View: 1827|Reply: 32
|
[Tempatan]
Sabah, Kelantan, Terengganu catat kadar pendapatan terendah: Semakin ramai rakyat jatuh miskin, murung
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 23-7-2022 02:02 PM
Selepas pandemik Covid-19 menyerang seluruh dunia dua tahun lalu, ekonomi dua mengalami kemerosotan yang teruk.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila konflik berterusan Rusia-Ukraine telah menjejaskan rantaian bekalan makanan sehingga menyumbang kepada kadar inflasi terburuk dan kemelesetan ekonomi global.
Malah Malaysia turut terkesan dengan peningkatan harga barang keperluan. Bayangkan harga minyak masak, daging ayam, telur ayam dan pelbagai lagi naik mendadak. Sudah tentu RM50 seperti tidak mencukupi membeli barang keperluan di pasar. Ini berbeza dengan situasi 10 tahun lalu. Dengan nilai wang yang sama, kita boleh membeli pelbagai barang keperluan.
Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, paras kemiskinan negara bertambah melebihi 230,000 isi rumah dengan Sabah, Kelantan dan Terengganu dicatatkan sebagai negeri yang mempunyai kadar pendapatan terendah pada 2020.
Lebih membimbangkan apabila 20 peratus kumpulan isi rumah M40 yang mempunyai pendapatan antara RM4,850 hingga RM10,959 telah beralih kepada B40, manakala 12.8 peratus golongan T20 yang mempunyai pendapatan RM15,000 ke atas bertukar status kepada M40.
Peratusan penurunan pendapatan isi rumah B40 dan M40 lebih besar berbanding T20, masing-masing 15.9 dan 36.9 peratus pada 2020 berbanding 16 dan 37.2 peratus pada 2019.
Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menggesa MPN peringkat negeri dibentuk segera bagi melancarkan usaha memulihkan ekonomi bagi mengatasi isu tersebut.
Beliau berkata, jika tidak diberi tumpuan segera akan memberikan kesan besar, antaranya pertambahan kadar kemiskinan.
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Firdaus Abdul Gani berkata, bilangan pesakit yang datang mendapatkan rawatan bagi masalah kesihatan mental sejak pandemik melanda sehingga kini meningkat terutama melibatkan kes kemurungan dan keresahan.
Kajian dalam talian melibatkan 1,554 penduduk Malaysia yang disiarkan ‘Clinical Epidemiology and Global Health’ pada Oktober 2021 mendapati 70 peratus esponden mengalami gejala murung sederhana dan teruk selepas gelombang ketiga Covid-19 di negara ini.
Tidak hairanlah krisis ekonomi menyumbang kepada masalah mental hingga tahap membunuh diri.
Justeru, kerajaan tidak seharusnya mengambil mudah atau remeh isu yang berlaku. Lebih menyedihkan, ahli politik kini sibuk dengan agenda untuk berhadapan dengan pilihan raya yang kononnya tidak lama lagi dilaksanakan. Seharusnya, keperluan, kebajikan dan masalah rakyat masa kini menjadi keutamaan.
Walaupun golongan B40 terus diberi bantuan, bagaimana dengan golongan pertengahan? Rata-rata kumpulan ini meluahkan keresahan kerana kekangan ekonomi khususnya mereka yang kehilangan pekerjaan. Malah golongan peniaga mengeluh bahawa tidak mampu mencapai keuntungan bahkan gagal mendapatkan pulangan modal.
Kerajaan haruslah mendengar dan buka mata terhadap isu yang berlaku, sebaliknya perlu memandang serius isu kesihatan mental serta tekanan emosi rakyat Malaysia kerana ia memberi pelbagai kesan buruk kepada negara.
