Janin mengisahkan kehidupan penduduk di sebuah kampung nelayan yang hidup dengan aman damai. Cerita bermula dengan ramai penduduk kampung selalu kehulangan duit mereka. Tetapi mereka tidak mengetahui siapa yang mencuri wang mereka. Sehinggalah beberapa orang kampung terserempak degan pencuri kecil bernama Esah.
Esah, seekor toyol selalu mengunjungi keluarga Sutera isteri kepada nelayan bernama Hashim tanpa mereka sedari. Mereka mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Kunjungan Esah ke rumah Sutera terlalu kerap membuatkan hasil pencurian berkurangan. Ini membuatkan pembela Esah menjadi marah kerana hasil kecurian semakin berkurangan.
Esah dimarah oleh pembelanya dan enggan diberi makan. Esah yang dahagakan kasih saying telah membunuh orang yang membelanya. Tanpa tuan, Esah menjadi ganas dan telah menyerang penduduk kampung dan banyak kejadian negeri telah berlaku. Orang-orang kampong telah berpakat dan mula bertindak untuk menangkap Esah, tetapi tidak berhasil. Dengan tidak disangka mereka mendapat kejutan apabila mendapat tahu tentang hubungan antara Esah dan Sutera.
Macam Nang Nak, filemnya tak berapa seram tapi akhirannya berbaur emosi....filem ini juga....tapi yg pulang bukan isteri yg menunggu suami...sebaliknya anak....
Aku tertarik dgn trailer dia...cantik....dan selepas melihat di posternya tertulis nama M.Hitler Zami, aku memutuskan untuk menonton....lebih menarik dan sedikit surprise pada kredit pembukaan nama Wan Hasliza Wan Zainudin tertera sebagai penulis skrip....
Apa lagi yg boleh diharapkan dari gabungan Hitler Zami dan Wan Hasliza? Mereka pernah mencipta fenomena di kaca Tv dengan siri Dunia Baru yg hits....Benar Dunia Baru itu genre komedi, tapi Wan Hasliza tak pernah mengecewakan kita dengan kreativiti berkarya dia menerusi pelbagai genre....dia sentiasa menghidangkan sesuatu yg agak berbeza yg lari dari lingkungan stereotype....maka begitulah juga dengan filem ini, kita akan lihat ia keluar dari banyak stereotype filem2 seram Melayu yg selalu muncul akhir2 ini....
Filem ni agak ganas di beberapa babak.....mungkin sebab tu labelnya terus 18, bukannya PG atau U....
Aku menonton filem ni tanpa membaca synopsis (synopsis filem Malaysia kan suka membocorkan spoiler)..hanya berbekalkan trailer dan nama M.Hitler Zami di poster filem sahaja, dan keputusannya filem ni memberikan sesuatu yg sedikit diluar expectation...
So far sy dah tgk petang tadi di MBO...Keseluruhannya aku bagi 6/10...
Jalan cerita sebenarnya menarik, tp olahan skrip keseluruhan agak kabur...
mula2 kita disajikan dgn part yg agak kita kurg faham...(tak boleh bagi spoiler)..
mulanya sy igtkan pengarah ingin memberikan suspen kpd penonton, tp
hingga ke akhir cerita, ada beberapa watak masih kabur peranannya dan mengapa
berpewatakn sebegitu rupa..mengambil contoh watak yg kabur, Sherie Merlis yg begitu
marahkan anak Sutera hy krna budak itu mengambil pasunya...agak hairan mengapa
begitu marahnya watak tersebut...selain itu, watak pembela Esah (Toyol)..yg juga kabur
peranannya...
Klu hdk diceritakan agak pjg juga...tp kesimpulannya, cerita ini agak menarik dan
tiada yg istimewa kecuali watak toyol (budak perempuan) yg membuat kekacauan di kg...
Eja dan Hairi Othman tidak menghampakan...dan lakonan anak lelaki Eja (Budi) pun baik...
Kpd peminat filem seram, sy syorkan utk menonton filem ini..
Btol..banyak yg semacam tercicir....part penggunaan cucuk sanggul kat akhir tu pun menimbulkan persoalan juga...apa signifikasi cucuk sanggul tu? Sepatutnya perlu dijelaskan walaupun secara simbolik di babak awal atau tengah filem...babak awal ada ditunjuk close up eja pakai cucuk sanggul tu, semacam ada cerita tentangnya tapi tak diceritakan...akhir filem ia terus "digunakan" tanpa kita faham kenapa.....
Tapi mcm dikatakan sebelum ini cerita ni memang best sebenarnya...taklah seram sangat tapi menarik sebab banyak yg lari dari streotype termasuk toyol berkeliaran di siang hari...dan toyolnya pulak budak perempuan....atas kertas (skrip/lakonlayar) dah cukup baik....cuba apa yg tampak di layar agak kurang...mungkin kelemahan pengarahan tapi besar kemungkinan juga banyak salah pada editing/suntingan filem....
smlm aku nk tgk wyg ngn tunang, plan nye di antara 4 muvie iaitu hantu kak limah, tron, guilver atau narnia...tp x sngka kesemua full...so ada 2 plihan aku masih dara ngn janin..dan sah2 aku pilih janin...mcm ckp GAIA, aku tertarik citer ni sbb hitler saje...kalo ahmad idham atau metrowealth, mmg mintak maap laaa...citer hantu dia stereotype...jalan citer sgt mudah, g tmpt ni ada hantu x pon kena rasuk saka...bosann....
berbalik psl janin, citer ni biasa2 tp mmg lari dari konsep citer antu [email protected] jlan citer tu mmg menarik cuma x diolah ngn baik dlm muvie..bg aku hairie othman mcm x dikembang watak dia je dlm muvie ni sgt...yg mmg suprise sapa yg tuan esah tu..tu yg bising 1 panggung x sngka...
citer ni x seram & xde scene terkejut2...ms nk ending citer ni mmg mengusik jiwa tp spoil je tiba2 dh abis citer kuar kredit...hehehehe
aku dah layan ngangkung, jadi nak stabilkan genre film, aku nak tgok film serius plak
-antara damping malam dan film ni mana lg bagus? ke damping mlm tu terlalu ke MIG an sangat? ehehe
Baru balik dari nonton Janin. Stuju dengan komen-komen diatas. This movie is more to tragedy than horror. Relatively speaking (compared to other local movies) this one is great!!! Trailer dia agak misleading... more towards horror... In all, Janin managed to get all the right reactions from me at the right times... There were humourous scenes that made me laugh, scenes that evoked anger and lastly, sad scenes that are tear jerkers (this is where the choice of actress was correct, if anyone can make you shed a tear, that would be Eja)... Especially the part where she doesn't allow the mob to kill her child cos she had to do that herself. Worth the price of the ticket...