CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2925|Reply: 20

Jahanam rambut saya, kata influencer yang juga ahli perniagaan Siti Jamumall

[Copy link]
Post time 18-10-2022 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Jahanam rambut saya...

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jahanam-rambut-saya

Sudirman Mohd Tahir
[email protected]


KEADAN rambut Siti Suriani selepas didandan.

Kuala Lumpur: "Jahanam rambut saya. Sekarang dah nipis, sampai nak hilang semua. Boleh tengok dah nak botak."

Itu luahan rasa sedih dan geram pempengaruh atau influencer yang juga ahli perniagaan Siti Jamumall apabila pendandan rambut di sebuah salon di Johor Bahru didakwa membuat kesilapan ketika dia mendapatkan perkhidmatan mewarnakan rambut, semalam.

Rentetan itu, Siti Jamumall, 23, atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia sudah berbincang dengan wakil peguam untuk mengambil tindakan undang-undang.


"Saya baru lepas bercakap dengan peguam dan terangkan apa terjadi. Saya tak minta banyak memandangkan perkara ini sudah terjadi, rambut pun dah rosak, jadi saya nak mereka bertanggungjawab untuk perbaiki semula rambut saya. Itu saja.

"Dari jam 8 malam hingga 2 pagi pun tak selesai lagi (dandan rambut). Akhirnya mereka cuba baiki sampai jam 6 pagi, hari ini baru saya balik rumah. Tak tahu nak cakap macam mana.

"Saya cari duit dengan membuat sesi 'live'. Kalau keadaan saya macam ini memang malu lah saya. Kalau ikutkan peguam, saya boleh saman malu dan minta ganti rugi berdasarkan berapa lama saya tak boleh 'live'.

"Tapi saya tahu dia takkan mampu bayar kalau nak kira sekali saya 'live' berapa pendapatan yang dapat. Jadi saya harap mereka boleh bertanggungjawab. Kalau memang tak reti buat rambut pelanggan, janganlah. Rambut saya sihat dan tidak ada masalah pun sebelum ni," katanya.

Siti Jamumall berkongsi, dia berdepan masalah lebih besar iaitu rambut botak jika tidak dapat diselesaikan dalam masa dua minggu.

"Lebih sejam pendandan 'bleach' rambut saya. Apabila saya tanya, dia cakap itu perkara biasa. Masing-masing tak nak ambil tanggungjawab hingga saya buat 'live'. Ketika itu semua kelam kabut datang nak buatkan rambut saya.

"Tapi, tak tahu boleh selamat lagi atau tak. Rambut ini adalah mahkota bagi setiap wanita. Sedih sangat dengan apa yang terjadi.

"Kawan saya yang kerja di salun ada cakap, selepas dua minggu rambut saya boleh botak. Kalau tengok sekarang dah macam apa. Kosong, habis nampak kulit kepala.

"Rambut saya sampai pendek dan putus banyak. Banyak kesilapan dia buat, pertama dia biarkan rambut saya dalam keadaan 'bleach' sampai lebih sejam lebih, dia biar begitu saja. Lepas tu pasang 'hitter'.

"sSaya pula tak tahu semua ni. Saya percaya sebab dia cakap sudah tujuh tahun pengalaman dalam bidang ini," katanya.

Terdahlu, Siti Jamumall memuat naik hantaran beberapa video di TikTok yang berkongsi perkara itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2022 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Jawapan klise pakai tudung lerrr
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 11:00 AM | Show all posts
selayaknya la..

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Esiti ni bkn pki tudung ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 11:10 AM | Show all posts
sekejap je nikmat kau tu da kena tarik
asbab kena kat salun rambut, nasib tak kena masa kau cucuk vitamin kasik putih mcm michael jackson
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by misc at 18-10-2022 11:15 AM

Bleach satu kepala mmg masak la nak tunggu rambut baru tumbuh. Dah la confirm rambut rosak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2022 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Siti ni umpama watak gembala kambing dgn harimai je.. Apa pun yg jadi kat dia, org susah nak percaya.. Sebab asyik kena tipu dgn marketing dia je. Jadinya lantak engkaulah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 11:32 AM | Show all posts
dia taknak pula colour bulu ari2 dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2022 12:00 PM | Show all posts
salun murahan ke dia pergi sampai buat bleaching rambut pun tak pandai..
cakap kaya, takkan la pegi salun cincai-cincai
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
X Kan la staff salon x nasihatkan dl Kalo rambut ko mslh..mcm x logik je...setahu aku Kalo rambut Kita ok X de mslh staff Akan trs proceed..Kalo x staff akan bg cadangkan tuk Kita bt treatment dl x blh bleach atau warnakan rambut dl sbb rambut kita dah rosak..dia ni kan dah beberapa kali bt marketing prank2...mcm pelik.. yg penting sblm aku warna rambut staff salon akan bg nasihat dl.. jd rambut x jahanam..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 12:04 PM | Show all posts
marketing la tu
sempat ke lawyer bagai. haram kejadah betol

esok lusa dia promote produk rambut lak.


Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 12:09 PM | Show all posts
Cyempaka replied at 18-10-2022 11:30 AM
Siti ni umpama watak gembala kambing dgn harimai je.. Apa pun yg jadi kat dia, org susah nak percaya ...

setuju sis. dia ni pelik2 la. haritu yg tertukar anak tu ntah betul ke tak. perangai bimbo sgt
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 12:23 PM | Show all posts
mikel eng dah bunyi pasal minah kepoci ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 12:25 PM | Show all posts
inspirasi dari warna bulu dog ke,
islam kan..wajib bertudung cik kak
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 12:26 PM | Show all posts
dah boleh dah pakai tudung... pasti live mencanak naik view
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 12:29 PM | Show all posts
sesape yg baik hati, sila paste gambar dia jap. nak tgk muka dia.

iol malas plak nak buka tab google byk2x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2022 12:30 PM | Show all posts
tergelak aku memasang 'hitter' tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak Caya dia ni. Banyak kali buat marketing fake. Dulu duit palsu, tertukar anak tu xtau r betol ke tak. Baru ni ngamuk2
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 02:09 PM | Show all posts
ifanonline replied at 18-10-2022 11:32 AM
dia taknak pula colour bulu ari2 dia

dia dah test kot OK ja tak luruh tu pasal berani buat kat kepala

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 03:06 PM | Show all posts
dah kenapa macam uban pulak jadi nyaaa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.563729 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list