Sesetengah rakyat menumpukan pembelian di kedai yang menawarkan potongan harga selain ramai lagi yang terpaksa bergantung kepada bank makanan tempatan untuk mendapatkan bantuan. - AP
NEW YORK: Ramai penduduk Amerika Syarikat (AS) yang tinggal di kawasan paling teruk terjejas berdepan kesukaran untuk memenuhi keperluan hidup kesan daripada kadar inflasi tertinggi di negara itu, lapor Xinhua.
Laporan khas disiarkan CNN pada Khamis mengambil California sebagai sampel.
Kawasan berkenaan menyaksikan kadar inflasi tahunan sehingga 9.4 peratus pada Mei, menjadi angka tertinggi di AS dengan kadar inflasi di semua kawasan bandar yang dikaji Indeks Harga Pengguna Jabatan Buruh mencatatkan paras 8.5 peratus pada Mei, menurut laporan itu.
Di California, harga purata bagi gas adalah yang tertinggi di seluruh negara manakala kenaikan harga makanan dan minyak di kawasan berkenaan menyaksikan penduduk tempatan terpaksa mencari kaedah baru untuk berjimat dan mengumpul pendapatan tambahan.
Selain memotong perbelanjaan untuk daging dan mengelak daripada memandu, ramai penduduk mula mengumpul barangan yang boleh dikitar semula untuk dapatkan wang tambahan manakala sesetengahnya menumpukan pembelian di kedai yang menawarkan potongan harga selain ramai lagi yang terpaksa bergantung kepada bank makanan tempatan untuk mendapatkan bantuan.
Inflasi di AS kekal tinggi sejak empat dekad memaksa Rizab Persekutuan AS menguatkuasakan kenaikan 75 mata asas lagi pada Rabu, kenaikan kadar berturut-turut dalam tempoh beberapa dekad.
--BERNAMA
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 30-7-2022 01:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by ninja boy at 30-7-2022 01:54 PM
Tanah amereka x subur kah utk tanam2 makanan, sungai2 xde ikan kah utk dipancing, tanah jajahan punya lah luas. Tengok movie amereka halaman rumah mereka x tanam sayur x tanam buah x bela daging, semua harap pasar jual kah
Di California, harga purata bagi gas adalah yang tertinggi di seluruh negara manakala kenaikan harga makanan dan minyak di kawasan berkenaan menyaksikan penduduk tempatan terpaksa mencari kaedah baru untuk berjimat dan mengumpul pendapatan tambahan.
Gas mahal sebab nak jaga udara dari pollution. Sini ada alternative ..kalau beli di Costco rega gas murah la. Harga makanan mahal sebab nak support kenaikkan gaji para perkerja kolar putih yg sentiasa nak gaji mahal mengalahkan graduate keluaran U. Untungnya di sini ada jer market jual sayur murah sebab perkerja tak ada union (owner org Korea & Iran). Udang sekotak besar pun baru USD$16 (bapakk punya besar udang). Telor sentiasa ada rega sama jer. Ayam pun baru naik sedollar lebih jer.
maksud penuh troli tu dengan barang2 keperluan untuk kelangsungan hidup. Kalau setakat nak penuhkan trolley ko beli lah tisu tandas. Tu pun nak kena ajar ka
umngok dh menyerap masok jadi ahlul politaik di US laa... ikot macai2 Pakatan Hancing, pemimpin umngok kaa BN kaa suka menafikan ekonomi teruk ka apa kaa.. laa ni, pemimpin2 US pun ikot perangai umngok dok nafi ke hulu ke hilir... umngok sudah menyebarkan sayap seantero donia..
Post time 30-7-2022 06:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by green~tea at 30-7-2022 06:25 PM
Mana2 negara pun tengah alami inflasi teruk skang ni (3 bulan kebelakang ni)
Mcm UK.. tengah inflation teruk, pm tetiba letak jawatan.. interim pm cannot make any policy call utk tangani inflasi pun.. so deme sume hadap je lah
Japan.. selama2 1990-2020 stagnant inflation (below 2%).. tp disebabkan they rely fully import on oil and gas for energy, tetiba beberapa bulan ni inflation teruk.. tourism diorang masih teruk, sbb slow vaccination progress... on top of that, rakyat jepun simply tak suka berbelanja... so the only reliance for GDP growth is agriculture and perikanan..
Australia.. currently they have good leadership, so diorang takde isu inflasi sgt.. tp problem derang skang ni hike up in sewa rumah.. sbb banks diorang dah 3X revise interest rate for mortgage.. and disebabkan kat sana banyak properties being rented out, deme naikkan je lah kadar sewa....
No doubt, US paling dasat kena inflation..
Cuma one thing we notice.. although semua negara tu sedang alami political instability, inflation tinggi.. tp rakyat2 diorang tidak over critic, mengutuk gomen derang mcm kat sini...
maksud penuh troli tu bende2 yang biasa u beli kat malaysia
u beli kat sana. u bayangkan pisang kat sana 0.88 sen jer.
cuma roti la mahal,. stawberry murah.
beras kat sana pun murah. u tengok la video tu sampai habis