CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2748|Reply: 29

Bumi Berputar Semakin Laju Punca Hari Jadi Singkat

[Copy link]
Post time 7-8-2022 10:19 AM | Show all posts |Read mode
MOSCOW – Saintis-saintis menyatakan bahawa perubahan iklim, aktiviti seismik dan fenomena dikenali sebagai Chandler Wobble menjadi punca rekod hari paling singkat pada 29 Jun lalu, lapor portal berita MailOnline.


Pada hari kejadian, Bumi melengkapkan putaran penuh dalam masa 1.59 milisaat kurang daripada masa standard 24 jam.


Fenomena itu turut didakwa berpunca daripada perubahan putaran Bumi pada paksinya yang mengalami gerakan goyah dipanggil ‘Chandler Wobble’. Ia berfungsi sama seperti putaran gasing yang bergoyang apabila mula perlahan.


Gambar Hiasan




Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, putaran Bumi menjadi semakin laju yang mengakibatkan hari yang lebih singkat.


Pemanasan global yang mencarikan ais dan salji pada kadar lebih pantas juga didakwa memberi kesan kepada kejadian tersebut.


Kajian menunjukkan apabila glasier mencair akibat peningkatan suhu atmosfera dan pembakaran bahan api fosil, pengagihan semula jisim menjadikan Bumi beralih dan berputar lebih pantas pada paksinya.


Ini membawa kepada pencairan ratusan bilion tan ais setahun ke dalam lautan yang menyebabkan Kutub Utara dan Kutub Selatan bergerak ke arah timur sejak pertengahan 1990-an.


Gempa bumi dan aktiviti seismik lain juga boleh memberi kesan kepada kelajuan putaran Bumi. Fenomena itu boleh menggerakkan jisim ke arah pusat Bumi.


Sebagai contoh, gempa bumi pada 2004 yang mengakibatkan tsunami di Lautan Hindi telah mengalihkan batuan yang cukup untuk memendekkan waktu pada hari kejadian sebanyak hampir tiga mikrosaat.


Peredaran lautan dan tekanan di dasar laut turut menarik paksi Bumi. Pada November 2009, peristiwa di Lautan Selatan menjadikan Bumi berputar lebih laju dan memendekkan separuh daripada hari dalam bulan itu sebanyak 0.1 milisaat.


Sesetengah pakar percaya bahawa sesuatu mungkin berlaku pada teras dan mantel Bumi.


“Kami tidak pasti kerana Bumi adalah sistem yang sangat kompleks tetapi saya percaya ia menyebabkan Chandler Wobble terjejas dan tempoh hari berkurangan secara serentak.


“Tiada siapa menjangkakan bahawa Bumi akan mula berputar dengan lebih pantas,” kata Dr. Leonid Zotov dari Institut Astronomi Sternberg, Moscow. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2022 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Three Gorges dam juge ada kesan pada putaran bumi.
Orbit bumi juge semakin menjauhi matahari.
Punca: Jisim matahari makin kecut.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah....

Tapi mmg waktu cepat sgt berlalu pun...ni pun dah hampir penghujung 2022...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 10:44 AM | Show all posts
Hari di mana aku bertemu bidadara ku semakin dekat

Diknah bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 10:54 AM | Show all posts
betul tu

bangkem pon perasan hari dah singkat sebanyak 1.59 milisaat

ingatkan bangkem sorang je perasan
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 09:02 PM | Show all posts
2030 is the beginning of the end

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2022 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
betulkah bumi berputtar?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuatu telah berlaku pada teras dan mantel bumi. Makin padat dan padu atau makin mengurang jisim?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2022 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn replied at 7-8-2022 09:09 PM
betulkah bumi berputtar?

Tanya sohai grindr


Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 09:42 PM | Show all posts

jangan sampai kena cium dengan sohai celah gigi
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 09:43 PM | Show all posts
wallahuallam, mungkin tu salah satu tanda kiamat dari sudut saintifik. bila bumi berputar terlalu laju one day matahari terbit dari barat.

sains is limited. but alquran is unlimited. sains theory can change. alquran knowledge still sustainable
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Andai dapat, kuundurkan putaran dunia, teknik pengunduran tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 09:57 PM | Show all posts
Nnoor2 replied at 6-8-2022 06:29 PM
Innalillah....

Tapi mmg waktu cepat sgt berlalu pun...ni pun dah hampir penghujung 2022...

Bumi melengkapkan putaran penuh dalam masa 1.59 milisaat kurang daripada masa standard 24 jam pada 29 jun lepas iatu pada satu hari je. Tapi hang klim seolah bumi ni tiap tiap hari berputar kurang dari 24 jam untuk satu putaran setiap hari.







Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 10:08 PM | Show all posts
Bagus lah cepat berputar. Cepat sikit dapat next gaji
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 7-8-2022 09:43 PM
wallahuallam, mungkin tu salah satu tanda kiamat dari sudut saintifik. bila bumi berputar terlalu la ...

Org tasawuf kata to brace for 2030. I pun tak tau pasalapa
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kuliah sapa tah, kalau hangpa nak pi ke barat, naik katebang kena terapung jaa tayah susah² terbang... pasei bumi ni dok putaq la ni sampai la destinasi hang kat belah barat tu.

Begitulah kurang lebih kata² dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2022 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 7-8-2022 09:43 PM
wallahuallam, mungkin tu salah satu tanda kiamat dari sudut saintifik. bila bumi berputar terlalu la ...

Menarik kan? Org islam baca ni , semua buat muka “dah tau dah” sbb slh 1 petanda dkt dgn kiamat, masa terasa singkat. Cuma sedih la sbb x best duk akhir zmn. Mcm2 ujian n dugaan slh 1 psal lgbt. X sangka smpai tahap ank2 kecik pon diracun dgn agenda lgbt.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 09:22 AM | Show all posts
saya semua saya boleh terima..part greenpeace, pemanasan global, ais cair itu saya tak terima..sorry ya...greenpeace banyak digunakan oleh agenda barat..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 7-8-2022 05:38 PM
CiliPadiSedap replied at 7-8-2022 05:43 AM
wallahuallam, mungkin tu salah satu tanda kiamat dari sudut saintifik. bila bumi berputar terlalu la ...


Pergi study tentang magnetic field reversal.... Muslim scientist pun tidak confident tinggi seperti typical lobais.. Dik
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 8-8-2022 09:30 AM
Pergi study tentang magnetic field reversal.... Muslim scientist pun tidak confident tinggi sepert ...

Sepatutnya putaran makin lambat sbb elastic potential energy dh hampir capai tahap maximum tunggu masa dia reverse shj....bila dia dah start reverse tu yg matahari terbit dari barat mcm planet zuhrah yg menyongsang putaran tu.....

Lg pun setakat milisecond nk rasa cepat mana la....1 sec pun terbuang xde rasa apa2 pun
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.044663 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list