KELIBAT penyanyi terkenal Amerika Syarikat Billie Eilish yang berkunjung ke pusat beli-belah Sungai Wang Plaza di Bukit Bintang Kuala Lumpur mencuri perhatian peminat.
Mana tidaknya, ramai kagum dengan sikap rendah diri penyanyi itu memandangkan artis antarabangsa lain yang datang ke negara ini biasanya akan singgah ke pusat beli-belah lebih terkenal seperti Suria KLCC, Pavilion atau pun Star Hill Gallery.
Video memperlihatkan Billie berada di pusat beli-belah itu dirakamkan orang ramai yang terserempak dengannya ketika berjalan keluar memasuki kenderaan yang menunggu di luar Sungai Wang Plaza.
Di ruangan komen, ramai meninggalkan komen kelakar tentang kunjungan Billie ke pusat beli-belah itu dan ada secara berjenaka menyangka penyanyi itu ke sana bagi menempah cermin mata baharu atau mendandan rambut.
Umum mengetahui Sungai Wang Plaza cukup popular dengan pelbagai kedai perkhidmatan membuat cermin mata yang murah selain salon dan spa.
"Dia nak buat cermin mata baru la tu atau pun dandan rambut di Sungai Wang Plaza.
"Dalam banyak-banyak mall, Sungai Wang Plaza juga jadi pilihan Billie," antara komen netizen di TikTok.
Sementara itu, menerusi akaun TikTok Sungai Wang Plaza, Billie sebenarnya datang ke pusat beli-belah itu unuk bermain go-kart di Blastacars Malaysia.
Turut kelihatan bersamanya adalah abang Billie iaitu Finneas yang juga seorang penyanyi selain rakan-rakan dan pemuzik penyanyi itu.
Peminat turut memuji Billie yang dilihat mematuhi SOP ditetapkan dengan memakai pelitup muka apabila berada di dalam kawasan pusat beli-belah berkenaan.
Billie berada di Malaysia bagi menjayakan konsert Billie Eilish Happier Than Ever World Tour 2022 yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 18 Ogos.
Penyanyi itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Selasa dan turut disambut peminat yang setia menantinya di sana.
Author|Post time 17-8-2022 11:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
How does Billie Eilish make her voice?
Billie Eilish usually uses a lot of breathy vocal tones, this means that she uses her chest a lot to project. The voice is also clear, and not nasal, which some “head singers” can struggle with. The depth of Billie's voice also makes her sound older than she is.
iols rse dia tak mau serabut nk kena serbu dek fans kot, kang stress puleks. tu yg ahhh belasah jer laa mall yg bhesa2. lps konsert kot sempat klcc sebelah jer ngan hotel dia stay skrg.