CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3790|Reply: 30

[Tempatan] Propa je, 'Jihad Inflasi' pun gagal juga

[Copy link]
Post time 4-9-2022 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 24-6-2024 03:46 PM

Kadar inflasi utama negara kini naik lagi ke paras 4.4 peratus pada bulan Julai dan ianya adalah peningkatan empat bulan berturut-turut.

Lebih parah lagi, apabila inflasi makanan mencapai paras tertinggi dalam sejarah iaitu 6.9 peratus sepertimana yang dilaporkan oleh MIDF Research.

Pengerusi Biro Pengguna, Pertanian dan Luar Bandar AMANAH Nasional, Faiz Fadzil berkata, harga barang makanan yang masih mahal menunjukkan pasukan khas Jihad Inflasi gagal dan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 31 Ogos kononnya pasukan khas tersebut berjaya menurunkan harga barang adalah cakap-cakap politik sahaja.

Kata beliau, keadaan ini membimbangkan kerana pakar-pakar ekonomi menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia akan lebih perlahan dalam tempoh Julai hingga Disember 2022.

Keadaan ini juga jelas nya, tidak akan banyak berubah pada tahun hadapan dan persoalan yang timbul ialah bagaimana rakyat mampu hadapi inflasi sekiranya ekonomi masih lembab.

“Sudah genap dua bulan, pasukan khas Jihad Inflasi yang ditubuhkan bawah pimpinan Tan Sri Annuar Musa ternyata gagal apabila kerajaan BN-Bersatu-Pas gagal menguruskan ekonomi dengan baik.

”Di manakah solusi atau pelan tindakan komprehensif untuk tangani inflasi oleh pasukan khas Jihad Inflasi atau pun mereka masih lagi nyenyak tidur.

“Ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir, inflasi makanan tidak pernah mencecah 6.9 peratus seperti sekarang. Malahan kadar paling tinggi pun adalah 2.6 peratus dan jauh lebih rendah dibandingkan dengan kadar sekarang,” ujar beliau.

Tambah Faiz, sepanjang pentadbiran PH kadar inflasi makanan yang direkodkan sebelum ini melebihi 2 peratus hanya untuk empat bulan sahaja dan kadar inflasi makanan paling rendah ketika zaman PH adalah 0.4 peratus.

Sehubungan itu tegas beliau, Annuar Musa harus menjelaskan apakah tindakan segera yang akan diperkenalkan memandangkan inflasi makanan berada pada tahap tertinggi dalam sejarah.

Tegasnya lagi, setelah dua bulan bermesyuarat, masih tidak ada apa jua langkah efektif yang diumumkan.

Oleh itu jelas Faiz, kerajaan digesa supaya meneliti dengan segera keperluan bantuan tunai khas atau pun ‘digital food voucher’ bagi membantu mengurangkan beban golongan B40 dan M40 yang dicadangkan sebelum ini bagi meringankan beban rakyat.

https://malaysiadateline.com/jihad-inflasi-pm-masih-tidur-lagikah-harga-barang-masih-mahal-inflasi-pula-terus-naik/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2022 02:17 PM | Show all posts
Kau tu yg miskin
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2022 04:35 PM | Show all posts
yg selalu disebut harga minyak masak ja

kalau harga daging babi turun kira hasil jihad juga ka?

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2022 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
PH menang inflasi terus turun , ngituw??
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 08:45 AM | Show all posts
aku tak faham apsal anuar musa yg jd menteri leading jihad inflasi ni.. dia kan menteri KKMM..

patut ko bagi la menteri pertanian kem menteri hal ehwal pengguna ke jadi yg lead.... at least dia ada kuasa dekat bidang yg berkenaan dengan barang2 keperluan....

yg aku tengok jawatankuas jihad ni duk up asyik pasal minyak masak botol jer...orang tak tengok sangat la minyak masak botol ni, orang duk cari yg paket jer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2022 08:47 AM | Show all posts
Adalah barang yang turun harga tapi x semua barang la, harap dapat turun harga semua barang
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 09:04 AM | Show all posts
Edited by brego at 5-9-2022 09:07 AM
n3ar replied at 5-9-2022 08:45 AM
aku tak faham apsal anuar musa yg jd menteri leading jihad inflasi ni.. dia kan menteri KKMM..

patu ...

itu la pasal, propa jer lebih.

orang dalam menteri kabinet sendiri yang kempen jihad inflasi,
padahal puak2 ni la yang bikin polisi

boleh jer turun kalau nak,
meeting dalam menteri kabinet, turunkan harga.

tapi itu lah, gomen kena bayau subsidi utk maintain harga rendah.
itu yang diaorang tak mau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2022 09:30 AM | Show all posts
g jihad kat peniaga2 tamak tu la
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru ni dgr berita radio kata index harga makanan dunia dah turun tapi kat sini tak turun2 pun
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Turun on paper tapi market price Tak reflect ..ramai2 dok monitor harga minyak ngan ayam je.ayam tu dimonitor lebih kepada nk justify export. Yg penting bagi puak2 ni kalau ayam berlegar sekitar $10 sekilo pun Tak pe,harga masih stabil.ada pulak golongan peniaga suka harga ayam Naik alasan Naik harga jualan ..gitu lah. Open order dari umah pun sepinggan Mee goreng  $7-$8
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Voucher grabfood & foodpanda ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2022 08:54 AM | Show all posts
Kalau begitu, bulan puasa dan Hari Raya tahun depan sambut ala kadar aje la.. Hari Raya takyah kuar rumah tanpa urusan penting..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2022 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 6-9-2022 07:33 AM
Voucher grabfood & foodpanda ke?

Grab Unlimited tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2022 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 5-9-2022 09:30 AM
g jihad kat peniaga2 tamak tu la

Tak boleh. Mereka aset negara.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2022 09:15 AM | Show all posts
Triple_8 replied at 10-9-2022 09:07 AM
Tak boleh. Mereka aset negara.

nanti kena cerca
kata berani dgn melayu n tak boleh tolong melayu kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2022 10:07 AM | Show all posts
keris pun tak bawa macam mana nak berjihad melawan kapir
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2023 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Throwback ciked..

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 08:08 AM | Show all posts
akusukaq replied at 5-9-2022 01:40 AM
PH menang inflasi terus turun , ngituw??

Dah turun tak sis??
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.066092 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list