View: 5150|Reply: 103
|
[Tempatan]
Suami isteri tular pukul anak angkat mengaku bersalah
[Copy link]
|
|
Edited by mojarean_X at 27-7-2022 05:27 PM
Amira (kiri) dan suaminya, Muhammad Fitri Jasmani dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
BANGI: Pasangan suami isteri yang tular dalam video yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan empat tahun didera menggunakan penyangkut baju dan penyapu, masing-masing didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini pada Rabu.
Pengasas kosmetik, Amira Hamzah, 28, manakala suaminya, pemandu lori, Muhammad Fitri Jasmani Josmani, 30, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah.
ADVERTISING
Mahkamah turut memerintahkan wanita tempatan dan suaminya yang juga warga Singapura itu dipenjara 12 bulan, jika gagal membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak perempuan, telah menganiaya sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Jalan Eco Majestic, Hulu Langat pada April dan jam 1.25 tengah hari, 18 Julai lalu.
Pertuduhan dibuat bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara bagi tempoh maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, seorang pengadu yang juga pekerja kepada Amira melihat majikannya itu memukul kanak-kanak berkenaan dengan menggunakan penyangkut baju dan batang kayu penyapu.
Pengadu memaklumkan kejadian itu kepada ibu mentua Amira, namun tidak diendahkan malah dia dimarahi oleh wanita itu.
Hasil siasatan polis mendapati, mangsa dipukul oleh Amira yang digelar ‘mummy’ di beberapa anggota badan.
Ia disahkan oleh dua doktor di Hospital Kajang yang mana kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak malang itu selari dengan laporan polis yang dibuat oleh pengadu.
Semasa prosiding, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar dikenakan hukuman ringan kerana mengalami masalah kewangan sejak tahun lalu.
"Kami minta maaf, tiada niat untuk mendera, kami cuma pukul sebab nak pastikan dia makan, kami takut dia mengalami masalah kurang zat makanan," kata Amira.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid memohon agar mahkamah menjatuhi hukuman denda dan penjara yang maksimum sebagai pengajaran kepada kedua-dua tertuduh.
Menurutnya, tertuduh sebagai penjaga didapati melakukan perbuatan yang zalim sehingga menyebabkan kecederaan di badan, tangan dan kaki mangsa, malah ia berterusan sejak April lalu.
"Kanak-kanak itu masih kecil tapi mereka menggunakan alasan memukul hanya kerana isu remeh iaitu enggan makan nasi.
"Saya percaya kejadian itu akan menyebabkan mangsa mengalami trauma seumur hidupnya," katanya.
Sebelum ini, tular video berdurasi 27 saat memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dipukul menggunakan penyangkut baju, penyapu dan dicucuh pemetik api hanya kerana enggan makan nasi.
Polis kemudiannya menahan pasangan suami isteri berkenaan di kediaman mereka di Beranang Jumaat lalu.
Siasatan mendapati kanak-kanak itu merupakan anak kepada seorang wanita warga Indonesia dan kelahirannya tidak didaftarkan serta tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
Dalam pada itu, Muhammad Fitri juga didenda RM10,000 atau penjara enam bulan oleh mahkamah sama selepas didapati tinggal lebih tempoh dibenarkan di Malaysia pada jam 2.30 pagi, 22 Julai lalu.
Dia boleh dihukum bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 dan Seksyen 15 (4) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagus juga la mengaku bersalah. Jika licik harus tak mengaku bersalah bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali takyah laa bela anak angkat.. ko bela je tanaman ke, tak suka bunga tu, ko cangkul je tanam benda lain plak |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa ngaku salah sbb dah tak leh konar baring ke? Enon molek plak tak ngaku salah sbb takde bukti bideo.
Sbb tu penting bukti kukuh ni nak konar baring alik mana pun susah.
Harap2 sdah kuar jail nnt jangan balas dendam plak kt bebudak yg kantoikan ko tu.
Risau gak bangsa dia nih jenis ganas2 dia plak saikopat.
