CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9122|Reply: 158

[Tempatan] 'Ayah’ sanggup jadi ‘benteng’, enggan lihat anak rebah dalam perbarisan  

[Copy link]
Post time 21-7-2022 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 21-7-2022 08:54 PM


Lelaki berkopiah dan tertanggal seliparnya selepas berlari, mendakap erat anak saudaranya dari belakang yang hampir tidak sedarkan diri selepas tumbang dalam perbarisan. (Gambar Alexander Nanta Linggi)

PETALING JAYA: Aksi bapa saudara yang sudah lanjut usia berlari mendakap erat seorang anggota penguat kuasa yang rebah dalam perbarisan, sempena Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, di Maktab Penjara Kajang, hari ini, mendapat perhatian warganet.


Tindakan spontan warga emas itu yang bergegas mendapatkan anak saudaranya yang dibesarkan selepas yatim piatu sejak sekian lama, mengundang air mata hadirin kerana sebak.


Tidak terkecuali, air mata Alexander Nanta Linggi selaku menteri kementerian itu juga jatuh, melihat lelaki terbabit dengan segala kudratnya, berlari mengangkat anggota rebah itu di padang kawad, tanpa menghiraukan lagi selipar dipakai sudah terlucut dari kaki.


Dalam hantaran di Facebook, Alexander berkata, pada mulanya beliau menyangka warga emas itu akan menarik keluar anggota berkenaan, namun meleset apabila lelaki itu sedaya upaya mengangkatnya yang hampir tidak sedarkan diri, kembali tegak berdiri dalam perbarisan.


Alexander turut memuat naik gambar warga emas itu yang mendakap anggota terbabit dari belakang bertindak seolah-olah “benteng” agar anaknya tidak rebah semula.

“Meskipun badan ayahnya dimamah usia, anaknya dipapah, bingkas dibantu berdiri sambil badan menjengah lebih separuh abad itu menjadi benteng daripada anaknya kembali rebah.


“Melihatkan pengorbanan tidak terperi seorang ayah, berjurai air mata hadirin membasahi pipi masing-masing. Saya tidak terkecuali,” katanya dalam hantaran itu.

Lelaki itu kekal mendakap anggota berkenaan sehingga dia sedar dan dilihat kembali tegap berdiri dalam perbarisan, barulah warga emas itu melepaskan dakapannya.

Kejadian itu turut mendapat ulasan warganet yang menyatakan, betapa untungnya anak itu kerana mempunyai bapa yang begitu menyokongnya.

Terdapat juga warganet yang mengatakan peristiwa itu menyebabkan mereka teringat kepada ayah yang telah tiada.

“Kasihnya ibu dibawa ke syurga dan kasihnya ayah berkorban nyawa. Yang masih ada mak dan ayah hargai mereka semasa beliau masih ada. Teringat arwah ayah dan ibuku semoga arwah kedua orang tuaku tenang di syurga. Amen,” kata seorang pengguna, Mary Ng.

Seorang pengguna dengan nama Pak Mud turut berkata, pengorbanan serta kasih sayang seorang ayah tanpa batasnya adalah terbaik, amat beruntung bagi mereka yang masih ada ayah.


Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantarannya berkata, anggota yang tumbang itu dikenali Nik Mohd Adhar, yang merupakan anak angkatnya sejak lelaki berkenaan bersekolah di Sekolah Genting Tumpat, Kelantan.

“Dalam gambar yang meluru kepada beliau dan memapahnya untuk bangkit kembali seraya jatuh pitam seketika ketika berkawat pagi tadi, ialah bapa saudaranya yang bernama Abdul Aziz Ya’acob, yang memeliharanya sejak kematian kedua ibu bapa Nik Adhar.

“Baru hubungi beliau bertanya khabar. Rupanya beliau demam ketika berkawad sempena Hari Penguatkuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Kajang pagi tadi. Moga Allah beri kesembuhan yang sempurna kepadanya,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Jilake sapa potong bawang ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2022 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 21-7-2022 08:51 PM
Jilake sapa potong bawang ni..

Nah bg pedih lagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak tak jadi kecam sebab heshe handsome amat yachhhhhh, dek!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2022 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasih Ibu Membawa Ke Syurga kasih Ayah Tiada Penggantinya
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by alahai at 21-7-2022 09:08 PM

Ayah sedara...

Anak sedaranya yatim piatu

Sedih yaamat tgk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2022 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Syg sungguh kat anak sdra
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 09:23 PM | Show all posts
bless him!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
tengok video 4x.. 4x nangis..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca seketoi2
Tiber ada org renjis cap kapak kat mata iols
Apeni... sedihnyehhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Highlight of the day..

Semoga pakcik ni dikurniakan pahala berlipat kali ganda atas tanggungjawab dan kasih sygnya kt seorang anak yatim piatu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Aishh berkaca2 mata bila baca ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Terharu, menangis baca. Allah rahmat dan lindungi pakcik dan keluarga serta anak saudara nya ni. Ternyata pakcik ni penuh dgn kasih sayang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 21-7-2022 09:28 PM
tengok video 4x.. 4x nangis..

Tgk kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak setuju orang pengsan dibangunkan macam tu...
Tapi..sebak weh tengok gambar2nya.. lagi2 berkaki ayam dalam cuaca panas macam tu..tindakan spontan sayangnya seorang pakcik kepada anak saudaranya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
guesswho09 replied at 21-7-2022 09:51 PM
Tgk kat mana?

merata dah viral seharian.
org fwd dari fb. kita tkd fb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik ni mesti baik sgt2 dan hidup dgn kasih sayang yang melimpah. Sampai anak sedara pon dpt tempias unconditional love.

Mcm kawan meols once bapak dia ninggal mengejut, terus makcik n pakcik yg dia jarang jumpa dtg claim faraid. Nasib umah 1 juta yg dia tinggal tu nama mak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya, pelihara dari kecil so bukan bapak saudara dah, ianya bapak...

Mesti panas gila nak nak aspal..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya ya ampunnnn
Tgk video dia, rupanya medic dah berlari bwk stretcher nak angkat adik ni Tapi pakcik ni tak berganjak ya Di tetap nak anak sedara dia teruskan... Sampai lah pakcik tu disuruh keluar, sbb nanti mengganggu acara keluar barisan. Tu pun lepas make sure anak sedara dia dah fully sedar
Ehhhh kenapa pakcik ni.... Kenapa hebat sangat, pakcik
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih wei. Kuar air mata
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.079538 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list