View: 6156|Reply: 87
|
7 Tahun Kahwin, Anak Dah 3- Suami Bengang Isteri Masih Simpan Gambar Pakwe Lama
[Copy link]
|
|
Hati sesiapa saja pastinya akan luluh apabila mengetahui pasangan masih menyimpan gambar bekas kekasih meskipun sudah mendirikan rumah tangga, tambahan pula ia memaparkan aksi mesra ketika berdua-duaan.
Lebih memilukan apabila gambar tersebut masih tersimpan rapi sedangkan perkahwinan sudah menjangkau usia hampir 10 tahun.
Mengakui sedih dengan situasi tersebut, seorang lelaki meluahkan perasaannya di media sosial.
Gambar Hiasan
Malah dia turut meminta pandangan warganet tentang apa yang perlu dilakukan selepas menemui gambar berkenaan.
Memulakan cerita, dia memaklumkan sudah berkahwin dengan pasangannya selama tujuh tahun dan mempunyai tiga orang anak.
“Baru ni saya terjumpa gambar bekas kekasih isteri dan ia adalah gambar mereka berdua-duaan ketika sedang dating dahulu.
“Dia berbaring free hair dalam folder hard disk tu,” luahnya di Facebook Page Kisah Rumah Tangga.
Menurutnya lagi, sebelum ini isterinya juga pernah kantoi menyimpan gambar bersama bekas kekasih.
Namun, pada masa itu dia masih boleh memaafkan dan menerima silap tersebut.
“Dulu masa baru kahwin, kantoi juga dengan saya masih simpan. Tapi saya terima lagi silap tu sebab dalam laptop kawan dia.
“Apabila saya suruh padam, dia terus lakukan. Pada masa sama saya bagi nasihat dan amaran supaya itu adalah gambar terakhir yang dipadam.
“Tapi tak sangka selepas tujuh tahun, tiba-tiba terjumpa satu hard disk ni dan apabila buka... terasa agak pedih, isteri masih simpan gambar dengan bekas kekasih,” luahnya kecewa.
Mengakui perit untuk menerima perkara tersebut, dia kemudian berasa pelik apabila isteri masih menyimpan gambar bersama kekasih walaupun sudah putus dan berkahwin.
“Kalau ikut logik, apabila dah putus dan kahwin... dah lupakan cinta lama.
“Boleh je nak buang dan delete semua gambar tu... cuma mahu dengan tidak sahaja. Jadi apa yang patut saya lakukan,” ajunya memohon pandangan warganet.
Hantaran yang dibuatnya itu kemudian tular di Facebook selain turut dikongsikan di beberapa platform media sosial lain.
Rata-rata warganet bersimpati dengan situasi yang dialaminya namun beranggapan bahawa hard disk tersebut telah lama disimpan sehingga isterinya terlupa kandungan yang ada di dalam.
“Hard disk saja. Benda lama... tak payah emosi sangat. Entah-entah dia pun tak ingat gambar-gambar lama ada dalam tu, delete saja.
“Entah-entah dia pun tak ingat, yang suami beria-ria nak bongkar buat apa. Delete sendiri, settle masalah.
“Entah dia ingat ke tak lagi gambar dalam hard disk tu... Sedangkan setelah tujuh tahun baru jumpa. Maksudnya, dia tak korek dan aku pun kalau gambar lama malas nak ambil peduli selagi tak menyusahkan.
“Isteri lupa tu bang... buang hard disk, lagipun anak tiga orang dah. Isteri pun dah tak ingat lagi, buat apa suami nak ingat-ingatkan,” ujar beberapa netizen.
Dalam pada itu, seorang netizen menyatakan dia dan suami meletakkan gambar bekas kekasih mereka dalam satu album.
“Relaks, aku dengan suami siap letak gambar bekas kekasih dalam satu album... ada masa terluang tengok balik gambar tu dan main kutuk-kutuk,” katanya.
Selain nasihat yang ditinggalkan di ruangan komen, terdapat juga warganet yang mempertikaikan tujuan si suami menyelongkar gambar lama isteri kerana dilihat sengaja ingin mencetuskan pergaduhan. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
gambar lama je kot. bukan terjumpa last conversation kat whatsapp yg less than 24hour planning utk dating kat luar kawasan. hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Ala bang mcm le ko takde simpan gamba awek kat floppy disk |
|
|
|
|
|
|
|
Tujuan simpan gambar lama tu untuk apa dek? Seharusnyalah untuk mengenang kisah lama khen dek? Tepuk boobies tanya selera dekkk… Kalau kau sayang sangat bini kau tu, terima jelah hakikat kau cuma plan B sheols jah dekk… anggap life goes on jah sissss… |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah cipap bertukar rasa setelah terjumpa gambar lama? Tanya je |
|
|
|
|
|
|
|
kau simpan la pulak gambar xgf kau.. susah apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
nk plk lg herlok dr heols |
|
|
|
|
|
|
|
berdosa seorang isteri menyimpan perkara2 yg tidak disukai suami...ape jadi kalau suami tak redho kehidupan isterinya? semua amalan dgn tuhan tidak akan diangkat |
|
|
|
|
|
|
|
kalau suami yang simpan gambar dan isteri tak redho,
acaner?
|
|
|
|
|
|
|
|
ketidak redhoan isteri terhadap suami tidak ada hukumnya dlm islam...but husband ada nas nya... |
|
|
|
|
|
|
|
yeszaa.
marah orang pompuan dengar, 2nd class kata nyer
|
|
|
|
|
|
|
|
orang pompuan akan sentiasa jadi 2nd class...tiada istilah dlm agama pun pompuan first class...
|
|
|
|
|
|
|
|
ehhhh selalu lelaki yg buat perangai camtu simpan gambar makwe lama, baru , bakal, & bukan makwe pon ada dlm simpanan rahsia dorang |
|
|
|
|
|
|
|
silap haribulan anak tu... |
|
|
|
|
|
|
|
So masalah kitaorang ke nak kena fikir? |
|
|
|
|
|
|
|
takde simpan pun, tak kuasa lah i nak simpan, klu nak, i stalk je |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 1-8-2022 10:18 AM
Tujuan simpan gambar lama tu untuk apa dek? Seharusnyalah untuk mengenang kisah lama khen dek? Tepuk ...
Ha ha ha... komen akak pooh memang jarang yg mengecewakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah berpakwe makwe so takdela gambo gambo gini |
|
|
|
|
|
|
| |
|