Harap ada pertuduhan lain gak cth kes2 dia menipu duit org bagai tu. Biar lama skit mereput kat dalam |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal warga Singapore ni semua jahat2..
Lagi satu yg suka dera ni mesti spesis gemok..knp ya |
|
|
|
|
|
|
|
awanysss replied at 27-7-2022 01:23 PM
bangsa apa sheols tu
Mamak kot, nama ada khan tp ada sapa tah kata bukan khan sbb ada kutty ke apa tah .
Aritu ada org share nama penuh dia. Smapai nama atuk pun disebut sekali |
|
|
|
|
|
|
|
ohh.. nasib i baik mamak3 iols kenal semua baik2..
harap jgn la jumpa yg mental mcm ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka dah tak blh lepaskan diri, si benon tu sbb takde video mati2 sampai skrg belakon acah2 baik dianiaya konon. Sabo je |
|
|
|
|
|
|
|
Ntahnya yg dera2 budak mesti yg gemokkkk. Noor aku tgh cuti sbb tu dpt masuk lepak2 forum klu tak takde lah kan lainlah klu keja gomen kat msia lol
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 27-7-2022 05:01 AM
Kenapa ngaku salah sbb dah tak leh konar baring ke? Enon molek plak tak ngaku salah sbb takde bukti ...
Kalau pandai plus licik boleh je putar uols.
Saya tak ingat kejadian ni.
Itu bukan diri saya yang sebenar. Muka dan badan seperti saya tapi saya yakin itu bukan saya yang sebenar.
Saya tak yakin saya ingat apa yang berlaku.
Itu bukan suara saya. Suara saya camni (sambil buat2 fake guna suara lain).
Itu bukan pakaian saya (kena bakar baju siap2 sebelum tu, or buang ke laut).
Dan macam2 lagi hujah yang kedengaran buduh tapi boleh pakai huntok selamatkan diri. Lagi2 kalau suspek ada rekod mental illness.
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 27-7-2022 03:06 PM
Kalau pandai plus licik boleh je putar uols.
Saya tak ingat kejadian ni.
Dia tade duit kot nak melawan huhu
Dahla byk gak isu lain kan dia nih.Sblm ni baru je lagi dia ada upah loyer gak utk kes tipu duit ke apatah siap ada sidang media bagai.
Tah laku tidak produk dia tu gaji bebudak tu pun dia tak bayar sampai pinjam duit budak2 tu inikan plak nak bayo duit loyer.
Loyer pun malas gamaknya nak amik kes dia nih mana nak hadap kena kecam ngn netizen pastu mcm tipis je nak menang sbb bukti kukuh dan byk saksi.
Kesilapan mira ni pandang rendah sangat kat staff dia tu pastu layan plak mcm hamba ingat depa semua tu tak bodoh dan tak reti melawan gamaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu la kauuu , x nk belajar dr benon, kalau ada kabel besar sebesar badan benon baru boleh lepas kat dunia yg fana yini
Akhirat mmg x dapek la yeee |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 27-7-2022 07:11 AM
Dia tade duit kot nak melawan huhu
Dahla byk gak isu lain kan dia nih.Sblm ni baru je lagi dia ada ...
Sheol tokeh apa uols? WFH ke ada staf bagai? Mujo la ada yang berani rakam then report terus kat polis. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 27-7-2022 07:11 AM
Dia tade duit kot nak melawan huhu
Dahla byk gak isu lain kan dia nih.Sblm ni baru je lagi dia ada ...
Btw seluruh rakyat Malaysia dah dicaci maki Ndogs kerana dia ni sebab kes ni liputan meluas sampai ke Ndon sana. Tapi ada juga orang Indo yang bijak berfikiran bekap Malaysia terutama yang sadar diri reti fikir paling bersalah dalam hal ni adalah mak bapak Ndon budak tu yang pi buat anak pehtu buang anak soh orang lain jaga kerana dia tak dapat jaga. |
|
|
|
|
|
|
|
Umur baru 28 tahun rupanya tp nmpk mcm 40, aku yg tua dr dia blh jd adik dia lol tu pentingnya badan tak gems |
|
|
|
|
|
|
|
Mahkamah: Suami isteri tular dera anak angkat didenda RM20,000 seorang
Muhammad Fitri (dua dari kanan) dan Amira (paling kiri) diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini hari ini.
