di dataran merdeka. tak de pulak geng tanjak maii. ramai sek2patriat jah ngan turis.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian deris..demo x kena bare
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2022 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat group shah alam ramai bising jem..
Padahal tau je kan.ada bon odori tu..
Tp ye lah..bukan semua tau jalan.mana yang jem tu..
Bertabah.lah....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Derih dtg x? Ke pegi yg negeri Kelantan je
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Isler telah menang...
Mujur bukan bwh dap lg, kalo idok tak rasa la uols sambut bon odori ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
lobai2 termasuk mopti kaki mencapub diam xberkutik lagi nak lawan naungan payung titanium
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 17-7-2022 11:13 AM
Gigih korang pakai kimono.. Tersenyum bangga keturunan buang.

Apa beza melayu pakai kurta masa hari raya. Semalam pon ada bdk2 melayu sbuk nk jdi indon join festival muzik galau indonesia
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dlm masyarakat jepun sendiri, aspek keagamaan dlm bon odori ni bnyk dah hilang skang ni kan?.. so sambut atas dasar kebudayaan

so masyarakat islam malaysia pun ok juga la sama2 memeriahkan atas dasar kebudayaan

tapi camne nak pisahkan keagamaan dan kebudayaan dlm satu2 perkara tu

kalau sambut/rai/memeriahkan ulek mayang (dgn lirik penuh), atas dasar budaya... camne... buleh ka tak...

kalau muslim sambut/rai/memeriahkan thaipusam atas dasar budaya.. camne plak..buleh ka tak

aku tertanya2 pasal perkara ni semenjak kontroversi bon odori dlm sebulan yg lalu

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 01:52 AM | Show all posts
padan muka bon odori haters
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Haa ambik!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 09:19 AM | Show all posts
shernazz replied at 17-7-2022 12:08 PM
Kat group shah alam ramai bising jem..
Padahal tau je kan.ada bon odori tu..
Tp ye lah..bukan semua  ...

selalu parking sampai Ninja Van tu je.
Ni kat terowong pun sesak. giler ah! tahun ni memang ramai dari tahun sebelum nya..
nak pi Seri Muda pun 20 minit, jenuh pusing jauh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
AznieBunnie replied at 18-7-2022 09:19 AM
selalu parking sampai Ninja Van tu je.
Ni kat terowong pun sesak. giler ah! tahun ni memang ramai  ...

Sebelum ni bon odori ni takde la viral sgt
Tahun ni kan sampai sultan masuk campur...
Jadi orang ramai nakntengok la kot apa yang kecohnya bon odori neh
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 11:30 AM | Show all posts
shernazz replied at 18-7-2022 10:08 AM
Sebelum ni bon odori ni takde la viral sgt
Tahun ni kan sampai sultan masuk campur...
Jadi orang  ...

ya betul!
macam free promo plak kecoh-kecoh haritu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok2 tenggelam lagi la shah alam dgn banjir
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.275469 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list