CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2461|Reply: 40

Filem Mat Kilau Bagi Gambaran Tak Tepat Peranan Pelbagai Kaum Zaman Penjajah

[Copy link]
Post time 3-8-2022 03:04 PM | Show all posts |Read mode
Ahli akademi mula tampil bersuara mendakwa filem Mat Kilau tidak memberi gambaran tepat tentang peranan dimainkan pelbagai kaum pada zaman penjajah.


Bukan hanya melihat pada nilai komersial dalam melariskan sesebuah filem, tetapi kalau membikin filem sejarah, ia lebih sukar kerana ia perlu tepat dan tidak tersasar.


Sejarah tidak boleh diubah dan tidak boleh ditulis semula, tetapi pengarah filem boleh buat apa sahaja untuk menyedapkan jalan ceritanya.




IMDb




Kutipan boxoffice atau tidak, filem blockbuster atau tidak, Mat Kilau harus memberi gambaran tepat tentang peranan dimainkan oleh pelabagai kaum pada zaman penjajahan.


Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Hafidzi Mohd Noor mengulas mengenai naratif sejarah dalam konteks filem Mat Kilau.


Katanya, perlu ada naratif jujur supaya penonton dapat memahami bahawa bukan hanya satu komuniti yang memainkan peranan dalam membantu British menguasai Tanah Melayu.


“(Ia) bukan sahaja tentera Sikh yang berkhidmat untuk empayar British ketika itu, tidak seperti dalam filem tetapi juga orang Melayu,” kata Hafidzi semasa forum bertajuk “Filem Mat Kilau & Pendidikan Sejarah” di Kuala Lumpur.ds by


Beliau berkata, dari segi sejarah, kebangkitan Mat Kilau bukan sahaja menentang penjajah British tetapi juga “penubuhan” iaitu kerajaan Pahang.


“Jadi, sangat jelas dari sudut itu bahawa kita semua berkongsi tanggungjawab untuk membawa masuk British,” katanya.


Bagaimanapun katanya, ini bukan masa untuk menuding jari, sambil menambah walaupun tiada siapa boleh mengubah masa lalu, semua orang boleh belajar daripadanya.


Bulan lalu, sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka United Sikhs menggesa industri perfileman Malaysia mengelak daripada menghasilkan filem yang boleh menyakiti perasaan masyarakat tertentu.


Kumpulan itu berkata, Mat Kilau sebuah filem berdasarkan figura sejarah, mengandungi adegan di mana orang Sikh yang dibawa masuk dari India sebagai sebahagian daripada pasukan penjajah British dilihat telah bertindak kasar ke atas orang tua, kanak-kanak dan rakyat tidak berdaya.


Kumpulan itu berkata, walaupun adegan kontroversi dalam filem itu adalah rekaan namun ia tidak menyenangkan dan menyakiti perasaan orang Sikh.


Sementara itu, seorang lagi ahli panel, Helen Ting menyeru agar pengajaran Sejarah di sekolah menengah beralih daripada sekadar “menghafal” fakta kepada pemikiran kritis.


“Kita perlu maju ke hadapan untuk mendidik manusia berfikir secara kritis, apakah itu sejarah?


“Bagaimanakah kita menentukan sama ada sesuatu itu fakta sejarah, atau tidak, atau sama ada ia ‘mungkin’?” kata Ting, yang merupakan felo penyelidik kanan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS).


Beliau turut mempersoalkan bagaimana pelajar sekolah menengah akan membuat keputusan secara kritis sebaik meninggalkan alam persekolahan tanpa kemahiran seperti itu.


“Ini tidak masuk akal, jadi kita perlu melakukan lebih banyak desakan terhadap kurikulum Sejarah kita,” katanya.


Untuk rekod, forum itu diadakan sempena pelancaran buku semakan buku teks Sejarah sekolah menengah oleh Inisiatif Pengislahan Pendidikan Nasional (IPPN).




Sumber: FMT, Suara Merdeka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu fiksyen inspired by true event je di lecturer oit. Kalau nk tgk berita sejarah, pergi la dkt arkib negara sana tu. Confirm ko menguap2 nak habiskan satu page
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya rabb …. x habis2 lagi ke psl filem ni. Fiksenel je dek.. budget 8 juta ko nak harap filem ni level Titanic.. Braveheart? Ni pun akak jenuh nunggu bila la nak klimaks.. tak sabar nak keluar panggung shopping kat MyTown tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tulis skrip sendiri,arah sendiri..banyak bunyik pulak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 04:10 PM | Show all posts
Edited by pasa at 3-8-2022 04:11 PM

lepas ni blh la buat filem "Henry The Black" bagi pakar ilmiah ke ahli akedemik tulis board story dan skrip.

benda ilmiah dengan fiksyen blh je jalan sekali.  Omputeh buat filem based on true stories pun ada membongak tak de le pembaris sgt diorg nok..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 04:51 PM | Show all posts
Jelous le tu orang buat pilem dah untung banyak sendiri harap gaji je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2022 05:20 PM | Show all posts
kata Hafidzi semasa forum bertajuk “Filem Mat Kilau & Pendidikan Sejarah”



time forummer duk gebang awl2 keluar mat kilau ni xde plk nk berforum

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
suruh ko yg arah kang.. entah lagi mcm mna rupanya...cisss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa maksud ni?

Beliau berkata, dari segi sejarah, kebangkitan Mat Kilau bukan sahaja menentang penjajah British tetapi juga “penubuhan” iaitu kerajaan Pahang.


Mak Kilau menentang penubuhan kerajaan Pahang?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 09:03 PM | Show all posts
Au perhatikan , bangsa lain selalu nak condemn Melayu sehinggalah Melayu tunduk betul dengan kehendak mereka barulah mereka puashati


Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
swimswim replied at 3-8-2022 03:23 PM
Itu fiksyen inspired by true event je di lecturer oit. Kalau nk tgk berita sejarah, pergi la dkt ark ...

Pilem Black Hawk Down gimana pulok? l
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr Hafidzi tu pun stakat bidang zoologi tapi sibuk nk mengulas psl sejarah
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Like i said sis. Kalau nak belajar sejarah, pergi lawat muzium lah babi sis.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang tak ada akal dan gila dan mereng dan biul je yang pergi lawat pawagam untuk nelajar sejarah dekkkk….
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Haaaaaaaaaa kan akak dah tersalah eja tu dek… belajar, bukan nejalar dekkk….
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau filem ni untung 900k je, tade sape kesah
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahsuri yg dongeng karut marut pun ummah melayu percaya mengalahkan sejarah nabi.....ini mat kilau yg dh sah2 filem fiksyen ko blh percaya ka?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 4-8-2022 05:06 PM
Mahsuri yg dongeng karut marut pun ummah melayu percaya mengalahkan sejarah nabi.....ini mat kilau y ...

Mat kilau tu wujud...sejarah penentangan tu wujud.xdenya fiksyen
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 4-8-2022 01:58 AM
Betul lah tu, barua2 Melayu yg.jilat Brits.tak pula ditonjolkan dgn.ketara kan

Giler ko kaler kuning antara jadi barua.berani ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.066682 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list