View: 2414|Reply: 28
|
[Politik]
Mahkamah: Hakim lihat banglo didakwa beli guna dana Yayasan Akalbudi
[Copy link]
|
|
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah (tiga dari kiri) ketika tiba di banglo di Country Heights di Kajang hari ini.
Mahkamah: Hakim lihat banglo didakwa beli guna dana Yayasan Akalbudi
KAJANG – Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di unit banglo di Country Heights, Kajang di sini sebentar tadi bagi melihat banglo itu yang didakwa dibeli menggunakan dana Yayasan Akalbudi (YAB) untuk dijadikan pusat pengajian al-Quran bagi golongan yang akan bersara dan pelajar tahfiz.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah tiba pada pukul 10.40 pagi yang mana beliau diiringi beberapa kenderaan polis.
Turut serta dalam lawatan itu ialah Ahmad Zahid serta peguamnya Hisyam Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd. Noh.
Pada 6 Julai lalu, dalam prosiding terdahulu hakim Collin yang mendengar perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid bersetuju akan melawat dua unit banglo itu.
Beliau berkata, persetujuan itu selaras dengan permintaan pihak pembelaan untuk melawat banglo berkenaan demi keadilan dalam perbicaraan kes bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Peguam Hisyam yang mewakili Ahmad Zahid ketika prosiding itu berkata, pihaknya menjemput hakim Collin untuk melawat dua banglo berkenaan bagi memberikan gambaran yang jelas kerana pembelian banglo itu terdapat dalam satu daripada 27 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapi anak guamnya dan sering diperkatakan dalam perbicaraan.
Menurut peguam itu, lawatan tersebut dapat memperlihatkan keadaan terkini banglo berkenaan termasuk lokasinya serta jarak banglo itu dengan Surau An-Nur di Country Heights.
Sebelum itu, Ahmad Zahid memberitahu mahkamah bahawa dua banglo berkenaan paling dekat dengan Surau An-Nur di Country Heights dan jauh dari kediamannya yang juga terletak di kawasan berkenaan (Country Heights).
Ahmad Zahid berdepan dengan 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 penggubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik YAB. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... a-yayasan-akalbudi/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kira dosa songlap, boleh cover dengan kerja2 kebajikan? contoh, berat dosa 50kg, cover dengan pahala dari rumah kebajikan, 50kg jugak, gitu ke |
|
|
|
|
|
|
|
tu la pasal....
|
|
|
|
|
|
|
|
mati idop balik pun iols x caye wak ponorogo ni nk bukak tahfiz in the first place... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang hari tu netizen Google kata tanah kosong, bukan yang ni ke? Ada pula bangunan nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kelulusan SSM kah beli asset untuk syarikat dengan jaminan saham ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Buat rombongan bagai… kat US kejap je setel kes Amber -Johnny Depp contoh.. kes Harvey Weinstein cepat je..
Msia bertahun-tahun pun masih main wayang. |
|
|
|
|
|
|
|
Kes cerai berai pun slow.. Ni kan pulak kes vvip memang tahap sloth.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau duit yang masuk tabung yayasan tu duit rasuah, buat rumah tahfiz atau anak yatim guna duit yayasan tu kira halal ke? tanya je...mana k long terpaling, nk juga dgr apa alasan sheols..ari tu i penah tanya kat DM IG ...panjang lebau kak long membalas, bila i argue lagi, terus di blocknya iols |
|
|
|
|
|
|
|
kat mana la wak jahit ni belajar hukum ye..bukak rumah tahfiz rm1juta sbb nak halalkan duit yg dia songlap beratus juta tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Knp sampai nak kena buat lawatan tapak ni...byk benda lain yg boleh dibuat kan...ke ada benda lain??? |
|
|
|
|
|
|
|
Kecimpret
Gambor orang terkengkang2 melangkah aje yang aku nampak.. Banglonye mana??
