View: 3101|Reply: 25
|
[Tempatan]
'Siapa yang akan tanggung kerugian itu?', Boss Mydin tak puas hati harga baru minyak masak
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Bos sebuah rangkaian pasar raya besar utama bimbang peruncit akan mengalami kerugian besar disebabkan harga siling baharu minyak masak dalam botol 5kg.
Ameer Ali Mydin berkata, pasar raya besar, contohnya, tidak akan dapat menjual stok sedia ada sebelum harga siling baharu RM34.70 bermula 8 Ogos ini.
“Bagi barangan yang mempunyai jangka hayat simpan lebih lama, seperti minyak masak atau sos, kami mempunyai simpan stok kira-kira sebulan di gudang dan kedai kami,” kata pengarah urusan Mydin itu kepada FMT.
“Bukan seperti ayam atau tomato yang bekalannya kita dapatkan setiap hari.”
Katanya, beliau difahamkan kerajaan mahu mengawal harga minyak masak memandangkan pengeluar tidak menurunkan harga dan rakyat terjejas.
“Bagus mereka beri kami notis seminggu, tetapi hakikatnya kami tidak akan dapat habiskan stok dalam masa seminggu. Ramai yang akan menangguhkan keputusan membeli minyak masak sehingga minggu depan.
“(Mydin) beli stok minyak masak kami pada harga RM38 sebotol dan kami jual pada harga RM39.90. Stok minyak masak kami sekarang bernilai RM3 juta.
“Jika kami terpaksa jual setiap botol pada harga RM4 kurang daripada harga kami beli, maka kami akan rugi besar. Siapa yang akan tanggung kerugian itu?” katanya sambil menambah walaupun stok berbaki 80,000 botol sebelum 8 Ogos, ia bermakna kerugian mencecah RM320,000.
Ameer berkata, walaupun selepas kerajaan menarik balik kawalan harga, peruncit tidak boleh menaikkan harga semalaman kerana mereka membeli stok pada harga lebih murah.
“Jika kami menaikkan harga semalaman, kami akan melanggar Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan tidak boleh menggunakan mekanisme kawalan harga bahan makanan segar untuk minyak masak.
“Kebimbangan saya, peruncit akan berhenti simpan stok barangan jika masalah ini tidak diselesaikan kerana bimbang rugi. (Langkah) ini boleh menyebabkan kekurangan.”
Beliau mencadangkan kerajaan mengarahkan pengilang memberi nota kredit kepada peruncit untuk stok tidak terjual yang mereka beli sebelum harga siling baharu diumumkan.
Semalam, Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Annuar Musa mengumumkan harga minyak masak dalam botol 5kg dihadkan kepada RM34.70 mulai 8 Ogos ini.
Annuar yang juga menteri komunikasi dan multimedia berkata, harga itu akan ditetapkan secara bulanan dan dikira berdasarkan harga minyak sawit mentah pada bulan sebelumnya.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/08/02/peruncit-akan-rugi-besar-dengan-harga-siling-baharu-kata-bos-mydin/
|
|
|
|
|
|
|
|
benda dah naik memang susah nk turun..
hadap la kerajaan bodoh ni  |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 2-8-2022 01:35 PM
Huhuhu teringat kisah pelitup muka.masa cina tgh teruk covid, stok pelitup tak byk jd harga pun mahal la dlm RM50-80 sekotak camtu.
Tp rupanya kejap je tup2 harga turun kaw2 sbb stok pun dh byk balik.
Kesian gak ngn depa2 yg beli kat supplier harga mahal takkan nak jual hrga rugi plak.
Maka ramai gak la yg alami kerugian teruk time tu sbb terlajak beli stok byk2.
Nak tanak kena habiskan juga stok dan jual ngn harga rugi.
Kalau jual mahal tak laku memandangkan harga pasaran pun dah murah sesangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
skrip sama bila harga tetiba trn lps naik mendadak..dulu tokey stesen minyak...walhal masa nak naik tu dan dan minyak abes |
|
|
|
|
|
|
|
Stesen minyak tu makan komisyen ,minyak tu pulak subsidi. Kesan kerugian tak lah seteruk simpan stok minyak masak. |
|
|
|
|
|
|
|
patut nya kerajaan tak payah kaco la peniaga nak jual berapa pun, dah kata ikut market, so penjual pun ikut suka la nak jual berapa, kalo kerajaan dok control mcm ni sampai bila? |
|
|
|
|
|
|
|
Aritu dia yang bangga kedainya masih jual harga murah sekarang mula bising2 sebab terpaksa jual harga murah |
|
|
|
|
|
|
|
totokreturn. replied at 2-8-2022 04:38 PM
patut nya kerajaan tak payah kaco la peniaga nak jual berapa pun, dah kata ikut market, so penjual p ...
