CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4077|Reply: 105

Tragedi MH17: Keluarga Mangsa Kesal MAS Tarik Balik Manfaat, Dah Tak Dapat Tiket Murah "Arwah Adik Bukan Resign Tapi Maut Semasa Bertugas"

[Copy link]
Post time 18-7-2023 09:34 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Dah sembilan tahun sudah berlalu, tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17 masih berbekas dalam hati waris.


Mereka masih menanti keadilan untuk ditegakkan buat mangsanya.


Bagi Muhammad Faizal Abdul Rahim, 47, kehilangan adik bongsunya, Muhamad Firdaus yang bertugas sebagai pembantu juruterbang dalam penerbangan itu masih dirasai keluarga terutama ibu mereka, Fatimah, 73.


Foto: Harian Metro




"Arwah adik adalah antara yang paling rapat dengan mak kerana mereka pernah duduk sama di Shah Alam.


"Ada masanya mak akan menangis dan tengok gambarnya apabila teringatkan adik terutama Ramadan kerana tragedi itu berlaku pada bulan puasa.


"Macam semalam pun dia menangis ketika kami buka cerita bahawa hari ini ulang tahun memperingati MH17," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Menurutnya, keluarganya masih berpendirian mahukan pesalah yang menyebabkan tragedi itu berlaku menjalani hukuman atas perbuatan mereka.


"Kita sudah dapat kemas kini perbicaraan kes dari pihak Mahkamah Belanda dan difahamkan tiga pesalah dijatuhkan hukuman.


"Cuma apa yang kami tidak puas hati, pesalahnya masih bebas di luar.


"Kita harap pesalah dicari sampai dapat dan menjalani hukuman setimpal dengan apa yang mereka buat," katanya.


Sementara itu, Muhammad Faizal turut melahirkan perasaan terkilannya selepas pelbagai manfaat diperoleh keluarga untuk kakitangan MAS ditarik balik selepas pemergian adiknya itu.


"Sebelum ini, ahli keluarga menikmati manfaat kakitangan seperti diskaun atau kadar rendah untuk tiket kapal terbang MAS tetapi selepas arwah meninggal dunia, segalanya ditarik balik.


"Sebagai keluarga, kami berasa sedikit terkilan dan sedih juga kerana arwah adik bukan resign (berhenti) tetapi dia meninggal dunia ketika sedang bertugas dalam tragedi itu," katanya.


Pada 17 Julai 2014, pesawat MH17 yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh ketika berada di ruang udara di timur Ukraine.


Tragedi itu menyebabkan 298 penumpang dan kru pesawat termasuk 43 rakyat Malaysia terkorban.


Tahun lalu, Mahkamah Daerah The Hague menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Russia dan seorang warga Ukraine selepas didapati bersalah menembak jatuh pesawat MH17 itu.


Namun, mereka yang bertanggunjawab itu masih bebas dan belum menjalani hukuman terbabit. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 18-7-2023 09:41 AM

Dah kenapa ahli keluarga pulak nak bising2 nak demand segala bagai.... opportunist?????
Babi kepala butoh pelahap sabsidi sampai mampos..

Family ko je ke terpaling aniaya? Rakyat malaysia lain denied hak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Mula nk kesian, tp bila baca seluruh ahli keluarga nk manfaat tu rasa mcm kelakar pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 18-7-2023 09:41 AM
Mula nk kesian, tp bila baca seluruh ahli keluarga nk manfaat tu rasa mcm kelakar pulak.

Exactly..  


Dasar Opportunist.. pelahap subsidy dari GLC
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 18-7-2023 09:42 AM
Exactly..  



Kalau keje gomen pun pencen dpt kt spouse je kan. Ni seluruh keturunan nk benefits tu

Keje swasta lagi la hapa tu tarak
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 09:51 AM | Show all posts
yess.. bahasa mudah mempergunakan kematian anak/ adik/ abang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2023 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahah eh ngok ko hadap benor? Kalau xmampu buat cara xmampu. Eh serious la manusia makin hilang akal ke…
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 09:52 AM | Show all posts
MAS dan bankrup... yang ada MAG...  segala benefit memangla di tarik balik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Bg kat parents sahaja sudah la..ni sampai adik beradik...overr.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ehhhh kenapa jawab cmtuu. Hadapnya keturunan ni subsidi dan manfaat sampai mati adik tu pun ko nak sambung sampai bila? Dahla keluarga bukan anak bini. Gomen pun stop sampai mak bapak je kalau bil hospital tu manfaatnya. Ko sampai adik beradik nak tambang murah manjang. Eh eh eh.
Meraih simpati betol ya. Cakap dengan mak kau move on. Redha. Benda dah lama. Anak orang lain pun mati tragis. Mentang2 gempar 1 dunia. So nak orang terkesan jeke.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
selipar_hijau replied at 18-7-2023 09:51 AM
yess.. bahasa mudah mempergunakan kematian anak/ adik/ abang

Setuju. Aku nak komen cmno tadi. Ambil kesempatan dengan ayat2 simpati. Dia ingat senang gomen nak cari suspek.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukan yg balu tgh pregnant masa kejadian tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 18-7-2023 09:59 AM
Ni bukan yg balu tgh pregnant masa kejadian tu ke?

