View: 3182|Reply: 42
|
[Tempatan]
Naik gaji boleh, bina jambatan untuk rakyat tak boleh?Anak-anak menteri selesa ja pergi sekolah. Tapi kami, anak-anak kami macam mau pergi berperang kalau mau pergi sekolah," kata Butodlo.
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 5-8-2022 12:44 AM
Tular video di media sosial menunjukkan sekumpulan murid sekolah yang lengkap berpakaian seragam dilihat berusaha menyeberangi sungai untuk menghadirkan diri ke sekolah.
Lapor Sinar Harian, kejadian itu dipercayai berlaku di Pitas, Sabah dan dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter pada
8.41 pagi, Rabu.
Dalam video itu, sebahagian murid tidak memakai jaket keselamatan berada di dalam sampan dan menyeberangi sungai, manakala sebahagian murid yang lain sudah memakai jaket keselamatan sedang menunggu giliran menaiki sampan kecil itu di tebing.
"Dapat video ini dari WhatsApp group P179 Ranau. Terkejut jantung. Lokasi di Kampung Mangkabusu, Pitas, Sabah.
"Walaupun peperiksaan UPSR dan PT3 sudah dimansuhkan, pelajar-pelajar ini tetap gigih pergi ke sekolah. Semoga ada tindakan lanjut dapat dilakukan dengan kadar segera," ciap Pia Pinah.
Sementara itu, netizen meluahkan rasa kesal terhadap kerajaan negeri Sabah yang dilihat gagal menyediakan kemudahan asas dan infrastruktur kepada rakyat, sedangkan negara sudah lama merdeka dan hanya bandar-bandar utama sahaja diberi keutamaan untuk membangun.
Lebih teruk lagi, Ketua Menteri Sabah baru-baru ini mengumumkan usul kenaikan gaji bagi dirinya dan semua ADUN diluluskan tanpa mengambil kira rakyat yang sedang bergelut dengan krisis kenaikan harga barang dan kos sara hidup meningkat.
Ingatkan zaman kami ja sempat naik sampan pergi sekolah. Rupanya sampai sekarang masih macam ni. Rumah menteri di atas, anak-anak diorang selesa ja pergi sekolah. Tapi kami, anak-anak kami macam mau pergi berperang kalau mau pergi sekolah," kata Butodlo.
"Aku yang tengok video ini pun aku rasa bersalah. Para pemimpin kita tak ada perasaan ke??" kata Sazly.
"Menangis aku tengok video ini, menteri sibuk kumpul kekayaan mereka sedangkan rakyat kekal terbeban," kata Jaiyen.
Hairan kenapa kerajaan masih sibuk nak naikkan itu ini di Lembah Klang tetapi tempat-tempat yang sepatutnya pula tidak dinaikkan. Bayangkan kalau diorang buat jambatan yang kukuh di situ, dah sangat memudahkan perjalanan adik-adik tu ke sekolah tau tak," kata Yana.
Sumber: Sinar Harian, Twitter Pia Pinah
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Eleh nanti Pru, Umno bagi 50ringek.& sekampit beras, ilang ler marah tuwww. |
|
|
|
|
|
|
|
Pastu nanti ungkit point malaya kebas duit urang borneo buat pembangunan mewah2
Pdhal bajet kena songlap dgn pemimpin negeri sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Meanwhile,jejantas ke shopping mall pun Ketua Menteri yang rasmikan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bunyi skybridge, iols ingat canggih camana lah tadi. Sekali tgk macam jejantas biasa je ketinggiannya.
Benda camni pun boleh claim macam melangit, no wonder jauh lagi nak buat jambatan menyeberang sungai. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak turun dari jejantas tu kena pakai tali ke? RM32 juta.
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 5-8-2022 12:06 AM
Nak turun dari jejantas tu kena pakai tali ke? RM32 juta.
Ntah la. Patut la ummah Malaya ingat ummah Sabah masih tinggal ataih pokok. |
|
|
|
|
|
|
|
nama nak letup rupanya jejantas
|
|
|
|
|
|
|
|
xtahu nak gelak atau nangis kasihan rakyat sabah dapat sky bridge tapi end up kena patah balik. takziah |
|
|
|
|
|
|
|
itu salah satu tarikan pelancong naik jejantas turun pakai forklift
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 5-8-2022 12:22 AM
kalau terus straight tu masuk alam bunian tengku jalal
Akak nak sumbat ketua muntri Sabah the first masuk dalam tu jika gituh. Pehtu mohon dikatup lubang bunian tu supaya tak balik2. |
|
|
|
|
|
|
|
inilah hasil 60 tahun UMNO memerintah sabah..
dah alang2 miskin camni baik join pilipin jahh |
|
|
|
|
|
|
|
kalau sabah joint singapore atau brunei logiklah juga untuk maju. kalau joint filipina negara mereka lagi mundur dari malaysia hari2 ada kes tembak mat pit, hitman bersepah, pistol bersepah drug lord merata rata.
masalah di sabah tu satu malaysia hadapi iaitu corruption. tengok jelah 1mdb satu dunia tahu kes penyamun duit negara. bila tukar kerajaan projek itu ini dibatalkan kena bayar lagi pampasan kt negara temasik. malaysia dah banyak rugi kena bayar pampasan kt negara temasik.
indonesia pernah hadapi masalah lebih teruk dari malaysia tapi mereka sekarang ada momentum untuk lebih maju daripada malaysia. kaka xpelik satu hari nanti friska akan bermadu dengan suami indonesia setelah kehabisan pencen jusa c minus
dulu umno nak buka kt sarawak tapi xberjaya. dapat buka kt sabah je. tahniah rakyat sarawak cerdik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Sabah diperintah sultan kiram pun mungkin lebih baik keadaannya... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 5-8-2022 10:52 AM
Kannss..Sabah tu sayangnya lah. negeri cantik memacam hasil bumi ado tapi habis jahanam berpuluh tahun dirosakkan Umngok
mujur jugak bukan sultan brunei yg klem sabah tu..kalo tak mesti skrg ummah sabah dah berperang dgn ummah melaya sbb nak join Brunei yg kaya raya takde umno tuh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|