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
MENGAKU je la kan senang...
Kes rasuah Ahmad Zahid: Hakim lawat 2 banglo di Country Heights
ZAHID Hamidi menunggu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah mengadakan lawatan salah sebuah daripada dua unit banglo. FOTO Aizuddin Saad
Kajang: Hakim dan semua pihak yang terbabit dalam perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melawat dua unit banglo di Country Heights di sini, hari ini yang didakwa dibeli menggunakan dana Yayasan Akalbudi (YAB) untuk dijadikan pusat pengajian al-Quran bagi golongan bakal bersara dan pelajar tahfiz.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah tiba di lokasi kejadian pada 10.40 pagi diiringi beberapa kenderaan polis dan sebuah kereta peronda polis (MPV) yang dikawal rapi.
Turut serta dalam lawatan itu adalah Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong dan barisan peguam Ahmad Zahid, Hisyam Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh.
Sebaik tiba di unit kediaman itu, Sequerah meninjau satu daripada dua unit banglo di Lot 403, 2A, Lorong Bayu Nyaman, Country Height yang diubah suai menjadi Yayasan Al-Falah dan dijadikan sebagai pusat pengajian Islam bagi orang ramai di kawasan itu.
Pasukan mahkamah, pendakwaan dan pembelaan menghabiskan kira-kira 25 minit untuk melihat keseluruhan banglo, yang menempatkan kira-kira empat bilik dan satu ruang pengajian orang ramai.
Ketika lawatan diadakan, satu sesi kuliah Dhuha sedang sedang dijalankan, bagaimanapun pengajian itu tetap diteruskan walaupun dengan kehadiran orang ramai termasuk petugas media.
Selesai melihat Yayasan Al-Falah, pihak mahkamah kemudiannya berjalan kira-kira 100 meter untuk melihat dan meninjau sebuah lagi unit banglo yang dijadikan Madrasah Tahfiz Al-Falah.
Madrasah itu menempatkan ruang pengajian dan asrama bagi lebih 60 pelajar tahfiz lelaki serta beberapa tenaga pengajar luar.
Mereka kemudiannya menghabiskan kira-kira 20 minit untuk melihat keseluruhan unit banglo, di mana ketika itu terdapat pelajar tahfiz yang sedang melakukan hafazan.
Lawatan kemudian berakhir pada 11.24 pagi dan semua pihak dimaklumkan bahawa perbicaraan kes itu akan bersambung Jumaat ini.
Pada 6 Julai lalu, Sequerah bersetuju dengan permintaan pihak pembelaan untuk melawat banglo berkenaan demi keadilan dalam perbicaraan kes bekas timbalan perdana menteri itu.
Ia selepas Hisyam Teh menjemput mahkamah untuk melawat dua banglo berkenaan bagi memberikan gambaran yang jelas kerana pembelian banglo itu terdapat dalam satu daripada 27 pertuduhan pengubahan wang haram dihadapi anak guamnya dan sering diperkatakan dalam perbicaraan.
Ahmad Zahid yang berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik YAB.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -di-country-heights
|
|
|
|
|
|
|
|
shamsadis replied at 1-8-2022 12:13 PM
kira dosa songlap, boleh cover dengan kerja2 kebajikan? contoh, berat dosa 50kg, cover dengan pahala ...
Sama mcm pi haji la kot..0~0 gitewww |
|
|
|
|
|
|
|
kerlas gitu ala2 suci bak bayi yang baru lahir
|
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 1-8-2022 01:54 PM
nah kak tum
Woww.. Tande2 nak ke Bamboo River lattew. |
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 1-8-2022 01:28 PM
Kes cerai berai pun slow.. Ni kan pulak kes vvip memang tahap sloth.
Tau tak pe dek! |
|
|
|
|
|
|
|
Tarekat Kunoon
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
rakyat perlu menolak umno selama-lamanya |
|
|
|
|
|
|
| |
|