View: 2606|Reply: 37
|
[Politik]
Tun Mahathir ketuai Gerakan Tanah Air kembalikan hak Melayu
[Copy link]
|
|
Tangkap layar sidang akhbar khas yang diketuai Tun Mahathir hari ini.
Tun Mahathir ketuai Gerakan Tanah Air kembalikan hak Melayu
PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed mengumumkan pembentukan gagasan baharu menerusi Gerakan Tanah Air yang akan memperjuangkan hak-hak orang Melayu sebagai keutamaan.
Selain itu, beliau berkata, gerakan tersebut juga bertujuan untuk menukar kerajaan sedia ada.
“Saya bersama beberapa parti politik Melayu dan juga beberapa pihak persendirian akan menggerakkan Gerakan Tanah Air ini bagi mengembalikan semula hak-hak orang Melayu yang telah hilang.
“Setakat yang kita tahu, kerajaan sekarang menang dengan sokongan 35 peratus rakyat sahaja, dan 65 peratus yang lain tidak sokong kerajaan dan daripada jumlah itu juga ada yang tidak mengundi sama sekali kerana mereka menganggap politik ini membosankan dan tidak membawa faedah,” katanya menerusi sidang akhbar khas hari ini.
Tambah Tun Mahathir, beliau yakin dengan penerangan yang dibawa oleh Gerakan Tanah Air ini akan mendapat sokongan sebahagian besar rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Bersama empat buah parti utama (Pejuang, Berjasa, Putra dan IMAN) ini dan beratus pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah beri sokongan kepada kita (Gerakan Tanah Air) serta beratus orang ramai yang prihatin dan tidak senang dengan amalan rasuah yang diamalkan kerajaan sekarang, kita yakin boleh mendapat kemenangan menjelang PRU,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... balikan-hak-melayu/
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila dh x laku, mula lah jd pejuang konservatif melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Che Det...22 tahun dia berjuang untuk Melayu... |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dekat pru jer mula la sibuk perjuangkan melayu..lepas dapat madat,ko jugak yang hina melayu..jangan dengki dengan orang kaya,katanye. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang mixed melayu perjuangkan melayu SMH.
Then again, siapa saje melayu kat negara ni yang boleh confirmed family tree dia langsung takde tercampur mana2 kaum lain dari 7 keturunan ke atas?
Ramai je mixed tapi perasan melayu joined UMN(G)O(K) demi kepentingan akaun bank masing2. |
|
|
|
|
|
|
|
stended sandiwara politik
|
|
|
|
|
|
|
|
saka tua ni bila sendu dia kutip balik berahim katak.mana barua2 dia? ... cer bagi sepatah dua sikit berkenaan dgn kencingan terbaru tua kutuk ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tu la kutuk2 melayu malas nak jugak undi melayu demi kuasa |
|
|
|
|
|
|
|
Orang tua yang sama kutuk Melayu pemalas, Melayu mudah lupa ka ini? |
|
|
|
|
|
|
|
mclaren replied at 4-8-2022 12:39 PM
Orang mixed melayu perjuangkan melayu SMH.
Then again, siapa saje melayu kat negara ni yang boleh ...
Orang Asli Senoi kot. |
|
|
|
|
|
|
|
intipati PC Tun tadi adalah menghalang umno daripada tampuk kuasa pemerintahan bagi PRU akan datang. Itu je uols. Yang terlibat adalah semua parti politik Melayu, yang bukan Melayu tak terlibat sama sekali. Dan tiada kaitan rasis. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang ni bukan bateri dah nak hampir habis ke? Kalau aku umur cam ni , aku tak buang tenaga fikir hal dunia dah... aku kisah preparation ke alam lain pula. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sebab la tu nape tibahjah atok buat gerakan baru ni . Biasa ramalan atok saka tak pernah tak tepat. He can predict well. Maklum lah otai lama dlm politik ni mmg dah masak sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Hak Melayu? Atau hak golongan elite suka guna cable tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Tun, tolong revise balik kuasa raja2 and elaun2 kerabat2 diorang. Gituw aku try jadi jebat derhaka |
|
|
|
|
|
|
|
Si tua kutuk ni yg gelakkan Nabi Muhammad simpan janggut sbb takder gillette nak bercukur... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa sekarang tak dengar dah 'rindu zaman tun'? |
|
|
|
|
|
|
|
cuba spin selagi masih larat............................. |
|
|
|
|
|
|
| |
|