Mahkamah: Suami isteri tular dera anak angkat didenda RM20,000 seorang
KAJANG – Sepasang suami isteri yang videonya tular mendera kanak-kanak perempuan berusia empat tahun masing-masing didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini hari ini atas pertuduhan melakukan penganiayaan sehingga mengalami kecederaan fizikal.
Hakim Effandi Nazila Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Fitri Jasmani Josmani, 30, yang merupakan warganegara Singapura dan isterinya, Amira Hamzah, 28, warga tempatan selepas pasangan itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atas mereka.
Sekiranya kedua-dua tertuduh gagal membayar jumlah denda itu mereka masing-masing boleh dipenjara selama 12 bulan.
Mengikut pertuduhan, kedua-duanya secara bersama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak kanak perempuan berusia empat tahun telah menganiayanya sehingga menyebabkan mengalami kecederaan fizikal.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Eco Majestic, Semenyih di sini pukul 1.25 tengahari antara bulan April 2022 hingga 18 Julai 2022 yang didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) akta kanak kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 kanun keseksaan.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.
Terdahulu kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan tiada niat untuk mendera mangsa sebaliknya bimbang dengan kesihatan anak angkat mereka berhubung pemakanan.
“Kami minta maaf…. tiada niat mendera, sebenarnya kami cuma hendak pastikan dia (mangsa) makan dan tidak kurang zat dalam badan,” kata Muhammad Fitri.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid dalam hujah pemberatannya berkata, kedua-dua tertuduh tidak amanah dan tidak bertanggungjawab dalam menjaga mangsa.
“Kanak-kanak berumur sedemikian perlu diberi perhatian dan kasih-sayang. Kecederaan yang dialami mangsa ini berlaku di banyak anggota badan dan bukannya di satu bahagian badan sahaja. Ini boleh menyebabkan trauma terhadap mangsa,” katanya.
Sementara itu, di mahkamah sama Muhammad Fitri, turut didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tinggal lebih tempoh dibenarkan di negara ini di tempat sama pukul 2.30 pagi pada 22 Julai lalu mengikut seksyen 15 (1)(c) akta imigresen 1959/63 pindaan 2002 dan yang boleh dihukum di bawah seksyen 15 (4) akta yang sama.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM10,000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
Kosmo! Online 22 Julai lalu melaporkan sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki mendera anak angkat perempuan yang berusia empat tahun dalam kejadian di sebuah rumah sekitar Beranang, Selangor pada 18 Julai lalu.
Difahamkan, polis menerima laporan berhubung kejadian selepas tular di media sosial memaparkan insiden penderaan kanak-kanak tersebut.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku akibat mangsa tidak suka makan nasi sebelum suspek memaksa kanak-kanak itu menelan nasi sehingga termuntah.
Selain itu, mangsa dipercayai turut dipukul dengan penyangkut baju, batang penyapu dan juga dicucuh dengan pemetik api.
Mangsa merupakan anak kepada warga Indonesia dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri sebelum diserahkan di bawah penjagaan suspek sejak April lalu kerana ibu kandung tidak mampu menjaganya. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... da-rm20000-seorang/
|
|
|
|
|
|
|
|
Orenn1 replied at 27-7-2022 03:01 PM
Ntahnya yg dera2 budak mesti yg gemokkkk. Noor aku tgh cuti sbb tu dpt masuk lepak2 forum klu tak ...
Haha.....betul sgt...komitment kerja penting...nanti calling ya |
|
|
|
|
|
|
|
Ig si gemuk noreen ni bossbabe mk..badan dah ler gumuk pki seluar ketat putih nak meletup..tak bernafas seluar.. tetiba berangan nak jadi founder timbang kilo..duit staff pun x mampu bayar.. |
|
|
|
|
|
|
|
ok si babi ni mengaku bersalah
budak tu skang apa nasib dia? |
|
|
|
|
|
|
| |
|