Tu 370 yg hilang.. yg ni yg meletop uols..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:14 AM | Show all posts
dia tak tau staff yang masih hidup tu pun banyak benefit kena slash inikan pula yang dah mati
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
hareeeesah replied at 18-7-2023 10:14 AM
Tu 370 yg hilang.. yg ni yg meletop uols..

Muhamad Firdaus yang bertugas sebagai pembantu juruterbang dalam penerbangan itu masih dirasai keluarga terutama ibu mereka, Fatimah, 73.

Bukan ke Muhd Firdaus ni pun ada isteri, mengandung? Ke dia bujang? Ada sesiapa boleh sahkan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hareeeesah at 18-7-2023 10:32 AM
matjerk replied at 18-7-2023 10:21 AM
Muhamad Firdaus yang bertugas sebagai pembantu juruterbang dalam penerbangan itu masih dirasai kel ...


Ok iols dh google btul balunya pregnant 3bln, tp mcm byk lg statement dr mak adik beradik dr wife..

Mh17 yg iols igt the whole fam yg meninggal nk blk malaysia for good tu.
Alfatihah utk mangsa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 10:30 AM | Show all posts
memang la dik, kena la tarik tiket-tiket murah tu sebab insan yang melayakkan ahli keluarga dapat tiket tu dah meninggal dunia...takkan MAS nak tanggung selama-lamanya gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
dh 9 thn berlalu..lajunya masa bergerak...
i ingt masa kejadian tu i kt umah cuti sem.yg baca beritabkt awani tu mcm nk nngis baca berita..pastu tor ngan yg hensem sikit tu..aswad ke apa..m
sejak mh370 ngn mh17 dh xaman nk fly ke mana mana..hati selalu dk fikir kalau jth mati
pantang bergegor sikit dlm pjlnn iols akan pelukk je sesiapa disebelah
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:31 AM | Show all posts
bagi yang belum berkahwin, makpak boleh dpt the perks, kalau dah kawin the perks will be given to the spouse and children la.  utk sedara mara tu adalah bergantung kepada kempen syarikat dan sentiasa berubah dari masa ke semasa. masa  beberapa tahun before pandemic tu, mmg sedara mara dan kkwn staff boleh dpt tiket secara diskaun (bukan la semua sedara mara, tapi dorang hadkan kalau tak silap dlm 10-20 tiket je kot), tapi lepas2 pandemic ni, kempen tu dah takde.  staff2 dah tak boleh nak extend their cheap tickets to relatives and friends anymore.......gihtewwwwww....panjang lebar aku explain....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:34 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 18-7-2023 10:14 AM
dia tak tau staff yang masih hidup tu pun banyak benefit kena slash inikan pula yang dah mati

khennnnn.....jgn kata benefits, gaji dorang pun byk kena slash.  saya simpati di atas kehilangan org tersayang, tapi untuk dorang nak kata kata MAS mcm tu, tak best la.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 78574 Replies : 823
[Tahniah] Zahirah + Aiman timang anak kedua, Inara Raisa
doubleA[Tahniah] Zahirah + Aiman timang anak ke
Views : 43956 Replies : 145
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 279071 Replies : 6932
Misteri suara mengilai atas bumbung masjid terjawab
AbahmungMisteri suara mengilai atas bumbung masj
Views : 12494 Replies : 9
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 6278 Replies : 118
Tiktok, suke ke tak?
MrsVeneerTiktok, suke ke tak?
Views : 21054 Replies : 130
Borak Idea yg blh jana side income
makitingBorak Idea yg blh jana side income
Views : 6149 Replies : 27
Mat Salleh buat video graduasi guna lagu "UiTM di Hatiku". Netizen terhibur lagu rasmi UiTM mendonia
mojarean_XMat Salleh buat video graduasi guna lagu
Views : 10073 Replies : 11
Dah besar pun dia..
BoomibulatDah besar pun dia..
Views : 13352 Replies : 90
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27588 Replies : 115

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.068524 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list