View: 8027|Reply: 81
|
[Tempatan]
'Aku sendiri check darah bapa kau, semua normal' - pegawai perubatan dakwa Yana menipu mengenai tahap kesihatan bapanya
[Copy link]
|
|
Edited by Rockafella at 14-9-2022 04:07 PM
KKM sahkan Najib dalam keadaan sihat, Yana didakwa menipu?
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan mengalami masalah kesihatan sekaligus menyebabkan kes perbicaraan berkaitan 1MDB yang dijadualkan hari ini terpaksa dibatalkan.
Najib yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun dilaporkan mengalami masalah kesihatan dengan tekanan darah Najib berada pada tahap tinggi dan berbahaya susulan pertukaran ubat yang diberikan untuk merawat masalah ulser di dalam perutnya.
Yana Najib minta jasa baik PM berikan rawatan terbaik buat Najib
Dalam pada itu, anak kepada Datuk Seri Najib, Nooryana Najwa Najib ada memuat naik satu hantaran menerusi Instagramnya memaklumkan keadaan kesihatan bapanya yang merosot.
Menurut Yana, permintaan bapanya yang ingin melakukan pemeriksaan secara lebih teliti di Hospital Kuala Lumpur tidak diendahkan malah, ubat-ubatan bapanya juga ditukar.
DSN (Najib) memohon untuk lakukan pemerhatian di HKL tetapi ditolak malah, doktor melepaskannya dan hari ini DSN hadir ke mahkamah.
Doktor juga menukar ubat-ubatannya daripada biasa yang dia makan selama bertahun-tahun dan menghantarnya pulang ke Kajang.
KKM maklumkan keadaan Najib sihat sahaja
Dalam pada itu, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa bekas Perdana Menteri itu berada dalam keadaan baik dan sihat.
Bukan itu sahaja, kenyataan yang dikeluarkan Yana Najib sebelum ini juga bercanggah apabila KKM mengesahkan ubat-ubatan yang sama diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Aku sendiri check darah bapa kau
Bukan itu sahaja, seorang pengguna di Twitter turut menjawab hantaran dimuat naik Yana Najib dengan memberikan respon dengan menyatakan bahawa dirinya sendiri yang melakukan pemeriksaan terhadap Datuk Seri Najib.
Walaubagaimanapun menurut OhMedia, lelaki tersebut difahamkan telah memadam semula ciapannya itu atas faktor tidak dibenarkan untuk mendedahkan maklumat kesihatan pesakit ke khalayak umum.
|
|
|
|
|
|
|
|
Harga sebuah kebebasan tuu mahal .. untung aku jd org biasa biasa dan nafsu sentiasa dicukupkan oleh Allah |
|
|
|
|
|
|
|
yana ni pengkhianat negara cukai pun xbayar lg nak percaya cakap dia ka |
|
|
|
|
|
|
|
dokto ckp bgitu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tak, tak guna perkataan anjing?
|
|
|
|
|
|
|
|
yanadey dan penipuan berpisah tiada |
|
|
|
|
|
|
|
Politaik dan family sama je perangai |
|
|
|
|
|
|
|
KKM taknak saman ke.? kan kenyataan fitnah ni
ehh lupa, kepala KKM pun ular |
|
|
|
|
|
|
|
Ya ampon bahasa seorang doktor....tapi mmg bahasa org sekarang teruk2 pun...bung lagi sebut fuck you...najib sebut kepala bapak kau |
|
|
|
|
|
|
|
Tul ke bahasa dari seorang doktor |
|
|
|
|
|
|
|
rospinki replied at 14-9-2022 08:11 AM
dokto ckp bgitu ke?
Doktor2 kat wad tempat aiol selambadek ja sebut shit bila bertugas. |
|
|
|
|
|
|
|
AKU perlukan pendapat drp 2-3 doktor yg lain...tp bkn drp 'a doctor in the house'..yer... |
|
|
|
|
|
|
|
Bahasa melambangkan peribadi seseorang itu. |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum ni..'cam tulisan doktor'.pasni...cam bahasa doktor'(la plak). |
|
|
|
|
|
|
| |
|