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/semakin-ramai-rakyat-malaysia-sakit-mental-jatuh-miskin/
|
|
|
|
|
|
|
|
aku tengok ramai je kat kelantan yg meniaga mantap2 |
|
|
|
|
|
|
|
Kan, bukan Boleh pakai pun statistic ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk ramai je yg bersuka ria..kalau betul benda ni, b40 dah takleh jadi b40 dah..jadi b60 kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sabah kalau kat KK rumah mahal2 luar KK je area kampung2 tu kesian juga… |
|
|
|
|
|
|
|
Statistik ni ketepatannya adalah betul-betul tepat atau tidak tepat? |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak lama dulu, tiga negeri tuh sentiasa top 3 miskin. Apa pemimpin2 buat? |
|
|
|
|
|
|
|
Solokkk replied at 23-7-2022 01:09 PM
Sejak lama dulu, tiga negeri tuh sentiasa top 3 miskin. Apa pemimpin2 buat?
Pemimpin sibuk naikkan gaji sendiri..contohnya exco dan yb kat kelantan |
|
|
|
|
|
|
|
orion_pax replied at 23-7-2022 01:22 PM
Pemimpin sibuk naikkan gaji sendiri..contohnya exco dan yb kat kelantan
Kat Sabah pun Sama...ari tu naikkan gaji dan elaun lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kata kemurungan, iols tgk dorg happy2 je..especially ganu kelate..byk masa free x perlu redah jem..bahan2 dapur pun murah2..rumah pun ada tanah boleh bercucuk tanam..anak2 pun seronok main... |
|
|
|
|
|
|
|
diorang sana xde hutang bank rasanya.
kira macam tanah sendiri rumah sendiri.
kita duduk kl sel tandas pun berbayor
|
|
|
|
|
|
|
|
i mmg respek dengan kerajaan kelantan tempoh hari
masa umum hari selasa tu cuti umum utk raya haji
kalau Negrri lain tauke tauke mesti bising.
mcm johor. jumaat dan ahad tu swasta dan kerajaan tak synchorus utk cuti
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 23-7-2022 01:42 PM
diorang sana xde hutang bank rasanya.
kira macam tanah sendiri rumah sendiri.
kita duduk kl sel ta ...
Kan...rasanya happiness index kat sana lg tinggi walaupun gaji x seberapa.. |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 23-7-2022 01:44 PM
i mmg respek dengan kerajaan kelantan tempoh hari
masa umum hari selasa tu cuti umum utk raya haji ...
Pelik johor ni awat x follow mcm kelantan trg dan kedah...kalau kedai2 nk bukak tu dorg punya psl la sbb nk untung customer dari spore dtg..ni company yg xde retail yg berkaitan spore pun bukak..cth tadika swasta... |
|
|
|
|
|
|
|
cer you compare notes dengan tahap kebahagiaan Keluarga Malaysia yg dimaklumkan bebaru ni?
i dunno apa yg depa mke sense pada data tu ... |
|
|
|
|
|
|
|
Kebahagiaan tidak boleh diukur dgn wang ringgit kot bg rakyat 3 negeri ni...tetap bahagia walaupun dimata ramai miskin... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku niaga pun tak jln.. tp aku ade tanah.. let say laki aku tak leh survive aku jual je laa tanah yg ade.. tnh tuu pun tak diusahakan pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 23-7-2022 01:42 PM
diorang sana xde hutang bank rasanya.
kira macam tanah sendiri rumah sendiri.
kita duduk kl sel ta ...
Kat mana2 negeri pun tandas berbayar sis kecuali tandas stesen minyak,masjid dan rumah sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
kelantan 90% melayu sis. diorang nak buat apa cth cuti hari selasa tu
dia cuti je. tapi johor melayu 50% mcm tu. nak buat apa kena sembang
dengan tauke kilang dan investor bagai.
Ingat tajk ada sekali sultan J umum cuti sebab menang badminton ke bola ntah
cuti hari isnin ( tetiba cuti bukan cuti raya pun ) kan ramai tauke kilang x mau follow.
|
|
|
|
|
|
|
|
tandas kena bayar rm 2 only in k.l
|
|
|
|
|
|
|
| |
|