Mungkin ada benarnya kerajaan kena buat sistem baucer instead of subsidi yang mana orang senang jua mudah2 dapat harga mur2 sis? |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 2-8-2022 04:40 PM
Aritu dia yang bangga kedainya masih jual harga murah sekarang mula bising2 sebab terpaksa jual harg ...
Bkn dia kot, tu bos bwsar lg.... Tp mcm kontradik gak, bkn main bangga jual murah, tetiba bising bila kena jual harga murah |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu stok lama sebelum harga naik kot..
so boleh la nak jual ikut harga lama..
|
|
|
|
|
|
|
|
Barangkali kerajaan bagilah seminggu dua untuk habiskan. Selepas itu kena ikut juga harga siling.
Beberapa barangan asas ini aku rasa kerajaan wajib campur tangan. Ianya keperluan rakyat harian, tak kiralah keluarga atau perniagaan. Selagi boleh kawal, kena kawal sebab melibatkan harga makanan lain yang dijual.
Keluar artikel negara lain spt indon dan thailand pun buat kawalan harga spt mee. kalau mahal jugak maka susah orang miskin nak makan
Makanan mahal yang diberi ada jenama mewah atau makanan yang tak sedap tapi dibrand mahal spt kek mamasab, jual mahal pun tak apalah. 
|
|
|
|
|
|
|
|
masa ni la menteri konon2 nak jadi superman, menyelamatkan keadaan
cuba tengok menteri mana yg sibuk buat PC sana sini , konon penyelamat ummah?
kalo bukan bau2 nak pancing undi, tak tahu la nak pancing apa, ikan siakap kut 
apa kes nak control2 rega pulak? let the market decide le.. kan supply and demand tu
set2 politaiks ni mmg salu buat peniaga2 and business owner tersepit.. yg untung tetap lah kome2 kat atas tu, nipu jah kalau kata prihatin dgn b40 bagai.. kome tu cuit suh potong gaji, trim menteri2 yg bertindan2 tu pandai pulak merempan2..siap tambah allowance lagi, bukan kenaikan 2,3 henggit, tp ribu2 pulak tu, boleh pulak ye.. yihhhhhhhhhhhh
sapa suh tak defend ringgek.. jatuh tergolek2 takde pulak kome berani cuit hal itu.. yg kome cuit peniaga yg nak buat untung letak rega sekian2. kos running biz sbb ringgek is so weak tak nak highlight ke? ke sbb korang pun tak tahu cemaner nak solve? dari rakyat marah ke kome, baik marah ke peniaga2, tak gitu? tambah2 nak GEni
yg suchi morni tetap la menteri2 pasola yg tak pandai buat kerojer...
|
|
|
|
|
|
|
|
dont worry sis, benda ni rancak sebelum PRU je, lepas PRU ni memang selamat laaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
menteri jihad inflasi ni tak pergi jumpa peniaga ke untuk bincang..??? |
|
|
|
|
|
|
|
Time naik jual stok lama dgn harga tinggi diam diam makan untung...x nak rugi lansung tokey tokey besar ni...ingat dunia ni berkisar dgn dia ajelah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by scorpionkiki at 3-8-2022 10:24 AM
Masa sblm naik tu dia dah beli banyak pd harga subsidi...then awal pagi esoknya pd 1 july terus harga di mydin naik ke Rm42 dia tak ingat pulak. Lain dgn Lotus Jitra...mmg dia habiskan stok subsidi tu...first 2 days awal july tu mmg lotus still letak harga subsidi.
Drama ja mamak ni. Meluat I |
|
|
|
|
|
|
|
kata simpan stok sbln.. sama laa masa dari harga rendah tetiba 1 julai naik harga..bukan diorg dah untung simpan stok lama jual harga baru?.. tetiba lak skrg rugi?
contoh alif tu rm29.90 sblm 1 julai
1 julai jadi RM42.90
UNTUNG RM13
skrg turun jd RM34.70
alaaaaa...still untung kannnn..cuma margin untung tu dah rendah sikit.. poyo ajer laaa
silap2 minyak simpan sbln tu dah lebih lama dlm stor.. pengguna dah kurang beli minyak start july tu sbb mahal sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni gara2 kerajaan jg, tetapkan harga siling tggi sgt
|
|
|
|
|
|
|
|
haritu mydin tak tgedik2 naik harga 1 julai tu sis
|
|
|
|
|
|
|
|
Alaaaa....ko simpan je la minyak tu.....yg jd gomen pun flip flop...esok naik rega rm60 sebotol jual balik |
|
|
|
|
|
|
| |
|